CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

17,646 remaja hamil luar nikah dalam tempoh 5 tahun lalu

11-11-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19244| Komen: 7

 


KUCHING: Masyarakat perlu berhati-hati dalam menilai isu kehamilan remaja kerana bukan semua berlaku tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil.

"Sebab itu, kami kena berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu kehamilan remaja kerana sebahagian besarnya berlaku kepada remaja yang sudah bernikah secara sah menerusi perkahwinan mengikut adat.

"Sebab itu, kita tidak mahu ia menjadi isu dalam negara, namun pelbagai usaha diambil untuk menanganinya," katanya pada Forum Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Yayasan Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLN), hari ini.


Nancy berkata, program dengan kerjasama United Nations Population Fund (UNFPA) dan rakan strategik penganjur iaitu Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi tumpuan kepada ibu bapa kerana cabaran utama dalam isu itu membabitkan remaja yang masih bersekolah.

"Sekolah lebih banyak memberi tumpuan kepada akademik, sebab itu kita menganjurkan program kepada ibu bapa dalam usaha menangani isu ini.

"Kebanyakan ibu bapa malu untuk mendedahkan jika berlaku kehamilan kalangan anak remaja kerana bimbang dengan stigma masyarakat," katanya.

Antara objektif pelaksanaan forum itu katanya adalah memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada ibu bapa.

"Ia diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja dan penganjuran forum ini juga dilihat sebagai satu medium yang terbaik dalam membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan reproduktif dan sosial remaja.

"Perbincangan mengenai topik ini seharusnya tidak lagi dianggap taboo atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif, hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, kementeriannya menganjurkan program Perkhemahan Kasih Keluarga di Pantai Pugu, Lundu pada 16 dan 17 November ini.

Program sempena November Bulan Keluarga Kebangsaan itu yang turut menarik penyertaan orang ramai dari Semenanjung bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 11-11-2024 11:55 AM
Ramainya,kalau selamat lahir semua, ada 17k baby tak sah taraf la maksudnya.. bayangkan berpuluh2 tahun akan datang, kalau nak bina keluarga, semua bercampur2
Quote L.U.S.M 11-11-2024 12:08 PM
Ni perempuan..klu laki kali 5 laaa...purata tukar pasangan dlm 5tahun tu
Hmmm shame on all pej agama yang xreti buat keje asik nk poligami bg ceramah sampah sana sini
Quote intan244 11-11-2024 01:58 PM
remaja tu kira bawah 19 ke.
untungla muda dah motherhood
Quote jari10 11-11-2024 02:04 PM
L.U.S.M replied at 11-11-2024 12:08 PM
Ni perempuan..klu laki kali 5 laaa...purata tukar pasangan dlm 5tahun tu
Hmmm shame on all pej agama ...

Boleh tolong describe lanjut part pejabat agama tu yg kau maksudkan?
Quote L.U.S.M 11-11-2024 02:16 PM
jari10 replied at 11-11-2024 02:04 PM
Boleh tolong describe lanjut part pejabat agama tu yg kau maksudkan?

Khalwat Zina semua laaa.apa guna pejabat agama beriya buat ceramah tp penguatkuasaan xde.org xsolat jumaat pun xkena denda apa2..yang xpuasa pun sama
Quote Gianna111 11-11-2024 03:12 PM
baru baru ni kawan husband meols ke JPN nak buat ic 12 thn untuk anak dia. so dia dengan wife buat permohonan untuk letakkan nama surname husband and remove bin Abdullah. tak pasti lah JPN approve ke tak.

untuk tidak OT. nancy sukri sila tengok sarawak dan sabah punya rule ya. asyik semua je yang bawah umur tu kawen "secara" kampung.
Quote elnor_81 11-11-2024 03:16 PM
Gianna111: baru baru ni kawan husband meo ...

Rse x blh. Klo letak namanya bru bin abdullah or 99 nama allah bru blh. Nama ibu bapa sbg nama penjaga je.
Aku tya jpn ari tu psl ni sbb ank aku ank agkat. Bru amik 2023 lps.
Yg kes ni..x mustahil. Sbb aku berbual dgn org jkm utk negeri pahang je ad 900++ kes.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.134843 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top