CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya perhati, ramai orang yang masih sayang dari jauh’ - Fazura

8-11-2024 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41539| Komen: 22

 


Ketika dihujani kecaman gara-gara nyanyiannya, masih ramai berdiri teguh di belakang selebriti sensasi, Fazura yang menzahirkan penghargaan atas perkara positif dalam kehidupannya.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, bersyukur dikelilingi ramai insan baik yang menunjukkan kasih sayang mereka terhadap dirinya.

“Pada saat ini Faz dalam fasa menikmati dan memerhati, ternyata orang baik yang sayang dari jauh itu diperlihatkan dan begitu juga sebaliknya.

“Alhamdulillah, sayang anda banyak-banyak,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Dalam hantaran tersebut, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menyertakan deretan video yang membuatkan harinya penuh bermakna.

Antaranya adalah kiriman senaskhah al-Quran daripada pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor, kad ucapan, momen bersama orang sekeliling selain detik melihat kegembiraan puterinya, Nur Fatima Aisya bersama sepupunya.



Tidak ketinggalan video promosi di Jakarta, Indonesia bagi memperkenalkan single terbarunya, Bertahan Demi Cinta yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen, ramai menitipkan kata-kata semangat agar Fazura terus kekal positif dalam mengharungi dugaan.

“Tetaplah tersenyum. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sayang selalu,” tulis netizen.

“Anda paling tabah, saya yakin anda pasti dapat melalui fasa ini. Semoga urusan dilancarkan,” kata seorang pemilik akaun lain.

Sebelum itu, menerusi sebuah program bual bicara, selebriti juga usahawan itu menyatakan dirinya semakin kuat berdepan komen negatif.

Terdahulu, Fazura berkunjung ke Jakarta bagi mempromosikan single Bertahan Demi Cinta yang asalnya dirakamkan secara duet bersama Fattah.

Bagaimanapun, percubaan menyanyikan lagu itu secara ‘live’ mengundang pelbagai reaksi malah ramai netizen menitip nasihat agar aktres itu menilai kembali potensi karier nyanyiannya.

Single ciptaan Ippo Hafiz itu meraih perhatian selepas dilancarkan sejurus Fazura dan Fattah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Pasangan terbabit berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaterror 8-11-2024 11:57 PM
Iya betul..time kite tgh diuji ni mmg kita akan nmpk siapa kwn siapa lawan...and for sure faz akan appreciate mereka2 yg sentiasa ada dgn dia sebaik2nya...semoga yg baik2 utk kakafaz and fatima.
Quote Frangapini 9-11-2024 12:32 AM
Love for you Faz Semoga terus kuat & tabah.
Quote nolya 9-11-2024 01:48 AM
Mereka yg telah mengkritik dn tidak mengakui kelunakan nyanyian Fazura jgnlah disalah anggap sbg haters. Mengkritik secara jujur, mengkritik sambil memberi suluhan untuk memperbaiki adalah kritik yg membina drp menyokong  ttapi membawa rebah. Menjadi yg tangguh tidak boleh menepis tepi teguran yg disuarakan. Boleh bangkit menghadapi pukulan ttpi jgn egois menangkis ujian. Orang baik ramai akan suka kpd orangnya, suka juga kpd baiknya.
Quote Aribaariba 9-11-2024 02:01 AM
Klu kita teruk tp org terdekat memuji, mungkin sbb dia nk malukan kita dgn lebih besar. Dia nk byk org lain nmpk keterukan kita tu jugak. Dia ni seolah2 yg nyanyi she bang tu. Kwn2 saja nk kenakan dan bg guide yg salah.
Quote pocongkiutss 9-11-2024 02:03 AM
Aribaariba replied at 9-11-2024 02:01 AM
Klu kita teruk tp org terdekat memuji, mungkin sbb dia nk malukan kita dgn lebih besar. Dia nk byk o ...

Tp tula...kalau org terdekat ni..kalau cakap jujur..boleh putus kawan pula kan
Quote hokeypokey 9-11-2024 02:16 AM
berlakon jer lah faz, ramai jer nk tgk drama or filem kau, tapi tolong jgn menyanyi.. mengacara pun hokeh..
Quote ashk4nn 9-11-2024 02:51 AM
yee. me la tu
Quote sukacactus 9-11-2024 06:15 AM
Teruskan bisnes or acting, kat situ bakat u
Suara tu simpan nyanyi karaoke je please
Quote TomyamPuteh 9-11-2024 06:17 AM
Ye. Betul tu. Aqish yang  tah datang dari mana tu tetiba je jadik simpati dan begitu memahami perasaan Kak Faz dan adik angkatnya iaitu Nyamma.
Quote Kurex 10-11-2024 08:53 AM
bertumbuk pun ok bakat semujadi kan
Quote manop 10-11-2024 09:27 AM
siapa punya idea lah suruh ko buat lagu bagai...
jgn sentap marah bila masyarakat mencerca sedangkan sendiri yg membuka ruang.
pengajaran utk yg lain2 gak k.....
kadang2 orang terdekat tu plastik!


Quote Kancilkering 10-11-2024 06:20 PM
ai ada album faz….cd siap faz sıgn…….
Quote LadyCarefree 10-11-2024 08:14 PM
manop replied at 10-11-2024 08:27 AM
siapa punya idea lah suruh ko buat lagu bagai...
jgn sentap marah bila masyarakat mencerca sedangkan ...

Asalkan nama diperkatakan ramai.
Quote rosevelvet 10-11-2024 11:55 PM
Kurex replied at 10-11-2024 08:53 AM
bertumbuk pun ok bakat semujadi kan

Peel semulajadi dia hadap public recognition  Kena bgtau jugak ramai org sokong dia walaupunnnnnn
Quote MissVixen 11-11-2024 12:38 AM
Sahabat sejati je berani tegur. Kalau kawan, dia yes kan aje sebab malas nak bergaduh. Sahabat dia fikirkan kesan perbuatan kita di masa depan sebab dia kisah dan sayang.
Quote BoongaKertas 11-11-2024 09:26 AM
mamaterror replied at 8-11-2024 03:57 PM
Iya betul..time kite tgh diuji ni mmg kita akan nmpk siapa kwn siapa lawan...and for sure faz akan a ...

i like this comment.
Quote AcikBuncit 11-11-2024 10:17 AM
Kalo btl dia nk promot lagu dia tu knp dia xupload kat ig ke, mana2 page dia ek. Mesti sbb dia pn malu tgk kot wakakaka
Quote mamaterror 11-11-2024 12:24 PM
BoongaKertas replied at 11-11-2024 09:26 AM
i like this comment.

Quote pocongkiutss 12-11-2024 12:23 AM
nolya replied at 9-11-2024 01:48 AM
Mereka yg telah mengkritik dn tidak mengakui kelunakan nyanyian Fazura jgnlah disalah anggap sbg hat ...

Rasanya fans pajurah semua ngaku je suara idolat diorg sumbang

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039376 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top