CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Memang masih ada sahaja yang minat dekat saya tapi saya tunduk, terus balik rumah" – Jamal Abdillah

30-10-2024 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12797| Komen: 12

 


Sudah mencecah usia 65 tahun, penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengakui masih berdepan godaan wanita yang sentiasa dielakkan demi menjaga kerukunan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 65, berkata, pada umur yang sudah melebihi separuh abad, kesejahteraan keluarga adalah perkara paling utama dalam kehidupannya.

“Memang masih ada sahaja yang minat dekat saya, tetapi apabila ada wujud unsur sebegitu (godaan), saya akan tunduk dan terus jalan balik rumah.

“Saya selalu elakkan dan tak nak fikirkan tentang hal itu kerana dalam fikiran sudah sentiasa tanamkan bahawa saya adalah seorang suami serta bapa.

“Anak pun dah nak masuk lima orang. Cukuplah buat perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun dah tua, mahu tenang,” katanya selepas sidang media Konsert Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, hari ini.


Pernah berdepan kegagalan dalam tiga perkahwinan terdahulu, penghibur yang digelar Raja Pop itu menyifatkan semua dilalui sebagai satu proses kehidupan.

Begitupun, bersandarkan pengalaman Jamal yang diminta mengulas mengenai berita perceraian ramai pasangan selebriti dalam tempoh terdekat ini menolak dakwaan situasi tersebut sebagai trend.

“Kita buat apa yang kita perlu buat dan dah rancang, selebihnya biar Allah yang tentukan, begitu juga dengan rumah tangga artis.

“Saya tak ikuti perkara itu (berita perceraian selebriti), tetapi yakin mereka juga melalui proses kehidupan, kena tempuh jugalah. Kita berbalik kepada ketentuan Allah,” ujarnya.


Menerusi perkahwinan kali keempat yang kini sudah memasuki tujuh tahun, Jamal dan isterinya bakal menimang cahaya mata kelima pada Januari 2025.

Penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu turut mempunyai dua anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 23, dan Zaki Yamani, 18.

 
 
Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 30-10-2024 12:11 PM
bini lawa tu tok jamal tak payah layan godaan acik2 ntah mana datang tu
Quote sleepandream 30-10-2024 12:20 PM
patutnya tokjamal ni yg buat konsert &friends... boleh ajak francisca peter, toksir, wany barista, naim daniel.... takpon konsert &sons... ajak zaki yamani dgn osama...
Quote nisako 30-10-2024 12:20 PM
serius eh ...
Quote A-Are 30-10-2024 12:28 PM
xmustahil pon....makcik2 ramai suka kat dia...millenial x rasanya...
Quote exclusive_vvip 30-10-2024 12:34 PM
I percaya je ckp tokmal..alangkan ndlala pun ada yg berkenan..inikan pula tokmal yg sentiasa bergaya & byk duit,job masih lebat..
Quote KamikuP 30-10-2024 01:51 PM
Moga Tokmal terus ampuh di persada semni suara tanahair yaachh.. jgn layan cik2 kepam gundu tu semua.. semua tu nak kikis reta tokmal je pun.. ekekeklek
Quote chandrahusin 30-10-2024 02:07 PM
dh berapa kali plk tukar bini
tak kan tak tunduk2 lagi
+ yg ni muda lawa bergetah
sia2 klu nak buat hal
anak ramai plk tu
Quote jalfa 30-10-2024 02:23 PM
Sius ah bini tok mal nak veranak lagi...memang gagah tok mal kiter
Quote prince_marhaen 30-10-2024 03:48 PM
muka pendiam, tp napsu kuda ye tokmal. patutlah ramai penjual karipap mendekati..nak baka tokmal lettuwww... pastu anak leh jadi retis... hihihi
Quote Nnasda53 30-10-2024 03:53 PM
Jangan buang masa melayan tok mal.
Dah elok2 bahagia jaga je baik2.
Quote ketambangkang 30-10-2024 04:13 PM
knp dia slalu ckp anak nak masuk 5 org? patutnya dh nak masuk 7 org
Quote pocongkiutss 30-10-2024 05:28 PM
Fefeeling patah amon ke atok? Kalau ko sengkek mesken takde nye yg nk menyendeng

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.039043 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top