CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit terus merosot berbanding dolar AS

12-11-2024 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32369| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu turun kepada 4.4365/4400 berbanding dolar AS 4.4090/4120 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur berkemungkinan bimbang mengenai kemungkinan berlakunya perubahan dasar AS, yang akan menjejaskan keputusan penurunan kadar faedah pada 2025.

"Keadaan ini menyebabkan dolar AS berada dalam kedudukan yang baik, manakala ringgit serta mata wang pesat membangun yang lain rata-rata lemah hari ini berbanding dolar AS," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pelabur akan memantau dengan teliti data Indeks Harga Pengguna AS (CPI), yang akan diterbitkan malam esok.



"Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 17 dan 18 Disember ini akan memberikan sedikit pandangan sama ada Fed cenderung untuk menyemak semula unjuran inflasi dan kadar dana Fed," katanya.


Pada penutup dagangan, ringgit rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6889/6934 daripada 5.6872/6910 ketika ditutup pada Isnin, merosot berbanding euro kepada 4.7111/7148 daripada 4.7088/7120 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8788/8812 daripada 2.8701/8722.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, kecuali baht Thailand, naik kepada 12.7456/7608 daripada 12.8243/8390 ketika ditutup pada Isnin.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3143/3174 daripada 3.3120/3148, turun berbanding peso Filipina kepada 7.54/7.55 daripada 7.52/7.53 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 281.0/281.5 daripada 280.9/281.3 sebelum itu.

-- BERNAMA

SUMBER:  – Berita Harian

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 13-11-2024 08:19 AM
terlalu volatile utk currency yg masih tertakluk kepada capital control and does not do any good to the economy
Quote honam 13-11-2024 09:53 AM
dah 4.45
Quote clueless_gamer 14-11-2024 04:41 AM
USD melemah sebelum ini tu yg buatkan ringgit nampak naik dan mengukuh.. bila dah USD naik balik ni baru kita faham yang matawang kita pun takdelah mencanak naik seperti yang dihebohkan dulu sebenarnya..
Quote Kitty_catz 14-11-2024 09:26 AM
pagi ni.. ok la bagus utk tourism kata menteri

USD_RINGGEK_141124.jpg
Quote Kitty_catz 14-11-2024 09:27 AM
clueless_gamer replied at 14-11-2024 04:41 AM
USD melemah sebelum ini tu yg buatkan ringgit nampak naik dan mengukuh.. bila dah USD naik balik ni  ...

oo kiranya bukan sbb pmx sama lapiji la ni?

adakah tipah tertifu , adakah tipah itu acik fufu?
Quote beautifulorchid 14-11-2024 09:36 AM
semua ni conspirasi PMx - PMx arahan GLC beli ringgit dlm pasaran, nampak la mcm banyak demand. tektik tu hanya untuk sementara tak boleh tahan lama, akhirnya terbukti bila GLC stop beli ringgit dlm pasaran ringgit kembali melemah.
Quote vespa_oren 14-11-2024 10:52 AM
Adakah pas ini chat gpt naik harga
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2024 03:01 PM
Untunglaaa bayaran Google Adsense

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035139 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top