CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembukaan kilang Proton di Mesir usaha Malaysia bawa cara pemikiran baharu kerjasama antara negara

12-11-2024 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33253| Komen: 3

 


KAHERAH: Peluncuran kilang pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga di Giza, dekat sini, adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha sama itu penting bagi memajukan industri tempatan di kedua-dua negara.

Beliau berkata, keberadaan Malaysia di Mesir menerusi pembukaan kilang Proton sebagai rakan kongsi yang akan memulakan operasi pada bulan depan juga dibuat berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang dijalin selama ini.

"Pembukaan kilang CKD Proton ini membuktikan komitmen antara dua negara direalisasikan iaitu kita mahu menjadikan Mesir sebagai hab perdagangan bagi rantau Afrika, manakala Malaysia pula menjadi hab mereka bagi Asia Tenggara.

"Kilang ini akan mengeluarkan 16,000 unit Proton Saga bagi tempoh 2024 hingga 2026 dengan nilai jualan dianggarkan bernilai RM570 juta," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, hari ini.


Sebelum itu, Perdana Menteri melancarkan pengoperasian kilang pemasangan kereta Proton Holdings Berhad di sini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri bagi Pembangunan Industri yang juga Menteri Pengangkutan dan Industri Mesir, Kamel Al-Wazir; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Ezz Elarab Elsewedy Industrial Investments, Hisham Ezz Elarab.

Anwar berkata, Proton bukan hanya setakat syarikat automotif, sebaliknya ia menjadi kebanggaan dan sebahagian daripada identiti Malaysia.

Beliau berkata, usaha sama yang dijalin antara kedua-dua negara ini juga penting bagi memajukan industri tempatan masing-masing.

Sementara itu, Syed Faisal Albar berkata, pihaknya perlu meneroka pasaran baharu bagi memajukan jenama kereta tempatan.

Beliau berkata, dalam perancangan jangka sederhana, pihaknya berhasrat menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau ini, malah pusat pemasangan serantau di Giza ini adalah yang pertama untuk model pandu kiri kereta Proton di luar negara.

"Kami berharap platform ini memberikan potensi untuk Proton berkembang lebih jauh ke negara jiran dengan menjadikan Mesir sebagai hab utama," katanya.


SUMBER:  – Berita Harian
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 13-11-2024 03:27 PM
Nk tnya. iols bukan faham pun. Proton tu gaely punya kan? Syarikat dr china?
Quote arnauld 14-11-2024 03:09 PM
geely 49% drb 51&
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2024 03:12 PM
Tipulah tadi kan dekat Peru

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.123256 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top