CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak tanya saya, sedap tak Fazura menyanyi? Tak sedap. Maaf terpaksa jujur - Sharnaaz Ahmad

7-11-2024 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40092| Komen: 41

 


Mengakui nyanyian Nur Fazura menerusi lagu Bertahan Demi Cinta sememangnya tidak mencapai tahap tapi jujur langsung tidak sedap, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun turut berasa simpati terhadap nasib bekas isteri Fattah Amin itu yang teruk dikecam.

Sebagai anak seni yang sama-sama memperjuangkan bakat dalam industri hiburan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berharap aktres terbabit terus mengasah bakatnya supaya dapat menyanyi lebih baik pada masa depan.

“Saya rasa banyak kawan dia yang menyokong. Mungkin dia salah pilih kawan. Dia juga adalah rakan saya termasuk selebriti lain. Disebabkan dia kena kecam, saya pula yang kasihan melihatnya.
“Kita ni anak seni, bila tengok anak seni kena hentam begitu, rasa macam kita ini tak ada maruah.

“Tapi tak bolehlah macam tu, orang kata kalau nak pergi berperang jangan bawa pensil, sekurang-kurangnya kena bawa pisau faham tak? Jadi apa yang saya maksudkan adalah kita kena asah lagi kemahiran kita,” katanya menerusi hantaran dalam TikTok.


Enggan berdolak dalih, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga turut memberikan maklum balas jujur mengenai mutu nyanyian Fazura.


“Nak tanya saya, sedap tak Fazura menyanyi? Tak sedap. Maaf terpaksa jujur sebab berdosa kalau menipu

“Kalau kalian kata merdu, aku kena pergi jumpa doktor, kena periksa gegendang telinga aku ada masalah ke tidak,” ujarya.

Rata-rata netizen senada dengan bapa kepada seorang cahaya mata itu namun dalam masa sama menyarankan Fazura agar kekal berlakon dan tidak perlu lagi terlalu mencuba untuk menyanyi memandangkan dia memang tidak berbakat dalam bidang berkenaan.

Penampilan pelakon Gol & Gincu itu di Jakarta pada Selasa lalu adalah kali pertama selepas perceraiannya dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Dalam program tersebut, Fazura mempromosikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang asalnya duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun, percubaannya menyanyikan lagu itu secara ‘live’ mengundang pelbagai reaksi malah ramai netizen menitip nasihat agar aktres itu menilai kembali potensi karier nyanyiannya.

Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini menjadi perhatian selepas dilancarkan sejurus Fazura dan Fattah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. 

Sumber : - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 7-11-2024 07:18 PM
Dlu kenmain dia ni dgn janda dia mengata fattah kaw2 ek skang deyol team fattah pulak...luls. nak ot sat korg tgk x post k.nab yg baru tu, rupanya pegi gym sama dgn nanaz ni... xturn on kah nanaz montot k.nab sebulat itu...mcm makin show off je mementang duda ada kat situ
Quote Surfnsun 7-11-2024 07:27 PM
Diamlah sabut nyoq oiii
Quote jemahjacjon 7-11-2024 07:40 PM
Spe yg tanya dia faz nyanyi sedap ke x at the first place? Adakah reputs? Adakah reputs tnye perihal faz kat semua retis lain

Bak kata malique dalam mantera beradu “masuk tempat org bawak otak bukan pedang” nak pegi perang bukan pisau semata je kne ada. Kne bawak otak sekali ye nanaz.

Faz bawak otak sbb tu skrg dia di indo. While nanaz masih bersepah di nowhere. Komen boleh tp Jgn rendahkan org.
Quote kerani_je 7-11-2024 07:42 PM
jemahjacjon replied at 7-11-2024 07:40 PM
Spe yg tanya dia faz nyanyi sedap ke x at the first place? Adakah reputs? Adakah reputs tnye perihal ...

Dekat live die..Follower die yg komen tanye..Biasa lah jadi tajuk berita n tered apa2 yg retis ulas..Mamu ckp dia jujur ckp even fazura tu kawan dia..
Quote hyie 7-11-2024 07:42 PM
laki wawa jenal taknak tonggang sama ke isu ni? lagi satu laki yana samsudin
Quote kerani_je 7-11-2024 07:46 PM
apedehal replied at 7-11-2024 07:18 PM
Dlu kenmain dia ni dgn janda dia mengata fattah kaw2 ek skang deyol team fattah pulak...luls. nak ot ...

i baru je komen pasal penampakan mamu di sebalik buntut bulat kak nab dekat benang sebelah yg kak nab beli kereta RR 2.5 jota tu..Elok la depa dua ni bersatu kembali..Nmpak kegersangan kak nab sejak menjanda ni..Teringat gmbar hot kak nab celah kangkang mamu dulu2..Mesti kak nab mengimbau kenangan romantika dedulu..
Quote jemahjacjon 7-11-2024 07:47 PM
kerani_je replied at 7-11-2024 07:42 PM
Dekat live die..Follower die yg komen tanye..Biasa lah jadi tajuk berita n tered apa2 yg retis ula ...

