CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jika tiada tembok, mungkin kami mati - Pengawal Keselamatan

8-11-2024 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39854| Komen: 14

 


KUALA SELANGOR – “Nyawa masih panjang dan mujur kami sempat keluar menyelamatkan diri daripada dilanggar treler itu”.

Itu kata Mohd. Arif Ariffin, 29, pengawal keselamatan yang nyaris maut selepas sebuah treler merempuh tembok dan pondok Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika dia dan rakan sekerjanya, Azmi Mohamed, 55, berada di dalam pondok keselamatan tersebut.

Menurut Mohd. Arif, ketika kejadian dia selesai makan dan membasuh tangan di paip yang terletak kira-kira tiga meter dari pondok itu.

“Saya kemudian masuk semula ke dalam pondok dan berbual dengan rakan (Azmi) namun tiba-tiba terdengar bunyi gegaran serta dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi itu pagi tadi.

Tambah beliau, dia bersyukur kerana tidak berada di luar pondok keselamatan ketika kejadian berkenaan.


“Ia berlaku dalam sekelip mata dan sempat mendengar bunyi brek treler itu yang kuat dan merempuh tembok. Jika tiada tembok itu, mungkin ia telah mengorbankan nyawa kami,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.08 pagi.

“Bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 17 tahun yang terbabas serta turut melanggar sebuah kereta Naza Citra.

“Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu treler berjaya keluar dengan selamat,” katanya.   


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 8-11-2024 07:35 PM
17tahun drebanyaaa?
Quote FlexyFox 8-11-2024 10:52 PM
17 bawa treler? Siapa yg bagi dia bawa  ni? 17 pun baru boleh ambil lesen kereta kan?
Quote newyork 9-11-2024 12:05 AM
Sondol mcm tu ha… ngeri sgt nih
Quote hokeypokey 9-11-2024 02:29 AM
pengawal keselamatan di pondok keselamatan terselamat maut
Quote liyamariska 9-11-2024 08:25 AM
camna umur 17 tahun boleh bawak lori treler sampai berlanggar camni?
Quote Thunderclouds 9-11-2024 10:48 AM
Bwk lori xde lesen leni.
Nk amik lesen lori pn lom cukop umor.
Quote nisako 12-11-2024 08:33 AM
takutnya
Quote ibu_haritz 12-11-2024 09:03 AM
Area sini skrg kemain byk lori treler laju..jalan jem pun dia boleh nak drift
Quote sranua 12-11-2024 09:15 AM
Masalah pemandu2 muda ni, takde pengalaman takde rasa bertangungjawab. Semua nak seronok je kejar trip. Harap masukkan dalam penjara dulu...biar matang sikit.
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2024 03:54 PM
Jika tak dipecahkan tembok, manakan dapat sagunya
Quote Firenzza 14-11-2024 07:00 PM
Blind spot tuuu.....x pyh serious nau nk komen nti  disuruh hang bwk lori
Quote jfq 14-11-2024 07:55 PM
17 tahun dah ada lesen trailer?
Quote honeybee1802 14-11-2024 08:00 PM
FlexyFox replied at 8-11-2024 10:52 PM
17 bawa treler? Siapa yg bagi dia bawa  ni? 17 pun baru boleh ambil lesen kereta kan?

17 thn mana boleh lesen lori...eh lesen kete pung bukan 18 ker?
Quote FlexyFox 14-11-2024 08:48 PM
honeybee1802 replied at 14-11-2024 08:00 PM
17 thn mana boleh lesen lori...eh lesen kete pung bukan 18 ker?

tu la pasal. ... lesen keta 17 kalau tak silap. ramai budak2 ambil lesen after spm. spm dlm umur 17 kan?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.159292 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top