CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muat Naik Status ‘Hipokrit’, Diana Danielle tuju untuk Farid Kamil?

30-10-2024 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14680| Komen: 50

 

 
Belum sejam suaminya, Farid Kamil berjanji mahu menjernihkan kemelut rumah tangga, aktres Diana Danielle mengundang perhatian dengan memuat naik hantaran berbaur sindiran dipercayai buat aktor tersebut.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut, Diana, 34, hanya berkongsi perkataan hipokrit sekali gus memberi bayangan ditujukan kepada hantaran yang dimuat naik Farid hari ini.

Dalam pada itu, meski sedang melalui kemelut rumah tangga, Diana dilihat masih aktif hadir ke acara berkaitan psikologi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam Diana selepas 30 minit dimuatnaik dalam Instagram Storynya.

Hari ini, Farid menegaskan akan berusaha memulihkan pergolakan rumah tangga selepas Diana menyuarakan hasrat dan nekad untuk memfailkan perceraian terhadapnya.

Diana juga turut meminta orang ramai memberinya ruang.


Dalam masa sama, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Diana sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah berkata janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak tertunai.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. 
 
Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-10-2024 11:58 AM
Start dah ....


Sian


Quote watachiwa 30-10-2024 12:01 PM
nak serai gi mohon serai x yah duk pong pang kat medsoc
Quote starcity 30-10-2024 12:09 PM
Filekan je la cerai tu. Asyik nk hint & post mengundang. Tak ada org nk persoalkan pun why cerai. Yg org question why rujuk aritu?
Quote jejai 30-10-2024 12:10 PM
tapi dd ni sumpah cantik wei pernah jumpa couple ni beberapa kali
Quote PULANGKAN 30-10-2024 12:34 PM
starcity replied at 30-10-2024 12:09 PM
Filekan je la cerai tu. Asyik nk hint & post mengundang. Tak ada org nk persoalkan pun why cerai. Yg ...

bulan ni berita retis serai seiring dengan berita banjir dan bencana alam

Iols sampai lupa sapa yang start berserai-berai haritu.. lost count dan tertinggal kereta api
Quote cicicumel 30-10-2024 12:38 PM
DD dgn F bff ke?nmpak most post DD di LIKE oleh F.. together women empowerment gittew
Quote brainbiru 30-10-2024 12:41 PM
Yg penting President kena ada ... dah ready dgn speech "1 malaysia bersedih" ke President ?
Screenshot_20241030_123944_Instagram.jpg
Quote kaseh80 30-10-2024 12:56 PM
Watssap direct la kat Fd
Nak suruh netizen mencapub le tu
Muakkkkkkkkkks dah

Quote LaskarHijayu 30-10-2024 12:59 PM
Adik ipar tak nak ulas pape ke
Quote cm_vungtau 30-10-2024 12:59 PM
brainbiru replied at 30-10-2024 12:41 PM
Yg penting President kena ada ... dah ready dgn speech "1 malaysia bersedih" ke President ?

Tu DD ke?
Quote sukacactus 30-10-2024 01:00 PM
Sukati korang la nak buat apa
Soal rumahtangga kita xcampur
Tumpang baca je la utk jd ikhtibar dlm hidup kita pulak
Quote cm_vungtau 30-10-2024 01:01 PM
Dulu FK pernah cakap letih serumah dengan orang bipolar ke haper. Tetiap tahun mintak cerai. Apa kata ko ceraikan aje. Abih cerita. Netizen pun maleh nak layan bila dah merenyam kang kalau rujuk balik
Quote alesandra 30-10-2024 01:02 PM
Pompuan bodoh itu je nak kabo.....
Quote uori 30-10-2024 01:07 PM

lain kan muka dia, kalau tu dia lah
Quote arffa 30-10-2024 01:08 PM
cm_vungtau replied at 30-10-2024 01:01 PM
Dulu FK pernah cakap letih serumah dengan orang bipolar ke haper. Tetiap tahun mintak cerai. Apa kat ...

Ke dia tengah fasa maniac, bila tengok orang cerai berai dia rasa trigger. Kawan aku BD mmg kesian time maniac buat live TikTok nak toreh orang sebab dia trigger dengan berita orang jahat sana sini, dia nak pi toreh orang jahat.
Quote rainbowrainz 30-10-2024 01:09 PM
Berapa hari ni hujan je..syukur alhamdulillah..sejukkk sikit
Quote makcun14 30-10-2024 01:19 PM
mental health terganggu sangat dah ni. Semoga dimudahkan urusan cerai dan she bertemu ketenangan
Quote noor2 30-10-2024 01:30 PM
Ni lagi seko...mengutuk laki sendiri kat public...goshhh...yg ko kutuk tu bapak anak2 ko..laki ko jugak yg ko peluk , tidur sama selama ni...
Quote zuuu 30-10-2024 01:34 PM
rainbowrainz replied at 30-10-2024 01:09 PM
Berapa hari ni hujan je..syukur alhamdulillah..sejukkk sikit

Tempat aq masih panas terik,bukak air paip waktu tengahari air dh serupa air panas

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top