Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa berada di kawasan tempat kerja ibunya di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Bapanya, Ibrahim Syed Mohammed Mossadeg, 40, berkata, anaknya, Mohamad Aminuddin, 11, berada di tempat kerja isterinya untuk menukar pakaian bagi menghadiri kelas fardu ain jam 1.30 tengah hari. "Memang sudah rutin harian Aminuddin untuk menukar pakaian di sana sebelum ke kelas fardu ain memandangkan sekolahnya berhampiran dengan tempat kerja isteri. "Selepas menukar baju, Aminuddin meninggalkan beg di pondok pengawal sebelum pengawal keselamatan bertugas memaklumkan perkara itu kepada isteri," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ibrahim berkata, isteri yang bergegas ke pondok pengawal mendapati Aminuddin sudah tiada di kawasan berhampiran dan memaklumkan perkara itu kepadanya. "Saya terus bergegas mencarinya di kawasan sekitar, namun tiada kelibatnya. Malah, saya juga bertanyakan kepada rakannya tetapi tiada yang tahu keberadaan Aminuddin.
"Selepas usaha mencarinya gagal, saya terus membuat laporan berhubung kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu di Balai Polis Dang Wangi," katanya. Beliau yang juga pesara tentera berkata, kali terakhir Aminuddin dilihat memakai baju T berkolar warna merah serta seluar hitam sebelum menghilangkan diri. "Saya bimbang keadaannya di luar sana yang hanya sehelai sepinggang. Aminuddin memang sedikit sensitif tetapi dia tidak pernah buat seperti ini (menghilangkan diri). "Saya merayu kepada Aminuddin supaya pulang ke rumah atau pergi semula ke tempat kerja ibunya. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aminuddin boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya. SUMBER : – Harian Metro |
Aminuddin memang sedikit sensitif
PULANGKAN replied at 29-10-2024 08:10 AM
makin kerap kes budak hilang
edit : alhamdulillah dah ditemui selamat
PULANGKAN: Edited by PULANGKAN at 29-10-2024 08:50 AM makin kerap kes budak hilangedit : alhamdulillah dah ditemui selamat
nisako replied at 29-10-2024 10:49 AM
ok tak budaj tu nape boleh hilang
reenz013 replied at 29-10-2024 10:43 AM
salam dh jumpa dh...ni anak pegawai kt opis aku
IvyGorgon replied at 29-10-2024 11:33 AM
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah ...
pocongkiutss replied at 29-10-2024 01:10 PM
Dh jumpa ke budak yg ikut boipren tu? Better cepat2 viralkan..cepat sikit jumpanya
IvyGorgon replied at 29-10-2024 11:33 AM
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah ...
nolya replied at 29-10-2024 02:14 PM
Agaknya parents hari ini perlu ada special dialog session dgn anak2. Selain secara friendly approa ...
ADVERTISEMENT