CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang mengamuk mahu buka pintu pesawat yang sedang menuju ke Seoul

11-11-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19772| Komen: 28

 


BANGKOK – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan semasa penerbangan Korean Air KE658 berada di udara, lapor saluran berita New Zealand Herald semalam.

Kejadian berlaku di dalam pesawat jenis Airbus A330-300 yang sedang menuju ke Seoul, Korea Selatan dari Bangkok, Thailand. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @someone.around.5, penumpang lelaki itu dilihat memusingkan pemegang pintu secara berulang kali sebelum dia dikepung oleh beberapa kru penerbangan. 


Bahkan, dia sempat melakukan kekerasan dengan memukul salah seorang pramugari yang cuba menghalangnya. 


Menurut syarikat Korean Air, penumpang itu mengamuk selepas diminta untuk kembali ke tempat duduk asal.

“Selepas kru penerbangan meminta lelaki tersebut untuk kembali ke tempat duduknya, dia menunjukkan tindakan agresif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan pergerakan yang mengancam nyawa,” tambah syarikat itu.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, manakala penumpang berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 11-11-2024 08:43 AM
kadang2 tertanya2 adakah peramugara dan peramugari tak diajar martial art? dan dibekalkan alat teser jika ada keganasan berlaku? dalam train buat hal ok lagi tapi kalau dalam flight pisang mat
Quote zorrro_03 11-11-2024 09:06 AM
aku harap stewr yg sibuk rakam instead of bergasak nak halang orang gila babi tu dikenakan tindakan paling keras.  kau sibuk rakam dan abaikan nyawa pelanggan.  
Quote afie_m 11-11-2024 11:39 AM
zorrro_03 replied at 11-11-2024 09:06 AM
aku harap stewr yg sibuk rakam instead of bergasak nak halang orang gila babi tu dikenakan tindakan  ...

mungkin rakam untuk bahan bukti..
Quote prince_marhaen 11-11-2024 12:00 PM
piyek92 replied at 11-11-2024 08:43 AM
kadang2 tertanya2 adakah peramugara dan peramugari tak diajar martial art? dan dibekalkan alat teser ...

ada belajar basic wakkk... basic sahaja & cara nak refrain yang basic je, senjata takde, gari pun takde, paling2 pun ada bagi cable tie halus tu je, kekadang weols dulu bawa sendiri cable tie yang paling tebal tu je.. biasanya dalam flight ada marshall (polis or pegawai keselamatan berpakaian awam), tapi kadang2 takde yang on duty....pandai2 lah. Yang rakam tu biasanya leader, untuk tujuan report. Banyak paper kena tulis, isi borang & menjawab kat company sampai airport nnt ye. Nak hadap passengers gila macam ni, crew hadek2 semua jadi jantan tau... memula gaduh mulut dulu la.. hahahhaha   

Quote zorrro_03 11-11-2024 02:09 PM
afie_m replied at 11-11-2024 11:39 AM
mungkin rakam untuk bahan bukti..

ada cctv onboard kan...  tabiat rakam dulu ni betul2 pprt dan bingai tau dak.
Quote afie_m 11-11-2024 02:20 PM
zorrro_03 replied at 11-11-2024 02:09 PM
ada cctv onboard kan...  tabiat rakam dulu ni betul2 pprt dan bingai tau dak.

hahhaha...terlupa lah pulak...cctv..
Quote ardent91 11-11-2024 02:22 PM
zorrro_03 replied at 11-11-2024 02:09 PM
ada cctv onboard kan...  tabiat rakam dulu ni betul2 pprt dan bingai tau dak.

celah mana pulak flight ada cctv onboard?

Quote ardent91 11-11-2024 02:24 PM
zorrro_03 replied at 11-11-2024 09:06 AM
aku harap stewr yg sibuk rakam instead of bergasak nak halang orang gila babi tu dikenakan tindakan  ...

rase mmg airlines Korean Air ni punyer policy at least sorg crew kena rekod mana2 pax yg bermasalah.. xkanla crew tu bongok sgat nak rekod semata2 nk upload kat social media die kot.. depan ramai org pulak tu

Quote syamzana 11-11-2024 02:52 PM
dah nak keluar knp?bosan?
mcm jauh nau flight tu pun x sampai 6jam.
nak bunuh diri pun tggu la landing dulu. betul2 menyusahkan org la.

Quote zorrro_03 11-11-2024 03:06 PM
ardent91 replied at 11-11-2024 02:22 PM
celah mana pulak flight ada cctv onboard?

kamu pasti ke takde cctv dalam katebang?  
Quote zorrro_03 11-11-2024 03:06 PM
ardent91 replied at 11-11-2024 02:24 PM
rase mmg airlines Korean Air ni punyer policy at least sorg crew kena rekod mana2 pax yg bermasala ...

tak pasti jangan kongsi katanya pami
Quote shernazz 11-11-2024 03:23 PM
Dia nampak blackpink kat darat ke sampai ngamuk gitu skali?
Quote wirazam 11-11-2024 08:41 PM
syamzana replied at 11-11-2024 02:52 PM
dah nak keluar knp?bosan?
mcm jauh nau flight tu pun x sampai 6jam.
nak bunuh diri pun tggu la landi ...

Hebatt jugak stewardess pompuan tu..dia yg ke hadapan dulu halang guy tu dari bukak pintu..
Out of nowhere jantan tu tiba2 terus jatuh melutut..
Apa yg stewardess tu buat ye??
Dia pulas ibu jari tangan that guy ke??
Quote Dovahkiin 11-11-2024 08:57 PM
1B5399275-010413-passenger-vmed-216p.jpg

Kasi ikat je passenger tu.
Quote monsterwife 11-11-2024 09:04 PM
Dovahkiin replied at 11-11-2024 08:57 PM
Kasi ikat je passenger tu.

Kokosen ke tu
Entah2 mabuk
Quote Dovahkiin 11-11-2024 09:09 PM
monsterwife replied at 11-11-2024 09:04 PM
Kokosen ke tu
Entah2 mabuk

Mabuk le tu. Ada jugak sorang pompuan kokesen tiba2 mengamuk nak keluar, pun sama jugak kena ikat kat seat.
Quote kelana36 11-11-2024 09:15 PM
ardent91 replied at 11-11-2024 10:22 AM
celah mana pulak flight ada cctv onboard?

B777, B787, A350, A380 semua dah fitted dgn cctv...  lama dah ada..
Quote Jitu 11-11-2024 09:20 PM
bahayanya
bg penumbuk je jenis gila menyusahkan org ni
Quote ardent91 12-11-2024 07:01 AM
kelana36 replied at 11-11-2024 09:15 PM
B777, B787, A350, A380 semua dah fitted dgn cctv...  lama dah ada..

i taw kapal terbang yg model baru dorg ada cctv around cockpit area tu more like security kepada cokcpit crew kot2 ada terrorist nak terjah masuk dalam cockpit.. pastu i taw gak yg plane2 model baru ada kamera dekat bahagian luar (bawah badan dengan ekor pesawat) so passenger boleh tgok kat screen tv waktu nak take off ngan landing bahagian luar (i pown selalu tengok function ni kat ife screen tu).. tp x taw pulak plane ada installed cctv kat bahagian cabin penumpang....


anyway, yg function kamera bahagian luar tu pown bukan semua jenis plane and airlines ada..


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.067296 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top