CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM2,600 Hingga RM3,500, Purata Gaji Pekerja Bangladesh Buat Rakyat Malaysia Terkejut

28-10-2024 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28577| Komen: 74

 


Boleh dikatakan pekerja berasal dari Bangladesh sering kali dipandang serong oleh rakyat Malaysia kerana didakwa hanyalah ‘kuli’ apabila bekerja di negara ini.

Bagaimanapun, realitinya ada diantara mereka yang raih pendapatan jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan atau disangka orang ramai.

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang individu berkongsikan angka gaji bulanan yang diraih oleh sejumlah warga asing yang bekerja di Malaysia dan dapat dilihat, purata gaji minimum mereka sebanyak RM2,600 hingga RM3,500.

Pendedahan yang dibuat oleh individu itu telah meraih perhatian warganet, di mana rata-rata berasa terkejut dengan angka pendapatan yang diperoleh oleh majoriti warga asing yang bekerja di Malaysia.

 

Biarpun terkejut gaji warga asing lebih tinggi daripada mereka, ada yang berpendapat selayaknya mereka menerima jumlah sedemikian kerana kerja yang dilakukan tidaklah mudah.

SUMBER :  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-10-2024 11:27 PM
Tapi tgk pulak mcmana dorg keje. Segelintir org kita ni pulak, klu keje berat sikit, terus malas.. pastu nak expect gaji besar terus..
Quote Decaffeinated 28-10-2024 11:33 PM
Ya, aku terkejut. I thought it is more.
Quote Gokuuu 28-10-2024 11:46 PM
Bila kera dihutan disusukan
Membiak2 lah kera
Quote silance 28-10-2024 11:50 PM
gambar hiasan kat atas tu - penuh semangat sungguh mereka nak naik bas pergi kerja.
Quote B40tastePosh 28-10-2024 11:53 PM
Edited by B40tastePosh at 28-10-2024 11:56 PM

Memang Bangla lagi kaya dari Melayu B40.

Memang pahit kenyataan.

Bangla kat Sabak Bernam ni kalau kenduri kecik2 pun mesti tumbang lembu.

Kalau Melayu kenduri doa selamat, kesyukuran nak tong2 duit pun kedekut....makan bihun je. Kahkahkah

Restoran Bangla, jual kari daging tempatan, tak pakai daging kotak macam Restoran Melayu
Quote ninja boy 29-10-2024 01:22 AM
Kerja supervisor lagi miskin dari bangla rumah kongsi air api free
Quote DARSITA 29-10-2024 01:42 AM

ada potong epf tak? insurance kesihatan?

tapi kerja dia orang teruk/penat ..kerja 6 hari seminggu. 8 -6 pm.

Quote L.U.S.M 29-10-2024 05:59 AM
Mmg pun..tgk jela manager kat sukiya dgn bbq town tu semua amik Bangla..ko ingat diorg buat keje level sektor berat?hmm keje yang rakyat tmptn blh buat pun majikan lg prefer amik warga asing..
Gaji dorg tinggi keje plak senang makan pakai rumah semua ditanggung..bulat2 duit gaji dpt mmg hantar blk negara Bangladesh..mana xkaya raya deme kerja msia ni

Aku xla rasis tp tetap sedih tgk negara sendiri bela warga asing lg baik dr rakyat sendiri yang kena caj macam2..subsidi pun dh kena tarik
Quote Tinot7 29-10-2024 06:22 AM
Keje deme berat.. long hours.. rakyat mesia sanggup ka?
Quote ultra78 29-10-2024 07:40 AM
Diaorg kan tak perlu bayar kwsp.
Quote Mimicomel 29-10-2024 07:48 AM
Selayaknya. Diorg buat long hours, dan mmg kerja takde tiba2 nak tender resignation ke apa. Dan diorg takde kwsp mcm kita.
Quote Samerosie 29-10-2024 08:00 AM
Decaffeinated replied at 28-10-2024 11:33 PM
Ya, aku terkejut. I thought it is more.


