CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin terima anugerah di MRSM lagi - “Alhamdulillah. Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini"

29-10-2024 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33852| Komen: 38

 


Anak sulung kepada pelakon terkenal Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi mencatatkan kejayaan cemerlang dalam bidang akademik apabila meraih Anugerah Penghormatan Pengetua lagi sekali di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar.

Kejayaan ini diiktiraf berdasarkan pencapaian akademiknya yang luar biasa dengan Purata Nilai Gred (PNG) 3.842 dalam peperiksaan Tingkatan 3, Semester 1 untuk tahun 2024.

Pencapaian Airit Rayyan yang membanggakan ini turut dikongsi oleh Rita di media sosial menunjukkan sokongan dan rasa bangganya terhadap anaknya.


“Alhamdulillah. Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini. Terima kasih HR Ryan Mami ustazah wakilkan untuk Ryan. Flyhigh Ryan,” tulis Rita di dalam hantaran tersebut.

Sijil Penghormatan Pengetua ini turut menjadi simbol dedikasi dan kerja keras Airit dalam mencapai kecemerlangan akademik, meskipun mempunyai jadual harian yang ketat sebagai seorang pelajar.

“Dengan namanya dicatatkan dalam senarai Penghormatan Pengetua, semoga kejayaan ini akan mendorongnya untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan,” kata wakil MRSM dalam sijil penghormatan tersebut.

Kejayaan ini pasti menjadi inspirasi kepada ramai pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sekaligus membanggakan keluarga dan sekolah.

SUMBER : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejarihalus 30-10-2024 07:22 AM
Tahniah Airit... Semoga terus cemerlang...
Quote scarflicious 30-10-2024 07:27 AM
Aku puji rr dalam bab jaga ank ni.
Quote mamapea 30-10-2024 07:52 AM
pandai rita didik anak...ni mmg aku puji...
Quote zehra2 30-10-2024 07:55 AM
payah gak nk dpt anugerah ni kalo tak all rounder. tahniah rita. anak pun mesti ada akhlak yg baik. dah besar.. dah boleh baca isu² mak dia dgn family bapak.
Quote BoongaKertas 30-10-2024 08:25 AM
tahniah rayyan. moga membesar menjadi org baik yg mengamalkan semua ajaran Islam dan mengenang jasa ibumu.
Quote afie_m 30-10-2024 09:00 AM
Tahniah Airit & rita
Quote anilanil 30-10-2024 09:10 AM
Tahniah anak2 acik rita
Quote zuriey 30-10-2024 09:13 AM
Ank dia dulu bkn mrsm dkt negeri 9 ke chuolsss
Sudah pindah?
Quote Mamajiyem 30-10-2024 09:16 AM
Menjadi sungguh ye anak2 Rita..pandai dia didik..
Quote namr 30-10-2024 09:34 AM
tahniah , semoga terus cemerlang ye dek. aktif sukan, akademik cemerlang, bakal hafiz mmg btl all rounder anak yg ni ye..untung maknya dpt anak kuat semangat camni. iols tgk sign pengetua dia lucu btl, senang nak tiru tu
Quote Hoola 30-10-2024 09:45 AM
benda baik lagi menginspirasikan...

TAHNIAH ANAK RITA & RITA & PARA CIKGU2
Quote bungalisa 30-10-2024 09:46 AM
bangganya jadi rita.. anak cerdik... dunia dia jaga.. akhirat pun dia jaga,,
Quote L.U.S.M 30-10-2024 09:48 AM
Ank punya cerita pun nk bukak benang ke..hbsla sepupu sepapat nenek atok retis pencen semua nk kena bukak benang kat BOD GT ni...
Quote scorpionkiki 30-10-2024 09:49 AM
zehra2 replied at 30-10-2024 07:55 AM
payah gak nk dpt anugerah ni kalo tak all rounder. tahniah rita. anak pun mesti ada akhlak yg baik.  ...

Dapat gpa 3.5 kira dapatlah Anugerah pengetua ni cikgu
Quote chandrahusin 30-10-2024 09:51 AM
Alhamdulillah
pandainya anak dia
+ pandai mak didik anak
mesti semua Rita siapkan untuk anak dia
bayaran2 hal sekolah
jenguk anak ambik tau hal anak
ni lah contoh bukan semua anak broken family tu broken jgk
sekurang2nya bdk ni dh half way menyerlah dlm hidup dia
Quote KamikuP 30-10-2024 09:53 AM
Tahniah Airit & RR. Well deserved memandangkan belajo kat MRSM ni mmg semua pelajar bijak2 bewlaka
Quote imanjannah 30-10-2024 09:53 AM
alhamdulillah.. Tahniah buat anak dan Rita
Quote zehra2 30-10-2024 09:54 AM
scorpionkiki replied at 30-10-2024 09:49 AM
Dapat gpa 3.5 kira dapatlah Anugerah pengetua ni cikgu

ya lah. akademik, koku sukan, hafiz lg.. semua nya dia excellent
Quote makciktijah 30-10-2024 09:56 AM
yg ni wajar dipuji. hebat dia didik anak2.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.042947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top