CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Danny X-Factor Seronok Jadi Pemandu E-hailing, Tak Mahu Meminta Duit Isteri

7-11-2024 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39534| Komen: 81

 


Pelakon Danny X-Factor berkata dia seronok dan tidak malu bekerja sebagai pemandu e-hailing dan sanggup bangun seawal 4 pagi untuk memulakan kerja.

Memetik mStar Online, Danny berkata dia meneruskan kerja berkenaan kerana tidak mahu menjadi beban sehingga perlu meminta duit daripada isteri.

Menurut Danny lagi, pekerjaan tersebut lebih menggembirakan dirinya serta berbaloi berbanding kerja dengan produksi.

“Saya rasa seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, sekali dapat bayaran, terus habis tapi kena duduk di set. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit nak bayar segala bil.

“Saya akan keluar rumah pukul 4 pagi dan pulang sebelum waktu Maghrib. Saya sebenarnya lebih memilih untuk bawa Grab daripada terlibat dalam produksi.

“Tak adalah nak minta duit isteri. Bagi saya, kewangan antara punca masalah rumah tangga. Isteri pun kata kalau saya keluar (kerja) dan dapat RM50 pun cukuplah. Mana-mana isteri nak tengok suami bekerja saja,” katanya.


Sementara itu, Danny berkata dia tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada pekerjaan tersebut kerana menjadi sumber pendapatan.

“Saya bawa Grab sejak 2017 tapi itupun hanya tiga hari seminggu sebab isteri saya kru kabin. Kalau dia kerja saya jaga anak, kalau dia pulang, saya bawa Grab,” katanya.


Sumber : - Mstar, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brainbiru 7-11-2024 09:28 PM
"Isteri pun kata kalau saya keluar (kerja) dan dapat RM50 pun cukuplah"

Bagus isteri hang. Semoga hang terus dimurahkan rezeki.
Quote Joysparta 7-11-2024 09:38 PM
Terbaek.Laki yg bertggjawab.at least ada effort

Quote katak hijau 7-11-2024 11:14 PM
Teruskan danny. Asalkan rezeki halal
Quote AWEKSAMURAI 7-11-2024 11:27 PM
Rasa seriau dgr penyataan takut tersadai di tangga mahkamah syariah...harap tidak lah ye sbb adik aku ckp e-hailing skrg pun x boleh mana adik aku yg bujang pun dh stop buat sbb x berbaloi
Quote stania83 7-11-2024 11:35 PM
transparent btul diaa, tak sorok..kenapa tak teruskan jadi cabin crew?
Quote LembingDayanti 7-11-2024 11:46 PM
iya terbaik. dari pada main tiktok live tiktok baik bawa grab
Quote red_velvet 8-11-2024 12:06 AM
Antara eetis hensem jambu awal 2000 yg tak playboya.. gosip2 liar pun takde .. walaupun diakui dia jadi retis semata2 sebab rupa je, tapi bagus dia ni ..
Quote doubleA 8-11-2024 12:49 AM
Ok je asalkan kerja, bukan jual dadih
Quote anony-mous 8-11-2024 01:35 AM
Hensem mcm gini pon xmalu jd grab drebar, yg idzham tlinga capang bini stewardess tu , job suam2 malu buat keje gini
Quote hokeypokey 8-11-2024 01:52 AM
bagus tak memilih kerja
Quote pocongkiutss 8-11-2024 01:57 AM
red_velvet replied at 8-11-2024 12:06 AM
Antara eetis hensem jambu awal 2000 yg tak playboya.. gosip2 liar pun takde .. walaupun diakui dia j ...

Bukan zamab dia masih ensem dulu ada kes juga ke..khalwat ke apa
Quote pocongkiutss 8-11-2024 02:08 AM
Dari 2017 dia dh bwk grab rupanya..salute

https://www.mediahiburan.my/danny-tak-pernah-mimpi-jadi-artis/
Quote TerataiMelur02 8-11-2024 02:17 AM
anony-mous replied at 8-11-2024 01:35 AM
Hensem mcm gini pon xmalu jd grab drebar, yg idzham tlinga capang bini stewardess tu , job suam2 mal ...

Idzham tu pulak bajet terpaling hensem, terpaling pelakon. Antara dia ni dengan kodi, iols lagi suka tengok kodi berlakon
Quote dua_chzy 8-11-2024 03:53 AM
Eh kalau rajin dalam 5k-8k boleh dapat la per month.
Quote missyL 8-11-2024 07:13 AM
Dah knp ko nk mintak duit bini haha
Quote prizadane 8-11-2024 07:21 AM
Danny ni bagus. Dulu selalu terserempak kat seri kembangan. Masa tu tak pasti la dia yang masak ke apa, tapi dia hantar kuih in small pack ke sebuah restoran ni. Or maybe dia just ambil upah hantar makanan ke restoran. Gigih la bekerja
Quote zehra2 8-11-2024 07:26 AM
sebab dia seorang suami yg sedar diri..
bila pendapatan sederhana, bersederhana lah.
Quote makton 8-11-2024 07:28 AM
anony-mous replied at 8-11-2024 01:35 AM
Hensem mcm gini pon xmalu jd grab drebar, yg idzham tlinga capang bini stewardess tu , job suam2 mal ...

si telinga capang tu aku ingatkan pelakon kanak2 cite toyol tu, dah besar & dah kawin.
maxresdefault.jpg


rupanya bukan salah org rupanyaaa
Quote Acik2kepam 8-11-2024 07:28 AM
missyL replied at 8-11-2024 07:13 AM
Dah knp ko nk mintak duit bini haha

Zaman skrg kan menda ni biasa
Akak ada baca kt fb katanya laki jd gini sbb bini yg nak laki asik berkepit ngn dorang. Ada yang kata  laki ni mana bleh duk umah kena kuar bekerja jauh lama2 pun tak apa
Cthnya mcm laki zaman dulu laaa kuar merantau keje sampai berbulan2 tak balik.
Ntahla nak samakan zaman dulu ngn skrg tak adil lerr atas alasan konon punca laki skrg dah tak jd provider sbb bini tak bg keje jauh2 bagai.
Siap dikaitkan dgn pepatah lama “sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”

Hurmm mcm la tak de pekerjaan yg tak perlu tinggalkan anak bini

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top