CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bunga Isme akhirnya mengaku dah nikah tahun lalu - “Majlis yang diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja”

23-10-2024 12:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28790| Komen: 31

 


KUALA LUMPUR — Teka-teki status terjawab, penyanyi rap Bunga Isme akhirnya mengesahkan telah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, tahun lalu.

Enggan berkongsi tarikh sebenar selain tidak menghebohkan penikahannya itu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, memilih untuk menyembunyikan pernikahan demi menghormati keluarga kedua belah pihak.

“Saya sudah berkahwin. Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.

“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.

“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga merahsiakannya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Warner Music Fest, di sini, hari ini.


Majlis berlangsung sederhana, pelantun lagu Intan Payung itu mengakui semuanya diraikan dalam kelompok keluarga dan rakan terdekat sahaja.

“Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya.

“Bagi saya kita kena dapat kata persetujuan daripada semua pihak. Jadi kami keputusan untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

“Majlis yang diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” kongsinya.

Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, Bunga menyerahkan sepenuhnya perihal itu kepada Tuhan.


“Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya.

“Namun kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal,” katanya.

Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.

Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka sudah sah bergelar suami isteri.  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 23-10-2024 01:12 AM
Takda aura
Next!
Quote Farnor 23-10-2024 01:46 AM
Itu pun merahsiakan perkahwinan.. Kalau dah sah tu mgaku jer la
Quote doubleA 23-10-2024 02:10 AM
Motif berahsia? Takut populariti jatuh? Popular ke
Quote hokeypokey 23-10-2024 03:03 AM
dh kenapa nk sorok2 mcm ko tu retis popular?? dh ngaku pun takde org terkejut, benang ni pun sendu
Quote slyfynx 23-10-2024 06:41 AM
Jadah nikah kene rahsia untuk hormati keluarga?
Orang sebarkan sbb xnk fitnah.
Ko sape pun aku x tau.
Kalau umum pun mcm angin berlalu je
Quote fadz84 23-10-2024 07:06 AM
Sian dak bunga... Mengaku kawen pun xde sorg acik porem ucap tahniah.. mcm tu rahsia jela utk menghormati kedua belah keluarga
Quote HelgaPataki 23-10-2024 07:31 AM
Haritu kan dah announce? Berapa kali nak bgtau ni? Baik ko expose je masa kawin haritu yihhh
Quote Binodino 23-10-2024 07:31 AM
Yang patut dirahsiakan tu pertunangan. Perkahwinan memang patut dihebahkan.

Unless kau nikah dengan suami orang tanpa pengetahuan bini pertama, sebab tu kena rahsiakan.
Quote anilanil 23-10-2024 07:36 AM
Masing2 marhaen. Ingat tasty mcm aman graseka jaman muda ke beria nak sorok?
Quote LipasComel 23-10-2024 07:39 AM
mcm takde orang heran je sheol dah kawin ni. sendurina ke mcm mana ni..?
Quote tidak_kelihatan 23-10-2024 08:02 AM
Lagu kau mungkin la aku pernah dengar kat radio.

Tapi kau, aku tak kenal..kalau jumpa kat event pun aku tak tau kau siapa. Hahaa
Quote fanaz82 23-10-2024 08:04 AM
tahniah walaupun aku tak kenal
Quote cattiecute 23-10-2024 09:07 AM
fadz84 replied at 23-10-2024 07:06 AM
Sian dak bunga... Mengaku kawen pun xde sorg acik porem ucap tahniah.. mcm tu rahsia jela utk mengho ...

mohon terus berahsia sampai anak susun paku.
takpahe nak kahwin pun nak rahsia2.
kenduri ko besar kecik ke ada orang kisah ke
nanti 2 3 tahun lagi nampak kenduri orang lain grand2
ko meredap dalam hati nak kenduri gitu tapi terpaksa sedapkan hati
Quote lasagna 23-10-2024 09:07 AM
lahh mmg bukan dah tau ke dia org ni dah menikoh?
ada dlu benang pasal ni, kuar balik ek cite ni..
ikot kan masa jemputan coldplay bulan 11 taon lepas 2023,
kira dh menikoh dah pun dia ni.
Quote makciktijah 23-10-2024 09:16 AM
kenapa nikah nak berahsia pulak? bukannya ada edisi kalkulator pun. pelik2 orang sekarang, mende baik pun nak dirahsiakan lama2.
Quote zuriey 23-10-2024 09:46 AM
Baru 24
Dah mcm acik2 keledek je gayanya
Quote prettyuglybabe 23-10-2024 10:43 AM
kau nikah laki orang ke nak rahsia rahsia?
Quote Sachacha 23-10-2024 10:48 AM
ada yang kisah ke..
Quote Hoola 23-10-2024 11:10 AM
awat la ni br nk habaq ??
sblm ni mula2 dgq tkzut juga..yela ingt nk mmbina kerjaya tau2 kwinnnn

so okla ..munga bkn sekuntummmm

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top