CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Diikat Dan Dirompak, Perompak Bertopeng Warga Indonesia Sasar Rumah Terpencil Di Salak Tinggi Diburu

23-10-2024 12:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28233| Komen: 8

Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Polis kini sedang memburu satu kumpulan penjenayah didalangi warga asing dipercayai warga Indonesia selepas dikesan terbabit dalam dua siri rompakan bersenjata di daerah ini sejak awal bulan ini.

Lebih menakutkan, kumpulan ini menjadikan kediaman yang berdekatan dengan hutan sebagai lokasi rompakan sebelum kesemua mangsa diikat dan dirompak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, kejadian pertama dilaporkan sekitar pukul 3 pagi pada 6 Oktober lalu di Persiaran Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, mangsa telah diikat oleh suspek di dalam rumah selepas rumah dipecah masuk melalui pintu belakang.

“Dalam kejadian itu, barang peribadi yang dilarikan membabitkan wang tunai, barangan kemas dan jam tangan.

“Manakala, bagi kejadian kedua pada Ahad lalu di Jalan Sheikh Jalaludin, Bandar Baru Salak Tinggi pula, tiga beranak dirompak menggunakan modus operandi sama dan suspek melarikan wang tunai, jam tangan dan barangan kemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Shan Gopal berkata, suspek juga bergerak secara berkumpulan antara tiga hingga empat orang yang melakukan samun menggunakan senjata parang, mengenakan baju warna gelap dan bertopeng.

Menurutnya, anggaran kerugian membabitkan dua kes samun itu adalah sekitar RM20,000.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-10-2024 12:30 AM
Kaum Bahasa Pemersatuan Majapahit @nusaraya
Quote Radzor 23-10-2024 01:28 AM
Dah kurang renovation rumah skrg.
Quote PULANGKAN 23-10-2024 02:17 AM
semoga penjenayah ni semua mati ditembak, tersiksa saki baki hidupnya, dan tiada pengampunan

pandai buat, pandai tanggung
Quote pocongkiutss 23-10-2024 03:25 AM
Iols mmg tak gemor rumah terpencil
Quote -Suri- 23-10-2024 10:03 AM
Baru jap tadi baca perompak dari rohingya, ni perompak indon lak
Quote Jikookie 23-10-2024 10:06 AM
Sama je mana2. Indo ke rohin ke, datang negara org buat masalah
Quote nw111 23-10-2024 10:07 AM
Bila la indon nk kaya....aku mmg doa biar ikn dia org tu mendunia..biar ramai2 berambus balik negara dia ...
Quote B40tastePosh 23-10-2024 10:07 AM
Radzor replied at 23-10-2024 01:28 AM
Dah kurang renovation rumah skrg.


Betul...ramai tukang rumah dah kurang job.

Kat kampung pun dah kurang buat rumah...

Ramai orang sekarang pasang sendiri DIY

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044224 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top