I donno, kalau aku jd retis tp follower aku suruh aku komen pasal artis lain turn of ye rasa

Ibarat macam tak lakunya kau sebagai retis sbb org lain lagi nk thu pasal retis lain di space kau sndr
Quote apedehal 7-11-2024 07:49 PM
kerani_je replied at 7-11-2024 07:42 PM
Dekat live die..Follower die yg komen tanye..Biasa lah jadi tajuk berita n tered apa2 yg retis ula ...

Oh dia pernah bkawan dgn fazura xtau pulak..pernah blakon sama ke?
Quote kerani_je 7-11-2024 07:51 PM
jemahjacjon replied at 7-11-2024 07:47 PM
I donno, kalau aku jd retis tp follower aku suruh aku komen pasal artis lain turn of ye rasa  ...

Biasa la nanaz die kan suka mengulas perihal org lain..Terpaling bang long kawasan..Mcm penting sgt pendapat die..Klau org ckp pasal dia, pandai pulak baran..
Quote Joysparta 7-11-2024 07:53 PM
Mencapub je kejenya si mamu.

Asyik menempel kat janda lama. Adoi. Tak malu ke.?

Quote hellosemua123 7-11-2024 07:55 PM
Eh nanazbabi ni dhla sendu dok tumpang ride isu orang. Apsal org kna dgar apa hg ckp in the first place? Prangai pon mcm haram asyik cari gaduh pukul org. Reputz pon mcm babi skarang ni. Asal jumpa org ja tnya pasal faz
Quote kerani_je 7-11-2024 07:55 PM
apedehal replied at 7-11-2024 07:49 PM
Oh dia pernah bkawan dgn fazura xtau pulak..pernah blakon sama ke?

Mungkin maksud nanaz kawan tu rakan sesama artis la kot..Pernah jmpa kat event ke atau mne2 la kot..Tak pernah plak nmpk depa dua shooting sekali movie ke drama atau i terlepas pandang..
Quote apedehal 7-11-2024 07:55 PM
kerani_je replied at 7-11-2024 07:51 PM
Biasa la nanaz die kan suka mengulas perihal org lain..Terpaling bang long kawasan..Mcm penting sg ...

Tp satu je kaka meol tapuas hati..xpernah pulak dia nk ulas kalau keluarga janda dia buat kontrobasi..goyah jugak so call mamu gengster ni
Quote OsHiN_hOnEy 7-11-2024 08:05 PM
maruah?
bawak anak dara org pergi bercuti sana sini tanpa ikatan
tetibaa putus tu mmg hang jantan ada maruah ker?
Quote alexandria_iz 7-11-2024 08:06 PM
walaupun ko komen tu bétol, tapi perlu ke ko nak up kan konon2 soalan dari peminat tu?

ko x bole ignore je ke? ko dah laa mmg ada indirect sejarah ngan faz & fattah. depa cerai pun ko nk komen (bab nafkah), faz nyanyi pun ko nk komen. tak kisah laa pendapat ko tu bole pakai tau x - but its unnecessary.

dan2 jadi rakan seindustri. tapi mukadimah - terus straight to the point - dia kata x sedap. mmg sora faz tu kelaut dalam & aku as peminat faz pun rengsa giler. tapi ko pun x yah nk komen pasal faz & fattah.

kalo Artis lain komen - Aku ok lagi. sebab mmg suara faz hauk giler. but si mamat sorang nie kalo komen pasal faz & fattah - mmg akü angin
Quote apedehal 7-11-2024 08:09 PM
alexandria_iz replied at 7-11-2024 08:06 PM
walaupun ko komen tu bétol, tapi perlu ke ko nak up kan konon2 soalan dari peminat tu?

ko x bole i ...

Nasib la meol ni xfollow nanaz..nk je aku tnya setiap live dia tu..sibuk hal org lain...keluarga k.nab tau xberkutik plak..da alang2 selalu nk bunyik kes semasa kan
Quote apedehal 7-11-2024 08:09 PM
OsHiN_hOnEy replied at 7-11-2024 08:05 PM
maruah?
bawak anak dara org pergi bercuti sana sini tanpa ikatan
tetibaa putus tu mmg hang jantan ad ...

Sedang helok ja putus pas balik bercuti dgn k.nab sekali
Quote Joysparta 7-11-2024 08:16 PM
OsHiN_hOnEy replied at 7-11-2024 08:05 PM
maruah?
bawak anak dara org pergi bercuti sana sini tanpa ikatan
tetibaa putus tu mmg hang jantan ad ...

Tulah..

Tu la dia buat takpe nooo..jgn org. Setepek dia sound.
Cakap tak serupa bikin punya orang.
Quote nolya 7-11-2024 10:20 PM
Edited by nolya at 7-11-2024 10:22 PM

Hebat sungguh penangan Fazura n Fatah ni ye?  Ramai suka ikut menyebut.  Kesah Fazura tetap jadi bualan...... kuat sekali magnetiknya. Tak henti kat Fazura je, Fatah ikut diheret  sama.  Kelemahan dn kekurangan Fazura dikupas dari a sampai z. Kalau Fatah pula, dari alif hingga ke ya dibahas. Rancak cerita mereka ni, bergasak tak henti2.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.098264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top