CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid sekarang tak makan makanan kantin? - “Adik-adik, janganlah palau kantin, kesiankan kami siapkan makanan”

25-10-2024 11:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 70514| Komen: 49

 


PETALING JAYA – Sebuah video dirakam pengusaha kantin yang memaparkan suasana kantin lengang dan banyak makanan tidak terjual mendapat perhatian netizen.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kelihatan masih banyak hidangan belum terjual selain keadaan kantin yang sunyi tanpa kehadiran murid-murid.

“Adik-adik, janganlah palau kantin, kesiankan kami siapkan makanan,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mempersoalkan kesahihan video berkenaan yang dikhuatiri sekadar untuk ‘content’ semata-mata.

Bagaimanapun, ada juga pengusaha kantin yang berkongsi pengalaman sama apabila murid-murid kini tidak lagi makan di kantin sekolah kerana membawa bekal dari rumah.

“Memang ada kantin sekolah yang sunyi begini, kebanyakan pelajar suka beli makanan di koperasi ataupun bawa bekal dari rumah,” kata Asmida.


“Di tempat saya pun sama, susah nak habis makanan sekarang. Kalau ada pun mereka tak beli nasi sangat,” kongsi Tiniey.

Selain itu, ada juga pengguna berpendapat pengusaha kantin perlu menjaga kualiti makanan selain bersikap jujur ketika menjual makanan kepada murid sekolah.

“Biasa kantin kalau makanan kotor, tak sedap dan mahal akan dipulaukan oleh murid. Awak termasuk sekali ke?,” soal Mariam.

“Elok kena begini sesekali, biar berakal. Anak saya beberapa kali tak dapat duit baki, bila anak minta dia kena marah. Sejak daripada itu anak dah tak mahu beli makanan di kantin,” kata Ulfah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 26-10-2024 01:08 AM
Rasa bukan palau. Tapi sebab kos hidup tgi. Ramai yg catu makan sekarang. Mbr meols ramai yg kene buang kje. Sian kdg rasa.
Quote sekngucing 26-10-2024 01:31 AM
Palau?.bahasa mana ni? Pulau lah
Quote Lily_Elizabeth_ 26-10-2024 07:27 AM
lanacondor: Rasa bukan palau. Tapi sebab k ...
lanacondor: Rasa bukan palau. Tapi sebab k ...
bidang apa tu?
Quote ultra78 26-10-2024 07:32 AM
Makan kat kantin nanti keracunan makanan.
Quote shida81 26-10-2024 07:39 AM
Ank2 ak pn x mkn kt kantin.. Samaada be bekal.. Mkn kt umh dulu.. Mkn blk sekolah.. Dorang pn complain harga mknn mahal
Quote ifanonline 26-10-2024 07:41 AM
makanan dari rumah lagi bersih
Quote kucingkarate 26-10-2024 10:50 AM
Palau
Definisi : parut dll pd badan (yg menjadi tanda atau ciri utk mengenalnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat). Tesaurus. Tiada maklumat tesaurus untuk kata palau ...
Quote Binodino 26-10-2024 11:21 AM
Entah2 konten semata2. Budak2 belum time rehat lagi memang la takde kelibat sebab semua dalam kelas.
Quote Radzor 26-10-2024 11:47 AM
palau = mabok
Quote airfilterkotor 26-10-2024 12:04 PM
Binodino replied at 26-10-2024 11:21 AM
Entah2 konten semata2. Budak2 belum time rehat lagi memang la takde kelibat sebab semua dalam kelas. ...

Aku syak mende sama gak.
Kusi meja elok kemas terletak.
Bebudak tak keluar rehat lagi ler tu.
Quote anony-mous 26-10-2024 12:47 PM
sekngucing replied at 26-10-2024 01:31 AM
Palau?.bahasa mana ni? Pulau lah

Start dgn bbnu genZ guna palau ni habis smua ikut. Bahasa rempit
Quote anony-mous 26-10-2024 12:48 PM
Binodino replied at 26-10-2024 11:21 AM
Entah2 konten semata2. Budak2 belum time rehat lagi memang la takde kelibat sebab semua dalam kelas. ...

Ye budak belum keluar kelas lg. Rasanya dia ckp sebelum menda tu jd. “Tlg la jgn pulaukan maknan kantin” mcm 1 pengharapan gitu.
Quote Manusiabesa 26-10-2024 12:51 PM
Ish hampa jual mknn x sihat kot. Makbapak budak pun pesan jgn mkn agaknya. Nugget, soseh, fries, dging brger.. smua benda pnykit.

Btw aku jd teringat rindu bihun sup acik kntin masa aku sek men.. sedap gilss... sambai kicap power... pagi2 aku p mkn nasik budak RMT yg lebih, yg budak2nya x ambik lah. Xpulak aku curi rezki depa tu mwahaha.

Tringt lg belah pagi nasi hangat2 berasap, ayam masak merah dia padu. Stiap hari rasanya konsisten. Xtau apa rempah dia blend.. mmg sodap..

Air mcm biasa. Depa isi separuh cwn, budak dtg nk beli tinggal tuang esbatu.

Tringt kenangan zmn dulu² lah pulak sebut kantin2 ni.
Quote Skuau 26-10-2024 01:02 PM
Radzor replied at 26-10-2024 11:47 AM
palau = mabok

adik2 jangan la MABUK kt kantin....
Quote kemaruk 26-10-2024 01:19 PM
budak2 sekarang dah pakai chatgpt

mana pakai kantin2 lagi dah
Quote ardent91 26-10-2024 03:26 PM
lanacondor replied at 26-10-2024 01:08 AM
Rasa bukan palau. Tapi sebab kos hidup tgi. Ramai yg catu makan sekarang. Mbr meols ramai yg kene bu ...

company ape tu yg ramai kena buang kerja? local company yg sendirian berhad or international?

Quote kuzaime 26-10-2024 03:54 PM
Kalau sekolah menengah, kat koperasi sekolah skrg ramai cikgu2 yg berniaga makanan, selalu aje baca 'luahan' pengusaha kantin yg bengang. Makanan kat kantin kot x laku pada aku sama ada x sedap @ mahal. Kalau nak makan sampai tahap kenyang, x taulah berapa rm agaknya kena bagi kat anak2
Quote azimodin 26-10-2024 03:56 PM
Sedap ke tak. Sekolah anak aku kantin dia masak sedap jugak la. Penuh bebudak, berebut nak beli nasik lemak & bihun sup. Sampai mak bapak request tambah stock nasik lemak.
Quote Jikookie 26-10-2024 04:53 PM
sekngucing replied at 26-10-2024 01:31 AM
Palau?.bahasa mana ni? Pulau lah

Bahasa bbnu

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052413 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top