Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform media sosial mengenai kisah seorang isteri yang tidak menghormati suami kerana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan hantaran itu raih perhatian ramai. Difahamkan dari laporan mStar, seorang wanita memaklumkan dia hilang rasa hormat selepas merasakan dirinya seorang provider dan segala perbelanjaan rumah ditanggung olehnya. "Dulu gaji aku lagi banyak daripada laki aku, jadi semua komitmen aku yang kena bayar. Sampai satu tahap, rasa hilang hormat sebab rasa aku yang jadi provider. Bila gaduh, asyik ungkit je." Bagaimanapun, kata wanita itu, selepas si suami menukar tempat kerja, dia telah menerima bayaran tinggi, bahkan lebih banyak berbanding pendapatan isteri. Susulan suami sudah mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, wanita tersebut mula menghormati suami kerana tidak perlu menggunakan gajinya untuk perbelanjaan keluarga.
"Aku slow down dan mula hormat dia sebab dia dah boleh bayar komitmen kami. Kami perempuan bukannya nak duit laki, kami nak laki yang tahu tanggungjawab." Oleh kerana hantaran tersebut tular di platform media sosial, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakannya dan menyelar wanita tersebut kerana meletakkan nilai wang lebih tinggi daripada maruah suami. "Saya sebagai isteri rasa teruk bila awak hanya hormat suami berdasarkan gaji. "Motif kahwin lelaki miskin? Ke lelaki gaji besar pun tak nak dekat kau?' SUMBER : Mstar, Beautifulnara |
delia3003 replied at 28-10-2024 11:35 PM
Kalau lepas ni gaji lagi tinggi daripada laki, hilang hormat balik ke apa? Sebelum kawen, agaknye fi ...