CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai. RON95 di Thailand kini lebih RM5.36 seliter, berbanding RM2.05 seliter di Malays ...

21-10-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16183| Komen: 22|Original author: Abahmung

 


Petrol RON95 di Thailand kini mencecah lebih RM5.36 seliter, berbanding harga Malaysia, RM2.05 seliter. 


NARATHIWAT: Perbezaan ketara harga runcit petrol dan diesel antara Malaysia dengan Thailand, menyebabkan bahan api itu terus menjadi sasaran penyeludup dan dijual secara terbuka tepi jalan di sepanjang Selatan negara itu.

Biarpun kegiatan menjual petrol dan diesel bersubsidi dari Malaysia itu menjadi ‘barah’ sejak lebih 10 tahun lalu, namun ia masih berleluasa ekoran permintaan tinggi, sekali gus memberikan pendapatan lumayan kepada peniaga kecil termasuk golongan wanita.


Tinjauan Bernama baru-baru ini, mendapati terdapat puluhan gerai di tepi jalan di Sungai Golok menjual minyak dan diesel subsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia di dalam botol dan tong plastik, dengan harga sekitar 28 baht (RM3.64) untuk botol satu liter hingga 250 baht (RM32.50) untuk tong sembilan liter.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Aphichet Jeh-Ouma ketika ditemui, berkata di sepanjang tepi jalan sekitar pekan Sungai Golok sehingga ke pekan Yala sahaja, terdapat lebih 100 peniaga kecil negara itu menjual petrol dan diesel seludup itu.


Pihak berkuasa tempatan Thailand telah kerap menegur penjual petrol dan diesel secara haram ini, tetapi mereka masih berdegil dengan alasan mahu meneruskan kelangsungan hidup, katanya.

Aphichet berkata, walaupun bahan api itu dijual dengan harga yang jauh lebih mahal, namun masyarakat di Sungai Golok tetap membelinya kerana masih murah, berbanding harga bahan api negara itu.

Sementara itu, seorang peniaga yang ditemui Mat Yi, 40, berkata setiap hari dia menjual sehingga 100 liter petrol atau lebih dikenali sebagai ‘benzine’ di Thailand yang dihantar oleh pembekal dari Rantau Panjang, Pasir Mas.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana cara pembekal memperolehi bahan api itu dan saya yakin semua bahan api berkenaan diseludup dari Malaysia.

Kami tahu menjual minyak petrol dan diesel yang diseludup dari Malaysia adalah salah, tetapi ramai berbuat demikian, katanya.

‘Laku keras’

Saleeha Abdullah, 56, berkata harga petrol RON95 di Thailand yang kini mencecah lebih RM5.36 seliter, menyebabkan petrol yang di seludup dari Malaysia mendapat permintaan tinggi di Thailand.

Beliau berkata, minyak yang dijual di dalam botol di tepi jalan itu, kebanyakan untuk pengguna motosikal dan dijual dengan harga 28 baht hingga 30 baht (RM3.90) seliter.


“Semua minyak botol diletakkan di tepi jalan itu juga daripada jenama berlainan dan harganya juga berbeza serta sentiasa berubah mengikut tahap kesukaran mendapatkan bekalan.

Jika daripada jenama yang agak terkenal harganya agak tinggi, tetapi semuanya diperoleh dari Malaysia. Sepanjang jalan ke bandar Narathiwat memang ramai yang berniaga seperti ini dan seolah-olah berniaga air minuman, katanya.

Sumber : freemalaysiatoday.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 21-10-2024 08:44 PM
Hazab nye mintak petrol RM5 seliter
Quote Skuau 21-10-2024 08:50 PM
penyeludup ni minum petrol & diesel..sampai Siam depa 'kencingkan' ke???
Quote haruslah 21-10-2024 09:09 PM
Apa kata rega petrol kat negeri sempadan je mahal
Kan senang
Quote amandalopez 21-10-2024 09:33 PM
Sedihnya tgk hak rakyat kita diambil org suka2 hati je
Quote Skuau 21-10-2024 10:06 PM
amandalopez replied at 21-10-2024 09:33 PM
Sedihnya tgk hak rakyat kita diambil org suka2 hati je

penguatkuasa di sebelah kita...acaner depa boleh 'BERlepas'???( takkan TERlepas pulak).
Quote scorpene 21-10-2024 10:56 PM
kemain lagi UPP buat roadblock kat padang besar tu, habis diselongkar kalau kita lalu, sekali bertangki-tangki petrol kita lepas kesane ape cerita? patut tembak je kepala on the spot je penyeludup2 ni....
Quote L.U.S.M 22-10-2024 10:33 AM
Gaji nk naik tiap2 tahun
Bonus nk tinggi
Tp kje as penguatkuasa pemalas!
Quote airfilterkotor 22-10-2024 12:00 PM
1000001483.jpg
Tegur jer...nape tak tangkap? Di pihak Thailand pun kena main peranan juga.

1000001484.jpg
Pekerjaan warisan turun temurun.
Quote cantthinkofany 22-10-2024 12:01 PM
haruslah replied at 21-10-2024 09:09 PM
Apa kata rega petrol kat negeri sempadan je mahal
Kan senang

Takbir.....Allahu Akbar...setuju bangat.....
Quote makciktijah 22-10-2024 12:06 PM
setan betul orang dekat sempadan yg jd supplier tu. moga mati seksa terbakar pelan2 dlm petrol nak diseludup tu.
Quote lipans 22-10-2024 01:10 PM
Naik berita camni, tak lama lagi, naik pula harga.
Quote koko2 22-10-2024 04:19 PM
kat Sg Merab (sebelah putrajaya) berlambak kedai / warung indon jual petrol dlm botol mineral tepi jln... ada tu berdepan dgn sekolah lg kedainya...
Quote lotusteratai 22-10-2024 05:17 PM
kat siam ni mmg biasa jual gasoline dlm botol ni tapi memang haram jahanam siapa yg jd supplier seludup minyak subsidi ke selatan thai ni
Quote anony-mous 23-10-2024 12:11 AM
Cuba nyalakan api dkt area berdekatan
Quote dekmieDandy 23-10-2024 10:15 AM
minyak masak pon, jual longgok je kat pasar

kita ni cashier siap sorok bawah kaunter, nak beli kena mintak
Quote damsel_fiji 23-10-2024 10:19 AM
yg menyeludup tu sek2 kito..penguatkuasa pun sek2 kito jua..

Quote Decaffeinated 23-10-2024 03:48 PM
Memang pemandangan biasa di Thailand tepi2 jalan jual petrol dalam botol. Seludup or not tak tau ler.
Quote Decaffeinated 23-10-2024 03:50 PM
haruslah replied at 21-10-2024 09:09 PM
Apa kata rega petrol kat negeri sempadan je mahal
Kan senang

Perlis, Kedah, Perak & Kelantan je mahal?
Quote Decaffeinated 23-10-2024 03:52 PM
amandalopez replied at 21-10-2024 09:33 PM
Sedihnya tgk hak rakyat kita diambil org suka2 hati je

Subsidi tu bukan hak. Wajar sahaja ditiadakan sama macam Thailand jadi tak perlu nak sedih.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.071699 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top