CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Aziz Pakai Topi Nama Ruhainies? Peminat Berteka-Teki Apa Maksud Huruf R

22-10-2024 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18821| Komen: 20

 


Siapa yang tidak mengenali Aliff Aziz? Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ini memang sentiasa menjadi tumpuan perhatian netizen, dan kali ini, dia sekali lagi mencuri perhatian dengan sebuah gambar yang dimuat naik di media sosial.

Dalam gambar tersebut, Aliff dilihat mengenakan topi dengan huruf “R” yang jelas menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan pengikutnya.

Ramai netizen mengaitkan huruf “R” itu dengan Ruhainies, wanita yang pernah dikaitkan dalam hubungan istimewa dengan Aliff.

Namun, drama semakin meruncing apabila bekas kekasihnya, Sarah Yasmine, turut memberikan pandangannya. Dalam satu komen yang menghiburkan, Sarah menyatakan bahawa huruf “R” itu sebenarnya bermaksud Ruqyah, yang mengundang gelak tawa netizen.

 

Selain Ruhainies dan Ruqyah, netizen juga tidak ketinggalan untuk meneka pelbagai nama lain bermula dengan huruf “R” seperti Rokiah, Rosmah, Rahmah, dan banyak lagi.

Komen-komen ini bukan sahaja mencuit hati, malah menambahkan kehangatan perbincangan di kalangan peminat dan pengikut Aliff.

Dalam perkembangan lain, Aliff dan Ruhainies baru-baru ini hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi sesi prosiding kes khalwat yang melibatkan mereka berdua.

 
Mereka ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu. Mahkamah telah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang, dan perbicaraan seterusnya ditetapkan pada Februari tahun hadapan.

SUMBER : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 22-10-2024 03:02 PM
Bencinya kat mamat ni

Terus Cari makan kat singgapork Sana sahaja ye
Baidewei dia kat singgapork kah? Ada jumpa Sarah bedak tak kat Sana?
Sarah bedak pun takyah le sebuk2 kat Tanah Malaya  ni ye
Quote Hoola 22-10-2024 03:12 PM
aceceh aceceh
nk drop hint mcm retis lain tu ke kalau nk infom apape
or it can be R utk romeo
Quote MollyShannon 22-10-2024 04:34 PM
Errrr demi sesuap attention???
Quote chandrahusin 22-10-2024 04:41 PM
ada org lapar nasi
ada org lapar pujian
& ada org lapar perhatian
kena faham
Quote Thunderclouds 22-10-2024 05:05 PM
Ini bukan berita.
Ini najis ya tuan².
Quote kucingitam 22-10-2024 05:06 PM
alah biarlah dia dah cerai pun dgn bella..alang2 nama masing2 pun dah terkait, lantaklah drg nak bercinta, kahwin ke hapa. tersakiti macam sarah yasmin lak netizen ni...
Quote anony-mous 22-10-2024 05:07 PM
Kena media still xboikot dia ni??
Quote JahLupa 22-10-2024 05:45 PM
Sampah
Quote pocongkiutss 22-10-2024 05:46 PM
Ni plan dia dgn so kemut..saja nk upkan nama
Quote likilu 22-10-2024 05:56 PM
Mahkamah dah suruh dia kawen dah kan alep dengan ruhainies

Smeoga berjodohan
Quote Aribaariba 22-10-2024 09:21 PM
I suka berdua ni kawen. Sbb both akan suffer in each others hand when halal..muahahahahaa
Quote doubleA 22-10-2024 09:29 PM
Yelah kot takkan rayang rara rabelah pulak khen
Quote MeowPARSI 22-10-2024 09:30 PM
Najis
Quote primarikey 22-10-2024 09:32 PM
Nikah je la dgn nunis tu alip
Ko ingat ada lg ke org yg nk terima dia sbg menantu pas dia kena tangkap basah ngn ko...
Quote primarikey 22-10-2024 09:32 PM
Nikah je la dgn nunis tu alip
Ko ingat ada lg ke org yg nk terima dia sbg menantu pas dia kena tangkap basah ngn ko...
Quote 8Queen8 22-10-2024 10:41 PM
Stay in Singapore...
Quote MissVixen 22-10-2024 10:42 PM
Dia pakai topi apa pun nak jadi tajuk berita. Lantaklah kaki maksiat ni nak buat apa. Pergilah masuk hollywood sana.
Quote amandalopez 22-10-2024 10:47 PM
Okay next story
Quote makcun14 22-10-2024 10:55 PM
Setakat topi buat apa, pi sana halalkan sheols buat bini cepatt. Bawak lari pergi siam pun ok, selayaknya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.117947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top