Enggan berdiam diri selepas diprovokasi, ibu pelakon Aliff Aziz iaitu Fiza tampil membalas fitnah dengan menegaskan tidak takut berdepan manusia yang cuba menjatuhkan orang lain dengan cara jijik. Begitupun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil memaafkan semua pihak yang membuat tuduhan liar terhadap keluarganya. “Subhanallah fitnah manusia yang tiada akhirnya. Kami maafkan, semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah. “Jangan pernah gentar pada makhluk tapi takutlah hanya pada Allah,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram. Menerusi perkongsian dibuat, ibu kepada tiga anak itu memuat naik semula tangkap layar artikel bertajuk ‘Ibu Aliff Aziz Takut Kalau Ramai Perempuan Yang Cuba Menggoda Aliff Semasa Berlakon’. Menurut Fiza, perkara yang ditulis dan disebarkan pihak terbabit adalah fitnah semata-mata yang seolah-olah berniat untuk membuatkan mereka dikecam orang ramai.
Namun, wanita asal Singapura itu menaruh kepercayaan bahawa masih ada insan yang tidak mudah diperdayakan cerita palsu. Dia juga dilihat menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelakkan lebih banyak maklum balas negatif ditinggalkan netizen. Nama Fiza turut terpalit dalam kes kontroversi khalwat membabitkan anaknya dengan pelakon Ruhainies yang berlaku pada 8 Mac lalu. Pada 3 Julai pula, Aliff, 33, dan Ruhainies, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan berkenaan. Kemudian pada 17 Oktober lalu, mahkamah sama menetapkan dua hari bermula 20 Februari 2025, untuk perbicaraan kes selepas Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon tarikh berkenaan. Terdahulu, isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan cerai sebelum mereka disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
mrsLucky replied at 25-10-2024 09:45 PM
Ramai yang pernah nampak video perangai anak dia waktu mabuk kat Singapore..buka zip seluar.. bebird ...
AWEKSAMURAI replied at 25-10-2024 10:12 PM
Manusia berubah nok takut anak kita nnti lebih dari tu ...skrg alhamdulillah okey je alip .dlu dia ...
mrsLucky replied at 25-10-2024 11:14 PM
Dengan Izin Tuhan, i doakan anak2 kita tidak akan menjadi lelaki seperti itu...
Kalau tengok per ...
ADVERTISEMENT