CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita hilang hampir 2 minggu ditemukan hidup dengan kesan gigitan ular di Pergunungan Snowy

29-10-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32089| Komen: 18

 



Washington: Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir dua minggu di kawasan Pergunungan Snowy, Australia, ditemukan masih hidup pada Ahad, namun mengalami kecederaan akibat terdedah kepada cuaca dan gigitan ular, lapor United Press International (UPI) yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Lovisa Sjoberg, 48, dilaporkan hilang pada 21 Oktober tetapi kali terakhir dilihat memandu Mitsubishi Outlander berwarna kelabu pada 7 pagi waktu tempatan pada 15 Oktober di Taman Negara Kosciuszko, New South Wales, berhampiran sempadan Victoria.

Pihak berkuasa berkata kali terakhir seseorang bercakap dengannya adalah pada 8 Oktober.

Polis New South Wales dalam satu kenyataan pada Ahad berkata Sjoberg ditemukan di Nungar Creek Trail di Taman Negara Kosciuszko pada kira-kira 4.50 petang oleh seorang pegawai Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar.

Paramedik Ambulans NSW merawatnya di tempat kejadian akibat gigitan ular dan pendedahan kepada cuaca sebelum dia dibawa ke Hospital Daerah Cooma dalam keadaan stabil, kata Polis NSW.

Superintendan Daerah Polis Monaro, Toby Lindsay, memberitahu media tempatan bahawa Sjoberg ditemukan dalam keadaan "keliru dan cedera," memaklumkan kepada penyelamat bahawa dia telah digigit ular copperhead empat hari sebelumnya dan juga mengalami kecederaan pada buku lali.

Operasi mencari, yang dilancarkan pada 21 Oktober, melibatkan pegawai dari Daerah Polis Monaro bersama ejen penguatkuasaan undang-undang tempatan dan persekutuan, serta anggota masyarakat awam.

"Kami mempunyai lebih daripada 30 orang di lapangan setiap hari untuk mencari," kata Lindsay.

"Kami sangat bimbang mengenai wanita yang hilang itu, dan amat bersyukur dia telah ditemukan dalam keadaan selamat dan agak baik."

Lindsay menambah bahawa Sjoberg "sangat bernasib baik kerana masih hidup."

SUMBER : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IzzahF 29-10-2024 08:56 AM
ko buat apa atas tu nyah, menyusahkan org btl
Quote Sazreena 29-10-2024 08:59 AM
Nasib bukan bisa paling berbisa..kalau tak, selamat tinggal dunia je la.
Quote Tinot7 29-10-2024 09:09 AM
Umo 48 tapi nampak muda
Quote fanaz82 29-10-2024 09:42 AM
memang panjang umur ko ni
Quote nisako 29-10-2024 10:47 AM
eiii nasib x mati
Quote edayildiz 29-10-2024 11:21 AM
nasib la pjg umo
Quote gigahertz 29-10-2024 07:42 PM

kalau nak mantain muda carilah biarlah ular mengigit
Quote gigahertz 29-10-2024 07:44 PM
Sazreena replied at 29-10-2024 12:59 AM
Nasib bukan bisa paling berbisa..kalau tak, selamat tinggal dunia je la.
Polis New South Wales dalam satu kenyataan pada Ahad berkata Sjoberg ditemukan di Nungar Creek Trail di Taman Negara Kosciuszko pada kira-kira 4.50 petang oleh seorang pegawai Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar.
macam mana nak sebut hilang kat mana ?
Quote Decaffeinated 29-10-2024 09:14 PM
gigahertz replied at 29-10-2024 07:44 PM
macam mana nak sebut hilang kat mana ?

Taman Negara Kosciuszko? sebut loghat Poland

Quote Tinot7 29-10-2024 10:04 PM
gigahertz replied at 29-10-2024 07:42 PM
kalau nak mantain muda carilah biarlah ular mengigit

Ehh.. kiok cepat mcm tu
Quote gigahertz 30-10-2024 12:10 AM
Decaffeinated replied at 29-10-2024 01:14 PM
Taman Negara Kosciuszko? sebut loghat Poland

sebut K.O je la .
Quote TomyamPuteh 30-10-2024 05:46 AM
Ratu Nagin nih sbb tu tak lut dek gigitan ular.
Quote grouper 30-10-2024 07:20 AM
Dari banyak2 ular paling berbisa kat Australia tu kena patuk ngan x bape bisa kira nasib baik la...kalau kena ngan island taipan mmg dh mati dah
Quote kemaruk 30-10-2024 07:28 AM
Ulat tak menggigit ler

Dipatuk ular la bodo
Quote pokokmeranti 30-10-2024 08:18 AM
nasib baik tak bawa bomoh tolong 'scan'....klu tak mesti disorok bunian
Quote zuriey 30-10-2024 09:26 AM
Terigt pula cerita 127 hours
Quote Sazreena 30-10-2024 11:58 AM
gigahertz replied at 29-10-2024 07:44 PM
macam mana nak sebut hilang kat mana ?

Orang dorang mesti boleh sebut punya..tak leh sebut, eja..
Quote dubuk 30-10-2024 12:03 PM
ular cooperhead kurang gerun mukanya tak macam reptilian yang berubah rupa kalau tak mahu pengsan koma terus tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043216 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top