CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Tahun ‘Menyepi’, Izara Aishah Kembali Meriahkan Industri Hiburan Bersama Fattah Amin – “Jangan Muntah Tengok Saya Berlakon Nanti”

13-11-2024 12:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34161| Komen: 33

 


Lima tahun bersara sementara dari dunia lakonan tempatan, pelakon Izara Aishah mengumumkan dia akan tampil dalam projek terbaharu sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan tahun hadapan.

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham,32, berkata dia berasa gugup untuk kembali berlakon kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera.


"Saya akan jalani penggambaran bermula November ini dan drama itu akan ditayangkan pada Ramadan tahun hadapan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula."

Difahamkan, Izara bakal bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Amir Ahnaf, Puteri Balqis dan juga Fattah Amin.


"Dalam drama itu, Amir Ahnaf menjadi hero. Saya dan Fattah Amin sebagai hero dan heroin kedua."

"Fattah Amin adik beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama tu. Fattah sebagai abang ipar saya."

Terdahulu, Izara memaklumkan dia ingin berehat seketika dari industri hiburan tempatan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada November 2017 dan perkahwinan mereka berdua diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata.

SUMBER:  – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-11-2024 12:47 AM
Mcm best jah..hohoho
Quote AWEKSAMURAI 13-11-2024 01:02 AM
Tonggang jgn x tonggang ..hahaha
Quote mrsLucky 13-11-2024 01:09 AM
hari tu my wish nak tengok Fattah dengan Izara berlakon bersama...akhirnya termakbul..
both good looking..
Hope lakunan Fattah dah polish since he berlakun back to back..
Quote strawberrymerah 13-11-2024 03:36 AM
Fattah sbgi abg ipar? Jgnlaaa ala2 ipar adalah maut atau andai tiada dia..
Quote sangbara2020 13-11-2024 11:08 AM
selalu come back ni sbb mslh umh tga...kaannn...
Quote Lula2 13-11-2024 11:11 AM
sangbara2020 replied at 13-11-2024 11:08 AM
selalu come back ni sbb mslh umh tga...kaannn...

Takde nya come back sgt. She aktif je tp x berlakon je. Anak2 kecik lg kan
Quote MatDeghem 13-11-2024 11:19 AM
orite......kita tunggu, mesti meletopppp.

Quote mizruncing 13-11-2024 11:22 AM
macam best. aku ni jarang dah tgk drama melayu dahh. but yg ni mcm kena tgk je
Quote Perawankota 13-11-2024 08:16 PM
Tapi dia klu bercakap dalam drama, bunyi tak sedap…
Quote Kurex 13-11-2024 08:35 PM
mrsLucky replied at 13-11-2024 01:09 AM
hari tu my wish nak tengok Fattah dengan Izara berlakon bersama...akhirnya termakbul..
both good loo ...

sebelum ni pun deols dah berlakon.. cerita Cik Siti.
Quote apedehal 13-11-2024 08:40 PM
Suka izara blakon dgn zamarul..cite apentah tu lupa dah
Quote brainbiru 13-11-2024 08:56 PM
Izara berlakon best... dulu2 zaman belajar, tgk dia berlakon tajuk drama tu.. VANILA COKLAT. best jugak. Hope gandingan izara n pattah.. dpt melembutkan kekayuan pattah.
Quote mrsLucky 13-11-2024 09:51 PM
Kurex replied at 13-11-2024 08:35 PM
sebelum ni pun deols dah berlakon.. cerita Cik Siti.

ooo i x tau...
Quote dedek12 13-11-2024 10:00 PM
Ok je she berlakon..harap best la cita tu yek
Quote suhailana 13-11-2024 10:45 PM
apedehal replied at 13-11-2024 08:40 PM
Suka izara blakon dgn zamarul..cite apentah tu lupa dah

Haah ada2,slot pukul 7 kat tb3 kan? Best jugak citer tu. Anak dia eyka farhana,tak suka bapak dia zamarul nikah ngn izara. Ape ek tajuk dia tak ingat jugak. Tp nmpk sweet dorang belakon dlm citer tu
Quote irvene 13-11-2024 10:56 PM
harap kau tak cakap meleweh leweh la dalam drama
Quote Piramida 13-11-2024 11:59 PM
Dah x bertutup labuh sopan santun berkelubung dah ke?
Quote Piramida 14-11-2024 12:02 AM
Perawankota replied at 13-11-2024 08:16 PM
Tapi dia klu bercakap dalam drama, bunyi tak sedap…


Kannn... Pastu expresionless tone xde emosi.
Rasa mcm nak bukak kan mulut dia tu keluarkan suara tu betul2 biar penuh perasaan.
Quote anilanil 14-11-2024 12:06 AM
Ada drama dia ngan zulripin tu best. Tapi pasaipa budak langkawi speaking mcm anak mami penang? Cam salah pulau jer.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059951 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top