Iols pun ingat lagi banyak considering the 4d work they do sekali eleh mcm budak melayu kerja sales asst or customer service kat airconed malls or office.  Kalau makan tanggung berak canggung tak de la dlm gambar tu masing2 berpastik brg bawa bekal ye dok?
Quote IzzahF 29-10-2024 08:08 AM
dorang keje 12jam satu hari, construction site ada yg sampai 16jam. agak2 la nk tekejut pun. ikutkan sikit je tu. tu blm lg kena perah dgn agent tiap sejam gaji dorang kena bayar singgit kat agent atau site engineer/supervisor yg bawak dorang masuk keje situ. tukang perah tu malaysian...lg haram perangai buta2 makan hasil titik peluh bangla

cuba org malaysia keje buat concrete 16 jam, mau ke?
Quote Minami2013 29-10-2024 08:25 AM
Belum lagi pasal cuti..kakak kahwin, kenduri arwah, family day, anak sakit masuk hospital, mak bapak sakit, cuti raya.. mc memanjang.. gitu la employer rela ambik bangla byr ciput boleh kerah kerja
Quote namr 29-10-2024 08:28 AM
dorang hari2 ot, kalau boleh dorang nak keje 24 jam tu
Quote PULANGKAN 29-10-2024 08:44 AM
dulu ada indian kat tempat kerja kami ni, betul2 dari negara india sana, bukan india malaysia.

kerja 8 pagi masuk, balik pukul 10 malam. everyday
hari offday kena standby kena panggil. mungkin kena panggil untuk jadi backup
dekat 10 tahun kerja, dia dah biasa katanya
balik negara dia kejap, jumpa bini buat anak, balik malaysia
bini mengandung beranak, anak dah besar, tak kenal bapaknya. kenal dari video call je

yang hampehnye staff jenis diorang ni, masing2 pasang scandal. mostly perempuan indonesia

gaji dia kalau RM2k, seribu sent ke kampung. kadang2 mak ayah, isteri dia mintak lebih. sent terus RM1.5k
Quote Siput_Sawah 29-10-2024 09:03 AM
Tajuk artikel ni agak sikit berlebihan yer, untuk gaji buruh binaan mereka ada rate kerja perday from RM30 up perday ikut skill. kalau level pekerja buruh biasa hanya dibayar dlm RM30/40 or RM50 perday ikut jenis kerja/level kesukaran dan untuk pekerja berskill dibayar dlm rm80-150perday (RM150perday ni susah nak dapat tapi ada yg dibyr dengan harga tu). Untuk mendapat gaji yang lebih pekerja warga asing ini terpaksa kerja lebih masa sampai pukul 10mlm setiap hari untuk dpt gaji yang seperti dicanang kan kat tajuk artikel ini. DS pekerja asing ni dia org kena saving duit nak bayar hutang kat ejen untuk dtg malaysia dan kena saving lagi untuk byr duit renew permit kat ejen. sebab itu lah mereka kena kerja over to limit. Sekian pencerahan saya dan saya rasa rakyat Malaysia tak sangup kerja mcm pekerja asing ni (ini kenyataan yang kita kena hadam).
Tapi ada perkerja asing yang kaya level  T20 ni, tapi tak banyak tapi kebanyakan mereka ini jadi Mandur (Kapla) kepada pekerja mereka dan kenal rapat dengan tokeh tokeh tapak binaan untuk supply pekerja dan ambil sub kerja kat tapak binaan itu.
Quote B40tastePosh 29-10-2024 09:08 AM
Diorg kerja majukan ekonomi nalaysia, bukan cam korang asyik berjalan je , hari2 penuh kereta atas jln persekutuan di Sabak Bernam ni .... Kau buat apa byk atas jalan, jadi peguam pun scammer
Quote kotakbaju 29-10-2024 09:13 AM
Tinot7 replied at 29-10-2024 06:22 AM
Keje deme berat.. long hours.. rakyat mesia sanggup ka?

Depa takdak komitmen macam kita. Depa mai keja tempat orang, semua majikan sedia. Tempat tinggal, transport ke tempat keja, tak gaduh nak bayar bulan2 rumah, keter. Lagi pun dah takdak keluarga di sini, so tak kalut la dengan anak binik. Depa sorang semata2. Takdak masalah nak tumpu keja lama2.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065955 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top