CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Heroin Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Pevita Pearce Nikahi Anak Jutawan Malaysia Bos Habib Jewels

22-10-2024 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32515| Komen: 17

 


Sama cantik sama padan, pelakon popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer, semalam.

Dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan teman terdekat, kedua-dua mempelai anggun menggayakan busana berwarna putih mengikut konsep dan adat Melayu.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, juga dengan kehadiran orang yang disayang kami akhirnya disatukan,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen dalam Instagram.

Difahamkan, pelakon yang sinonim dengan watak Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar secara tunai.


Bukan biasa-biasa, jejaka yang berjaya menawan hati pemilik nama sebenar Pevita Cleo Eileen Pearce, 32, merupakan ahli perniagaan yang juga anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group.

Tiada angin tiada ribut, perkongsian aktres jelita itu tentang berita gembira dalam Instagram mengejutkan ramai peminat yang seterusnya dihujani ucapan tahniah dan turut bergembira dengan khabar tersebut.

“Wah cantiknya, tahu-tahu Hayati sudah dimiliki, tetap juga bukan Zainuddin. Apapun semoga berbahagia sehingga ke anak cucu,” seloroh seorang netizen.

“Iya demikianlah perempuan! Semoga berbahagia Hayati bersama pilihan hatimu,” demikian komen seorang lagi netizen.

“Mendoakan segala keberkatan dan limpahan bahagia untuk keluarga baharu kamu Pev. Sihat, sukses dan terus berkarya,” tulis seorang pengguna media sosial.


Majlis gilang gemilang itu juga turut dimeriahkan persembahan rakan selebriti iaitu Afgan yang melantunkan beberapa buah lagu.

Selain Afgan, resepsi tersebut dihadiri ramai tetamu kehormat dan orang kenamaan seperti bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 22-10-2024 07:48 AM
Xpyh gebang nk laki cmne..berapa ramai bf etc..tahu2 dh sambar ank tokei kedai emas terkemuka..xde plak peraga emas mcm display rack bergerak even kedai emas tu family laki tu punya..hehehe

Tahniah utk kedua mempelai...
Quote pinkpunk 22-10-2024 08:25 AM
cantik. nasib tak mekap konoha.
Quote cattiecute 22-10-2024 08:51 AM
masih tak boleh move on dengan watak hayati dalam tenggelamnya kapal van der wijck lagi
Quote ygarif 22-10-2024 09:39 AM
sesuai sgt, sampai satu indonesia patah hati..
Quote fanaz82 22-10-2024 09:54 AM
nampak simple walaupun kahwin dgn anak toke mas. cantik mekapnya
Quote kotakbaju 22-10-2024 10:03 AM
fanaz82: nampak simple walaupun kahwin  ...


Cantik kan. Suka baju kurung putih tu..simple je. Macam baju pakai time raya. Nampak simple je pasangan ni walaupun anak jutawan.
Quote zarulnazmi 22-10-2024 11:01 AM
Entah berapa banyak komen-komen terZainuddin yang keluar
Quote Thunderclouds 22-10-2024 11:55 AM
Kuat dna kari.
Menurun abeh kt ank² esk.
Cm ZW tu.
Papepon.. Taniya byk².
Quote Qatrunnadaain 22-10-2024 03:29 PM
Ya dna kari kuat sgt. Tak handsome langsung dimata iols. The bride boleyyyy la. Setakat pelakon indo. Okay next.
Quote MistrezHermanaz 22-10-2024 03:57 PM
kawen ikut adat melayu..cantik baju kurung dgn mekap dia..gambar2 foto pun mcm org2 kt sini kawen
Quote Carcosa 22-10-2024 11:45 PM
Tolonglah rambut jantan tu. Mcm tak gunting setahun. Geli mak tgk. Pandai pilih bini lawa. Berusaha nak repair keturunan, walaupun taraf hidup tak payah repair sampailah bila2.
Quote BoongaKertas 23-10-2024 08:56 AM
iols suka sheols. sejenis muka lembut. lawanya hayati! semoga berbahagia pev!
Quote anony-mous 25-10-2024 03:45 PM
MistrezHermanaz replied at 22-10-2024 03:57 PM
kawen ikut adat melayu..cantik baju kurung dgn mekap dia..gambar2 foto pun mcm org2 kt sini kawen

Awal lg. Tggu resepsi belah indon. Jarang indon kahwin xde tema indon
Quote Zezo 25-10-2024 04:52 PM
Ok. Walau aku ni anti konoha. Tp pmpn ni mmg cantik bagi aku.
Quote A-Are 28-10-2024 02:04 PM
cantik sangat...mcm muka marsha tp versi lembut dan anggun
Quote AJENALI 28-10-2024 08:14 PM
Alhamdulillah n Tahniah!!

Tengok movie tu rasa sedih beberapa hari, melancolia cerita tu memang sampai ke dalam jiwa

Tumpang gembira, semoga dikurniakan sakinah mawwadah warahmah

“Haryati” is happy in real life
Quote mariposa. 29-10-2024 10:10 PM
pevita ni islam ke? untong la...reta 7 leturunan xluak..pandai pilih laki

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.126794 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top