CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan saya, jangan risau okey – Kata Misha Omar ekoran penyanyi Kelantan yang ditahan polis Thailand bersama pil kuda

2-11-2024 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 71701| Komen: 21

 


Penyanyi Misha Omar menegaskan dia bukan penyanyi Kelantan yang ditahan polis Thailand bersama pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semalam.

Misha atau nama penuhnya Samiha Omar, 42, sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tersebut selepas ramai mula bertanya mengenai dirinya selepas laporan berita tular dalam media sosial, hari ini.

“Terima kasih kepada yang hantar ini dan bertanya sama ada saya okey atau tidak.

“Itu bukan saya ya semua, jangan risau okey,” kata penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu dalam Instagram Story.

Semalam, seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat.

Ketika serbuan kira-kira pukul 5 pagi tersebut, mereka sedang berehat di dalam bilik hotel selepas berhibur di sebuah pusat hiburan.  


Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 2-11-2024 07:19 PM
penyanyi bae soba bae katanyeh
Quote Acik2kepam 2-11-2024 07:21 PM
Bey soba bey kan, baca berita terus ingat dia je

Pastu boleh plak eddie hamid pun ada komen juga katanya sepanjang kenal penyanyi tu baik blablablaaa

Quote fadz84 2-11-2024 08:27 PM
Netizen ni pun … ada ke nama Kak Mitch yg naik.. huhu
Quote Hoola 2-11-2024 08:42 PM
rindu kat misya
lma xtgk dia nynyii
Quote hokeypokey 2-11-2024 08:44 PM
ciss.. ingatkan sape penyanyi terkenal tu.. rupanya aku tak kenal, lagu tu pernah dengar la..
Quote supernaturalee 3-11-2024 12:29 AM
Kak Mitch X main la nyanyi Lagu set2 demo


Quote mariposa. 3-11-2024 12:31 AM
i tgk kt tiktok nama eda..i search lawa jgk orgnya tp tidak ku kenal siapa.
agak agak la kot ye pun xkn kak mtch pula
penyanyi tempatan negeri sskjp je..kalau kak mitch mahu la dorg tulis penyanyi terkenal dr kelantan
Quote supernaturalee 3-11-2024 12:31 AM
Btw kt YouTube Ada sorg  youtuber perempuan ni
Buat kontent miming nari lagu2 90s
Iras sgt dgn Kak Mitch
Quote Thunderclouds 3-11-2024 09:14 AM
Bukan level kak mitch ler nk g karok/disco kt golok nuhh..
Hapo!
Quote gideoncross 3-11-2024 12:20 PM
Thunderclouds replied at 3-11-2024 09:14 AM
Bukan level kak mitch ler nk g karok/disco kt golok nuhh..
Hapo!

Yg ni lawak hahahaha
Quote princessmiang 3-11-2024 01:07 PM
Sian kak mitch donat
Quote wirazam 3-11-2024 02:36 PM
supernaturalee replied at 3-11-2024 12:31 AM
Btw kt YouTube Ada sorg  youtuber perempuan ni
Buat kontent miming nari lagu2 90s
Iras sgt dgn Kak  ...

Tepek la sini..boleh tgk juga yr judgement camna
Quote wirazam 3-11-2024 02:36 PM
supernaturalee replied at 3-11-2024 12:31 AM
Btw kt YouTube Ada sorg  youtuber perempuan ni
Buat kontent miming nari lagu2 90s
Iras sgt dgn Kak  ...

Tepek la sini..boleh tgk juga yr judgement camna
Quote zuriey 3-11-2024 08:52 PM
Sheols lagi cantik dari artis bernombor itu
Quote syamzana 3-11-2024 09:22 PM
cantik sheols dlm pic tu.
nmpk segar rupa.
Quote supernaturalee 4-11-2024 09:37 AM
wirazam replied at 3-11-2024 02:36 PM
Tepek la sini..boleh tgk juga yr judgement camna

video die short2 jeblh search ni kt youtube @csapunch
ni slh satu video dia
https://www.youtube.com/shorts/xidkzgCt21s
Quote Prickford 4-11-2024 09:54 AM
Pelik nau sape yg petik nama sheolls. Sah2 la dalam news tu kata suspek berumur 25 hingga 34. Kak Mitch umur 42 chuolls.
Quote Kancilkering 4-11-2024 11:11 AM
kalu pelakon budu ramai le baya baya tu
Quote seri_mawr 4-11-2024 11:20 AM
Semalam, seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat.

mmg boleh missleading ayat pun....
penyanyi wanita tersohor dr kelantan sah lah terbanyang kak mitch ni haaa..

klu sebut penyanyi tersohor dr negeri pahang..sah2 la org terbayang tok ti....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top