CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi penyondol, jangan doa perkara tidak baik – Mimi Lana

11-11-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19864| Komen: 20

 


Kemenjadian watak sebagai perosak rumah tangga orang secara tiba-tiba menimbulkan kebencian dan dikecam ramai, pelakon Mimi Lana berharap tidak didoakan keburukan atau malapetaka ke atas dirinya.

Sedar akan kemarahan penonton, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, memberi peringatan agar khalayak tidak terbawa-bawa perasaan sehingga tidak berhenti mencemuhnya kerana melakonkan watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia memandangkan semua itu lakonan semata-mata.

“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan buat masa sekarang. Tambah pula isu penyondol (perosak rumah tangga) dalam rumah tangga tengah hangat diperkatakan.

“Tetapi, kalian janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan yang jelas bukan Mimi Lana,” katanya dalam Instagram.

Tambah Mimi, apa yang berlaku dalam drama tersebut hanyalah lakonan dan dia hanya melaksanakan tanggungjawab dalam melakonkan watak dengan baik.


“Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar.

“Semoga sikap seperti Intan ini akan dijauhkan dari kita semua. Saya harap penonton terhibur dan tidak mengambil hal ini terlalu peribadi,” katanya.

Selain Mimi, drama arahan Riza Baharudin yang bersiaran di saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Lan Siro, Kodi Rasheed dan Mia Nasir. 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 11-11-2024 04:15 PM
tapi aku mmg menyampah tgk watak dia dlm cerita tu.. jahat gila
Quote strawberrymerah 11-11-2024 04:19 PM
cantik la dia.. baju dia sume cecantik dlm citer andai tiada dia tu.. pastu dia berlakon bukan mcm penyondol biasa yg kita tgk tu.. geram tau dgn keberanian dia yg luar biasa tu..
Quote pocongkiutss 11-11-2024 07:00 PM
Drama dia ni kat tibi berapa
Quote pocongkiutss 12-11-2024 12:52 AM
Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Kuputeri & Sibella (Yasmin Khairuddin) dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.
Quote ahlam_nabiha 21-11-2024 11:14 PM
Geram sungguh tengok episod malam ni huhu
Quote bedahmenjuyah 10-12-2024 11:19 PM
Mana pergi mimilana dlm drama ni? Pengarah sambung dr drama asal ke? Pening aku melalut2 dah.
Quote LaskarHijayu 11-12-2024 04:40 AM
bedahmenjuyah replied at 10-12-2024 11:19 PM
Mana pergi mimilana dlm drama ni? Pengarah sambung dr drama asal ke? Pening aku melalut2 dah.

Tibe2 lepas tercurah minyak panas kat muka, muka jadi sembab kemain

Tak best la watak intan ganti ngan alicia amin.
Quote phalanx 11-12-2024 06:50 AM
teringat drama debut dia Sein dan Luna. dia dgn syazwan hassan. dua2 tinggi gila, menyebabkan hero ke3 nampak katik (hero ke2 ungku ismail pun tinggi). hahaha. dalam drama ni mimi tembam sikit. masa ni dah agak dah dia boleh pergi jauh sbb lakonan natural.

drama andai tiada dia ni viral gila di tiktok. klip drama semua jutaan views dia page astro/sooka/bambam studio
Quote alesandra 11-12-2024 06:53 AM
Kenapa  tetiba tukar pelakon lain watak intan? dia ada masalah displin sampai kena drop ke?
Quote pauliza 11-12-2024 07:16 AM
alesandra replied at 11-12-2024 06:53 AM
Kenapa  tetiba tukar pelakon lain watak intan? dia ada masalah displin sampai kena drop ke?

Katanya Mimi ada job lain selepas 28 episodes .Epsd 29-36 ganti dgn Alicia Amin .Drama ni sepatutnya ending sampai 28 je .Storyline pun merepek meraban dh lps Epsd 28 .Huhu Iols pun malas dah nak follow
Quote miss_strangers 11-12-2024 07:18 AM
Terus rasa xbest bila tukar Alicia amin
Quote Minami2013 11-12-2024 07:21 AM
pauliza replied at 10-12-2024 11:16 PM
Katanya Mimi ada job lain selepas 28 episodes .Epsd 29-36 ganti dgn Alicia Amin .Drama ni sepatutn ...

Dah macam sinetron indon pulak meleret leret. Meols tak tgk drama ni tapi tau la jugk sbb tgk klip lalu lalang kat fb/tiktok.
Quote pauliza 11-12-2024 07:29 AM
Minami2013 replied at 11-12-2024 07:21 AM
Dah macam sinetron indon pulak meleret leret. Meols tak tgk drama ni tapi tau la jugk sbb tgk klip ...

Sama ,iols follow sebab lalu lalang kat tiktok .Tgk klip pun dah faham jln cerita .Bila tukar pelakon lagi lah tak best
Quote HelgaPataki 11-12-2024 07:30 AM
Tak paham kenapa nak sambung lepas eps 28 sedangkan dorg dah buat kontrak sampai eps 28 je. Sbb tu mimi takde, pelakon lain pun takde, rumah mak dorg pun amik rumah baru. Tah sapa punya idea la
Quote babyLON. 11-12-2024 07:51 AM
Suara lakonan alicia tak best, mendatar. Kalau mimi tak payah tengok muka dengar suara ja boleh feel watak dia tu.
Semua da tukar drama ni rumah baru tempat baru. Semalam tahan tengok 10 min ja pastu tidur.
Patut habis masa eps 28 tu.
Quote alesandra 11-12-2024 10:29 AM
pauliza replied at 11-12-2024 07:16 AM
Katanya Mimi ada job lain selepas 28 episodes .Epsd 29-36 ganti dgn Alicia Amin .Drama ni sepatutn ...

So dlm novel sepatutnya fallah tu xde cancer ke cemaner?baca kt mana tah sepatutnya happy ending
Quote pauliza 11-12-2024 10:46 AM
alesandra replied at 11-12-2024 10:29 AM
So dlm novel sepatutnya fallah tu xde cancer ke cemaner?baca kt mana tah sepatutnya happy ending

Iols tak baca novel tp pernah baca ada org komen ,novel happy ending je ,takde falah sakit cancer bagai .hahaha ramai org komen dah mcm cerita Tamil + Sinetron dah skrg ni
Quote phalanx 11-12-2024 11:05 AM
HelgaPataki replied at 11-12-2024 07:30 AM
Tak paham kenapa nak sambung lepas eps 28 sedangkan dorg dah buat kontrak sampai eps 28 je. Sbb tu m ...

Sebab viral kan. Kat tiktok total 1billion ++ views semua klip drama. Lagipun masa tayang, diorang belum habis shooting. Tak sangka viral, pastu nak extend pelakon dah ada job lain menunggu. Tu yg merepek meraban tu ambjk pelakaon lain lah. Apa lah
Quote HelgaPataki 11-12-2024 11:12 AM
-deleted-

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047033 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top