CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisha Retno dakwa pembatalan konsert sebagai penindasan

11-11-2024 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26028| Komen: 68

 


Penyanyi Aisha Retno menyifatkan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan oleh penganjur Kharisma Music International benar-benar mengejutkannya, semalam.

Menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha berkata, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert menerusi media sosial pihak penganjur.

Aisha berkata, dia ada menghubungi penganjur bagi mendapatkan pengetahuan terkini berkaitan konsert, namun tiada sebarang maklum balas sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap.

"Pembatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan.

"Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka.


"Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan.

"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," katanya.

Berkongsi lanjut, Aisha berkata, dia sendiri mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik.

Namun, katanya, selepas diyakini penganjur, dia bersetuju dan teruja untuk memberikan terbaik pada konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu depan.

"Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya.

"Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi.

"Ini kerana konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.

"Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan.

"Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemparkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut.

Aisha berkata, dia bersedia berbincang secara terbuka dengan penganjur, tetapi tidak dilayan.

"Saya doakan kelancaran untuk apa-apa konsert yang bakal dianjurkan dan mohon maaf kepada pembeli tiket kerana konsert ini tidak berlaku seperti dirancang," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-11-2024 11:53 AM
sabar la ecah.... kak ani henjut cancel concert relaks je...hujung2 miming kat dewan serbaguna je...relaks je dia... ehehehehe... collab la ngan kak ani dulu...baru buat full scale...
Quote hokeypokey 11-11-2024 02:49 PM
sape peminat dia? Lagu dia 1 pun aku tak tau
Quote shernazz 11-11-2024 02:56 PM
Batal tu sebab tiket tak laku ke?
Quote Glass_shoes 11-11-2024 03:06 PM
hokeypokey replied at 11-11-2024 02:49 PM
sape peminat dia? Lagu dia 1 pun aku tak tau

ketipak ketipung sayang baju raya dah beli ke sayang,kalau sudah mari beraya
Quote exclusive_vvip 11-11-2024 03:08 PM
agaknya sbb masa raya ritu Dian Sastro ada guna lagu dia utk post video kat IG..so dia rasa yakin dah glemer sgt agaknya..
Quote Orix 11-11-2024 03:28 PM
Iols kesian kt sheols. Pdahal boleh je batal tanpa bgtau sbb low ticket sales. Tak baik betul organizer
Quote Purplehaz 11-11-2024 03:46 PM
Try buat mini-concert kat hardrock la , kalau crowd melimpah ruah..barulah tau level
Quote anilanil 11-11-2024 04:06 PM
Rakyat konoha tanak claim dia ke? Jual je harga tiket in rupiah maybe bole sold out. Suara sedap, muka awam agak susah yer nak cari makan di malaysia.
Quote jiwakacau06 11-11-2024 04:07 PM
makin pelik muka...
Quote noorhairiahma 11-11-2024 04:13 PM
hokeypokey replied at 11-11-2024 02:49 PM
sape peminat dia? Lagu dia 1 pun aku tak tau

Lagu ketipak ketipung ketiak yang Leona nyanyi tu.

Kalau tak kerana Leona menyanyi lagu tu, sampai sudah i tak tahu siapa penyanyi asal.
Quote mrseller 11-11-2024 04:37 PM
Purplehaz replied at 11-11-2024 03:46 PM
Try buat mini-concert kat hardrock la , kalau crowd melimpah ruah..barulah tau level

Betul jugak . Boleh pakai ke benchmark test di hardrock nih
Quote brainbiru 11-11-2024 05:08 PM
noorhairiahma replied at 11-11-2024 04:13 PM
Lagu ketipak ketipung ketiak yang Leona nyanyi tu.

Kalau tak kerana Leona menyanyi lagu tu, sampa ...

Luna Maya pun ambik lagu tu buat konten raya. Juta2 views
Quote pocongkiutss 11-11-2024 06:52 PM
Takda fanatik jgn le buat konsert
Quote lipasterbang 11-11-2024 08:35 PM
Nak buat konsert kurang2 ada duatiga album baru la best
Quote kepompong 11-11-2024 08:48 PM
pocongkiutss replied at 11-11-2024 06:52 PM
Takda fanatik jgn le buat konsert

yerps ... keyword dia ialah fanatik


Faizal tahir / ella tu macam tak brp dengar promosi over sgt pun...... tapi fanatik dah tua2 gaji puluh2 ribu, sorang beli tiket utk 1 keluarga . dah cukup utk sold out kan tiket


kelebihan fanatik gaji puluh2 ribu ialah, dia nak entertain kawan2 & family terus belanja semorang... ada i dengar , boss belanja staff pun ada yach
Quote caca_eric 11-11-2024 10:11 PM
kepompong replied at 11-11-2024 08:48 PM
yerps ... keyword dia ialah fanatik



Iols beli 2 ticket, utk beberapa band ni,  terpaksa belanja anak buah .. sbb dia yg ajak..
Nasib baik murah 169 je
Quote sleepandream 11-11-2024 10:38 PM
awal tahun depan sebelum puasa pun belambak sana sini konsert...
Quote AcikCleaner 11-11-2024 11:33 PM
Album takde, lagu pun boleh bilang sebelah tangan je ada hati nak buat konsert..takkan nak nyanyi lagu orang pulak kt konsert nanti
Quote vee_zara 12-11-2024 06:05 PM
P balik indon laa. Sore dah la tak sedap

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.136200 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top