CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan menolong tetapi ‘berjemaah’ kebas minyak masak

28-10-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15966| Komen: 15

 

JAKARTA – Satu klip video tular di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menunjukkan beratus-ratus penduduk menadah dan mengambil minyak masak yang tumpah daripada sebuah lori tangki terbalik akibat kemalangan, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di hadapan Universiti Negeri Makassar (UNM) pada Khamis lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nursinar022 itu menunjukkan orang ramai berpusu-pusu menadah minyak yang keluar daripada tangki bocor.


Lebih mengejutkan, mereka sanggup mengambil minyak masak yang bertakung di tepi jalan. 


Ada yang meletakkan minyak masak di dalam botol, plastik, besen dan beberapa baldi yang dibawa dari rumah. 

Perbuatan itu mengundang kecaman netizen. Mereka menuduh penduduk setempat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 993,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial. 

“Kenapa mengambil minyak masak dari jalan? Itu sudah kotor!” marah seorang netizen. 

“Mereka tidak peduli dengan kotoran, yang penting untung!” jawab netizen lain. – AGENSI

 

SUMBER :  Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 28-10-2024 08:40 AM
kan kotor tu
Quote imransulaiman 28-10-2024 08:48 AM
Dan pada masa yang sama para konoha ni mengatakan India adalah negara pengotor
Quote grouper 28-10-2024 08:55 AM
Mesti best baca page fb yg troll konoha ni ... Warga konoha cari mesti malu nak masuk sini.. hahaha
Quote RosieRosie 28-10-2024 09:03 AM
Haaaa another level. Menu apa sedap ek. Goreng pon sodap
Quote Dwdrum 28-10-2024 09:03 AM
Depa tolong kurang kan minyak di jalan...
Quote supernaturalee 28-10-2024 09:04 AM
ya ampuuuuun

bertingkek2 depe ni

Quote BoongaKertas 28-10-2024 10:54 AM
wehhh. dah tercemar kot. org ludah2, kencing kat jalan tu. ya Allah whyyyy
Quote zarulnazmi 28-10-2024 11:01 AM
Supersirap: kan kotor tu


sama ada diorang tak peduli aspek kebersihan atau diorang tak guna sendiri tapi jual kat orang lain.
Quote tahanie 28-10-2024 11:42 AM
Yewwww nak makan sendiri ke buat meniaga tu
Quote SalenaGomez 28-10-2024 11:59 AM
BoongaKertas: wehhh. dah tercemar kot. org l ...


Tah2 guna utk meniaga n bukan utk kegunaan sendiri. Kisah apa kan….btw mahal sgt ke minyak masak kat konoha. Ladang kelapa sawit punyalah yg terluas di dunia (kalau x silap)
Quote plywood 28-10-2024 12:01 PM
Alaa.. tak taulah nak cakap apa.

kemiskinan dorong mereka buat spt ini.. kurang pula penekanan ttg kebersihan pemakanan, demi survival ambik jer lah minyak atas jalan tu, pada mereka itu kelihatan ok..

Darkside orang miskin.. mudah-mudahan lebih ramai orang kaya yang buat charity ditempat mereka
Quote ultra78 28-10-2024 01:31 PM
Kutip minyak utk buat meniaga makanan di tepi jalan?
Quote fanaz82 28-10-2024 03:00 PM
minyak masak kat sana mahal sangat ke, sampai sanggup kutip tepi jalan punya?
Quote jlo 28-10-2024 03:58 PM
like ewwwww
Quote Sazreena 28-10-2024 04:29 PM
Sebab tu tobat aku nak makan street food dorang. Cukhoplah aku ciriton dari day 1 sampai balik. Hazabedah. Yg magiknya, cecah bumi Malaya terus helok. Sepanjang kat Padang, minum air garam je kekdahnya.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.034503 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top