CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak

31-10-2024 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27863| Komen: 52

 


KUALA LUMPUR: Ketika berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, betapa sukar untuk beliau mencari sahabat sejati yang sanggup mendampinginya.

Bahkan, apa yang dilihat sangat mengecewakan bekas Perdana Menteri itu ialah, ramai yang hanya menunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga bermuka-muka.

“Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Di kala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” kata bekas Presiden UMNO itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.

Semalam, beliau diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pendakwaan empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.


Dalam hantaran yang sama, bekas Ahli Parlimen Pekan itu berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup hadir bagi menunggu perkembangan keputusan berhubung kes tersebut.

“Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu.

“Ikhlas. Inilah yang benar-benar sahabat sejati. Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” luah Najib yang kini berusia 71 tahun itu lagi.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 31-10-2024 09:46 AM
Biasalaa boskuu.. aku yg pencen awai pun kenkawan tarak mo kawan.. adik beradik aku pun pndg aku takde duit.. inikan plk ekau yg pm..
Quote kemaruk 31-10-2024 10:06 AM
Biarlah mereka tersesat bossku

"Najib je yang boleh sign borang bawak keluar c4 dari stor tentera"

"Najib dulu kata tak kenal jho low tapi bila dah kantoi tetibe ngaku kenal pulak hahahha checkmate"
Quote stingerbumpy 31-10-2024 10:10 AM
kemaruk replied at 31-10-2024 10:06 AM
Biarlah mereka tersesat bossku

"Najib je yang boleh sign borang bawak keluar c4 dari stor tentera"

Mana kawan paling sejatinyer disaat dia dlm cell kimarkruk?(read:kakmah)

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote kemaruk 31-10-2024 10:12 AM
stingerbumpy replied at 31-10-2024 10:10 AM
Mana kawan paling sejatinyer disaat dia dlm cell kimarkruk?(read:kakmah)

Kahkahkahkahkahkahkahkah ...

Kak mah sibuk menguruskan hal ehwal konglomerat grab
Quote stingerbumpy 31-10-2024 10:13 AM
kemaruk replied at 31-10-2024 10:12 AM
Kak mah sibuk menguruskan hal ehwal konglomerat grab

Macam see yal kheunz? Aku die die ingat dia akan buat permohonan dok dlm satu cell dgn kawan paling sejatinyer sijibun?

Kahkahkahkahkahkahkah

Quote stroberi_80 31-10-2024 10:25 AM
Mana ada kawan sejati...
Lagu Sejati ada lah
Quote suri33 31-10-2024 11:00 AM
Gitula hidup ni tokjib. Takkan dh tua2 baru tau. Ooo yela dlu hidup serba mewah tak sedar dunia ni sementara huhu.
Quote Decaffeinated 31-10-2024 01:13 PM
Ada. Cari kat forum
Quote Firenzza 31-10-2024 01:26 PM
Esok lps habis cuti dlm jel ramai la kekawan datang balik......yg xde kena mengena pun tetiba mengaku sedara belah makassar  bagi tahu dulu atuk jibun ada kawin lain  tapi x declare.....tiberrrr buat citerr kannn.....sbb apa diorg dtg balik? Sbb diorg suspek ada belen duit billion2 yg blm terusik
Quote Orix 31-10-2024 03:12 PM
HAHAHA. Padan muka ?
Quote Radzor 31-10-2024 03:15 PM
mai sini kita kawan dua
Quote scorpene 31-10-2024 03:44 PM
Edited by scorpene at 1-11-2024 08:18 AM

Betul tu....kawan merompak senang dicari, kawan sama-sama masuk penjara susah nak cari....
Quote kotakbaju 31-10-2024 03:56 PM


[youtube]v-zJH5iTA-w?si=E0nA4rBinih1gqHn[/youtube]
Quote TeropongThaico 31-10-2024 04:07 PM
Ala beli jiwa nampak. Nak org simpati ler tu sbb takkan dah tua2 tak tahu lg kot kawan ketawa mudah dicari kawan waktu menangis mmg tak le diarg nak tunggu dgn kita.  Eh tp ajib kaya tak pernah susah mmg dah tua baru tau ye dak. Tp rasanya ada je yg bertanya khabar cuma off record je kot sbb dr pelbagai cabang parti
Quote sharlenetexas 31-10-2024 04:09 PM
Saya tak nak kawan dengan awak. Awak jahat.

Quote TeropongThaico 31-10-2024 04:09 PM
Sayu lak mendengar kelu kesah ini
Kesian ooo ytjt kan tokjib
Quote hokeypokey 31-10-2024 05:13 PM
Kak Mah kan ada
Quote makciktijah 1-11-2024 05:34 AM
kesian tapi lg kesian tgk penyokong yg berkerusi roda pun sanggup melanguk kat mahkamah.
Quote TomyamPuteh 1-11-2024 06:20 AM
Bila dah tua2 ni sape je yg perlukan kawan? Famili lagi penting la.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038351 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top