CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Banjir di KL, Perak dan P. Pinang sana tiada pembalakan pun’ - Sanusi

18-10-2024 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7186| Komen: 6

 


ALOR SETAR – “Banjir berlaku di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang juga. Di sana tiada pembalakan pun.”

Demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung tindakan pihak tertentu yang mengaitkan banjir di beberapa kawasan di Kedah dengan kegiatan pembalakan.

Menurut beliau, setiap kali berlaku banjir akan ada pihak tertentu menangguk di air keruh kononnya kerajaan pimpinannya melaksanakan kegiatan pembalakan.

“Terdapat satu hantaran di media sosial oleh Pengerusi Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia Kedah kononnya lesen pembalakan di sebuah kawasan dalam negeri ini diluluskan pada 2023. Hantaran itu tak betul kerana lesen pembalakan itu diluluskan pada 2016 sebelum saya menjadi Menteri Besar.

“Tahun 2023 yang tertera dalam gambar itu pula sebenarnya adalah tahun kelulusan lesen tebangan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas peringkat negeri di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi memberitahu, apabila lesen pembalakan diluluskan pada 2016, syarikat terlibat akan membayar premium dan membuat tandaan sempadan kawasan pokok yang mahu ditebang.

Ditanya mengenai dakwaan pelaksanaan pembalakan secara ‘cuci mangkuk’ di kawasan hutan di Kedah, beliau berkata, JPNK akan menjelaskan perkara itu kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam siri lawatan rasmi beliau ke Kedah minggu depan.

“Saya difahamkan JPNK akan beri penjelasan kepada Nik Nazmi yang dijadualkan turun ke Hutan Simpan Rimba Teloi di Baling minggu depan.  Khabarnya Mohd. Sobri juga akan dijemput untuk bersama Nik Nazmi dalam lawatan berkenaan. Jadi beliau boleh pertahankan dakwaan yang dibuatnya dalam siri lawatan itu nanti,” katanya. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-10-2024 08:11 AM
Takdak pembalakan tp pembangunan
Hoho ..
Air nak ke mana lagi .banjir le
Quote asmurai 18-10-2024 08:14 AM
Pembalakan di KL, Perak dan Penang, berlaku lebih awal drp negeri lain
Quote prince_marhaen 18-10-2024 08:51 AM
ayat-ayat spin nak meng'halal'kan pembalakan sebab dah janji ngan tokey2 balak lettuwww...
Quote xy_daen 18-10-2024 08:53 AM
Setuju. Tapi tak bermaksud boleh membalak sesuka hati. Haramkan terus pembalakan. Cari sumber hasil negeri selain daripada menarah bumi
Quote PULANGKAN 18-10-2024 10:20 AM
harus ke rakyat tepek gambar gunung ganang tobek dan gondol

harus ke weols tepek lori kayu balak yang merosakkan jalan kawasan kampung, sekali lalu 3-4 buah

haruskah iols tepek gambar sungai-sungai menjadi coklat teh susu, sebelum ni jernih

haruskah haruskah haruskah?

tapi apa faedahnya, kalau muntri muntri ramai buta dan pekak
Quote tungkai 18-10-2024 11:15 AM
PULANGKAN replied at 18-10-2024 10:20 AM
harus ke rakyat tepek gambar gunung ganang tobek dan gondol

harus ke weols tepek lori kayu balak ya ...

Setuju...Post gambar sekali Gunung Lanno dgn Gunung Terendum kat Ipoh tu sekali

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059397 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top