CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imago Mundi, Peta tertua didakwa dedah lokasi Bahtera Nabi Nuh

29-10-2024 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33040| Komen: 12

 


LONDON – Sekumpulan saintis menguraikan peta tertua dunia yang terukir pada tablet tanah liat berusia kira-kira 3,000 tahun dan mendakwa bahawa  kepingan itu memaparkan lokasi Bahtera Nabi Nuh, lapor portal berita MailOnline semalam.

Artifak Babylon dikenali sebagai Imago Mundi itu menunjukkan gambar rajah bulat dengan sistem tulisan menggunakan simbol berbentuk baji untuk menggambarkan dunia mula tercipta.

Penyelidik Muzium British, London, di mana tablet itu ditempatkan, menjelaskan bahawa bahagian belakang tablet itu bertindak seperti kunci. Ia menerangkan perkara yang akan dilihat oleh pengembara dalam perjalanan mereka jika mengikuti peta tersebut.

Satu lagi bahagian mengatakan bahawa mereka mesti melalui ‘tujuh liga untuk melihat sesuatu yang tebal seperti kapal ‘parsiktu’.

Perkataan ‘parsiktu’ turut ditemui pada tablet Babylon  purba yang lain, khusus untuk menerangkan saiz kapal yang diperlukan untuk bertahan daripada banjir besar.


Kurator Muzium British, Dr. Irving Finkel berkata: “Ia menunjukkan kisah Bahtera Nabi Nuh. Jika anda melakukan perjalanan ini, anda akan melihat sisa-sisa bahtera bersejarah ini.”

Finkle menjelaskan bahawa sesiapa yang melalui laluan ke Urartu, secara teorinya, akan melihat bahagian tepi kayu kapal di atas gunung ‘seperti yang terdapat dalam kitab Injil’.

Menurutnya, bahtera itu berada di ‘Gunung Ararat’, Turkiye, berikutan banjir 150 hari yang menenggelamkan Bumi dan setiap makhluk hidup di atasnya.  

Banjir besar tersebut dikatakan berlaku 2,000 tahun sebelum tablet itu diukir.

Bahtera itu dikatakan berukuran panjang 160 meter(515 kaki) dengan lebar lebih 26 meter(86 kaki) dan tinggi 16 meter(52 kaki).

Penemuan tersebut adalah berdasarkan analisis saintis dan sejarawan Barat semata-mata.  – AGENSI 

SUMBER : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-10-2024 09:53 PM
Edited by dua_chzy at 29-10-2024 01:58 PM

Pasal bahtera Nuh hado atas Gunung Ararat ni bukan ke dah lama? Cer korang google Youtube ekspedisi carik Noah's Ark nih. Hada banyak video. But dari sudut pandangan Kriste la yek dah yang buat ekspedisi pun, Kriste.

Atok ni yang pemula pada teori ni, Ron Wyatt. Masa tu ramai kata heshe fake la etc.

[youtube]IoTkguzRaCU?si=g-8-3nUrDEuDCTyj[/youtube]
Quote Supersirap 29-10-2024 09:57 PM
Wow, mudah-mudahan info yang belum terungkai dapat dipecahkan melalui penemuan ini
Quote dua_chzy 29-10-2024 10:05 PM
Ni lak Sodom n Gomorrah. Tak silap atok Ron tu juga yang discovered tempat ni. Tapi zaman dia revealed kajian2 dia, takda yang pedulik. Youtube pun tadop.

Sapo minat archeological plus theology, boleh layan video ni. Stad2 macam Auni tu banyak blaja dari Youtube la. Boleh tau dari cara meka bercakap.

[youtube]QjPcSQUY2W0?si=bM5PpgIT7N7hxqFq[/youtube]
Quote dua_chzy 29-10-2024 11:19 PM
Huntok yang malas layan video panjang (ni pasal Gomorrah):

[youtube]BmL4be9oeHM?si=7Nv8Ut3U_BaIzPiQ[/youtube]
Quote dua_chzy 29-10-2024 11:21 PM
Solomon's (Sulaiman) Pillar (marking the site of the Red Sea parting):

[youtube]IXR1potsAIM?si=EizvtN0zid3aZp9T[/youtube]
Quote Dwdrum 30-10-2024 08:31 AM
Jika ikot historian and archeology noah itu hebrew name... Real name noah ada 3 names di mention dalam epic of gilgamesh cuneiform... Noah of ark... Cuneiform epic of gilgamesh dated 3k to 5k years ago... Map ini 3k years ago... Maybe another story-telling... Noah of ark...
Quote BeskotCekelat 30-10-2024 09:10 AM
Artifak usi beribu tahun pegang pakai bare hand je? lapik la sikit pakai glove getah hitam usahawan burger hipsturrr ke..
Quote kotakbaju 30-10-2024 09:40 AM
Iols teringin nak tengok dalam bahtera tu rupa macam mana, sejauh mana kecanggihan teknologi yang terdapat dalam kapal tu kalau ikut zaman noh tu,
Quote cmf_almondpecan 30-10-2024 09:46 AM
BeskotCekelat replied at 30-10-2024 09:10 AM
Artifak usi beribu tahun pegang pakai bare hand je? lapik la sikit pakai glove getah hitam usahawan  ...

Saya pun tengok dengan dekat gambar tu rupanya dia pakai glove.
Quote tobobon 30-10-2024 09:47 AM
Meols x percaya!!!!

Bahtera tu sebenarnya ada kat kaki gunung jerai....

Quote BeskotCekelat 30-10-2024 09:50 AM
cmf_almondpecan replied at 30-10-2024 09:46 AM
Saya pun tengok dengan dekat gambar tu rupanya dia pakai glove.

Oo.. dia pakai glove transparent ke? Gambar blur tak clear macam amik guna Nokia Sabun

Quote Decaffeinated 30-10-2024 01:25 PM
Aku percaya ja bahtera ni pernah wujud cuma perencahnya ja la yang ditambah dari sekole dah jadi sekawah.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.146587 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top