CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Maslan rajin masak, kongsi resipi ‘Migam’ pula

22-10-2024 11:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26172| Komen: 13

 


PETALING JAYA – Selain bercakap tentang kerjaya dan perkembangan politik negara, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan juga sering berkongsi resipi masakan yang menjadi aktiviti pilihannya di waktu senggang.

Beliau sekali lagi mencuri perhatian dengan menampilkan masakannya yang dinamakan mi goreng Ahmad Maslan atau diberi singkatan ‘Migam’ di Facebook.

“Mi, perisa, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kicap, telur, lada merah, minyak #sawit #Dsaji #Felda.

“Tiga bungkus, tiga telur dan letak timun. Badang kucing kesayangan pun tercium bau keenakan,” tulisnya ringkas menerusi satu hantaran.

Seperti biasa, perkongsian Timbalan Menteri Kerja Raya itu tentang masakan pasti mendapat perhatian orang ramai yang teruja dengan kebolehannya.

“Lapar pula tengok Datuk masak,” kata seorang pengguna.

“Pencen nanti YB (Yang Berhormat) boleh niaga,” ujar Jamil Rahman. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-10-2024 11:58 PM
Kesian dia ni kan?
Sejenis muka yg nmpk ngok je kalau berckp apa topic sekalipun. Bak kata omputeh "A face only a mother could love"
Quote alesandra 22-10-2024 11:59 PM
Baca sekali harung tgh2mlm ni ingatkan kucing dia pun termasuk dlm bahan2 utk resepi
Quote kotakbaju 23-10-2024 12:02 AM
alesandra replied at 22-10-2024 11:59 PM
Baca sekali harung tgh2mlm ni ingatkan kucing dia pun termasuk dlm bahan2 utk resepi

Seolah2 baca macam ni, "badan kucing kesayangan saya pun termasuk dalam keenakan rasa bau".

Quote ninja boy 23-10-2024 12:16 AM
Kucing bernama badang
Quote alesandra 23-10-2024 07:13 AM
kotakbaju replied at 23-10-2024 12:02 AM
Seolah2 baca macam ni, "badan kucing kesayangan saya pun termasuk dalam keenakan rasa bau".

:lol ...

Quote areyam 23-10-2024 07:31 AM
untung ANI.... dapat suami abg MAD...
Quote fanaz82 23-10-2024 08:15 AM
Carcosa: Kesian dia ni kan?Sejenis muka yg nmpk ngok je kalau berckp apa topic sekalipun. Bak kata omputeh "A face only a mother could love"


Quote fanaz82 23-10-2024 08:17 AM

Quote otai_g 23-10-2024 08:18 AM
Mn dia Tau kucing tu terbau Mee goreng dia? Apa dia blh bercakap dgn kucing?
Quote supernaturalee 23-10-2024 08:30 AM
nmpk mcm megi
Quote Suchi 23-10-2024 08:30 AM
Oklah, atleast hobi dia tak menyakitkan hati bini

Org lain sibuk ngn anak gula bagai.
Quote cattiecute 23-10-2024 10:47 AM
Carcosa replied at 22-10-2024 11:58 PM
Kesian dia ni kan?
Sejenis muka yg nmpk ngok je kalau berckp apa topic sekalipun. Bak kata omputeh " ...

wehhh tq bagi peribahasa baru kat iols
mengekek iols gelak baca ayat tu
nampak kejam tapi tu la kebenaran
iols syak time sekolah dia kerap dibuli sebab muka dia mintak terajang.
tapi heols ni takda gossip2 liar kan? hanya ada gossip bodo2 masak2 time pkp je
Quote Firenzza 23-10-2024 01:37 PM
Apa benda la ngok netizen suh dia niaga, duit pencen wak maslan blh sampai ke cucu cicit la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.165476 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top