SEOUL – Seorang aktivis Korea Selatan mengundang perhatian ramai kerana mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di Seoul secara berseorangan, lapor laman berita Portal Islam ID. Protes itu dilakukan bagi membantah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin selain menuntut kekejaman Israel di Semenanjung Gaza supaya dihentikan. Lebih mengejutkan apabila solidariti itu sudah memasuki hari ke-190 dan dilakukan secara bersendirian. Gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun @QudsNen menunjukkan wanita itu berdiri sambil memegang sepanduk di hadapan Kedutaan Israel di Seoul. “Hentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Palestin,” kata tulisan yang tertera pada sepanduk itu. Hantaran itu mencatatkan lebih 353,900 tontonan bersama 22,600 tanda suka. “Saya sangat bangga dengan keberaniannya! Saya bersama Palestin!” komen seorang netizen.
“Saya sendiri sebagai seorang Muslim tidak berjuang seperti ini. Saya berasa sangat malu,” komen netizen lain. – AGENSI Sumber : Kosmo |
ADVERTISEMENT