CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harga Makin Mahal Selepas Menang ABP? Hun Haqeem Jawab – ‘Saya Akan Pastikan Lakonan Berbaloi Dengan Bayaran’

17-10-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25062| Komen: 2

 


Pelakon Hun Haqeem mengakui tidak boleh mengawal skeptikal segelintir pihak yang beranggapan bayaran terhadapnya akan meningkat naik selepas memenangi trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Hun, 26, berkata, bukan soal bayaran menjadi keutaaman ketika menerima tawaran sesebuah karya, namun komitmen dan hasil lakonan yang diberikan dalam naskhah tersebut adalah lebih penting.

Malah, Hun menjanjikan akan sentiasa memberikan yang terbaik setanding dengan bayaran diterima.

"Berkenaan skeptikal bayaran akan mahal selepas menang, orang boleh berfikir begitu.

"Namun apa yang saya janjikan, apabila ditawarkan untuk membintangi sesebuah naskhah, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran.

"Apabila saya sudah bersetuju menerima tawaran, segalanya saya akan serahkan termasuk ‘my soul’. Itu yang saya janjikan."


"Orang-orang yang sudah bekerjasama dengan saya mereka tahu bagaimana saya berikan komitmen terhadap kerja."

Hun berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri terbitan VIU iaitu From Saga With Love musim kedua yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Hun, seandainya dia tidak memenangi trofi di anugerah tersebut, dia tetap akan memberikan sepenuh hati dan jiwa dalam mana-mana naskhah yang dibintangi.

"Saya rasa nilai saya sama sahaja. Sama ada menang ABP atau tidak, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam karya serta lakonan.

"Soal harga, itu bergantung kepada tawaran yang diberikan atau ‘offer’. Terpulang kepada pihak yang memberi tawaran."

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, pemilik nama lengkap Haqeem Hermy berkata, tahun 2025 bakal menjadi tahun yang mencabar dan menarik untuknya.

"Insya-Allah tahun depan akan menjadi tahun yang indah dan menarik untuk saya."

"Di mana ada karya yang bagus, di situ saya akan berada. Berharap semuanya akan berjalan lancar untuk kerjaya seni saya."

"Saya juga akan ke terbang ke Jepun untuk acara opening store Levi’s. Kemudian saya akan mula mempromosikan filem Game Of Life."

Terdahulu, Hun dinobatkan sebagai pemenang trofi kategori Aktor TV Popular di ABPBH36 sekali gus menewaskan empat pencabar lain iaitu Meerqeen, Aedy Ashraf, Amir Ahnaff dan Redza Rosli.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Isninselasarabu 18-10-2024 10:36 AM
Hun ni mmg best gile berlakon
Quote miss_strangers 18-10-2024 11:09 AM
Ni baru betul, asah bakat lakonan.... berbaloi la menang pon

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.183869 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top