CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kesilapan saya adalah layan anak seperti seorang kawan’ - Nourul Depp

13-11-2024 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18803| Komen: 104

 


Penyanyi Nourul Depp mengakui tindakannya melayan anak seperti seorang sahabat adalah salah satu kesilapan yang dilakukan dalam hidupnya sebelum ini.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, ibu bapa seharusnya meletakkan batas dalam hubungan tersebut agar tidak terlupa kedudukan mereka sebagai seorang anak.

“Kesilapan saya adalah buat anak sebagai seorang kawan. Saya tidak meletakkan sebarang garis sempadan dalam hubungan dan itu silap saya.
“Boleh jika nak buat anak sebagai kawan, tetapi tetapkan batas bahawa kita adalah ibu bapa mereka.

“Kalau kita tak buat begitu dan tidak mengingatkan tentang batas, mereka akan lupa,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.


Dalam masa sama, Nourul juga mengingatkan golongan ibu bapa supaya sentiasa peka mengenai perasaan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Salah satu keputusan saya memberi kesan mendalam kepada anak saya. Dia paling terkesan.

“Saya tahu dia mencari cinta dan kepastian dalam hidup.

“Bahkan, dia juga mencari kebahagiaan dia sendiri sedangkan saya sebagai ibu bapa rasa sudah berikan segala-galanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon lagu Kerana Terluka itu pernah meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuan sulungnya, Ayu Nazirah.

Nourul juga berkata, dia mampu untuk meneruskan kehidupan selepas melepaskan dan menerima takdir yang berlaku terhadap hubungan bersama anaknya itu.  


SUMBER:  – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 13-11-2024 12:07 PM
tak tau sgt psl dia dgn anak dia
tapi dia ada buat talk kan psl ni
ada dgr talk dia sikit
setuju jgk apa dia ckp
buat kawan dgn anak
pd masa sama kena jd parent
wlu anak tak suka
Quote noor2 13-11-2024 12:09 PM
Ye ke sb tu......
Quote mrsLucky 13-11-2024 12:12 PM
never ending...i paham..i pon ada anak...
but if continue cete kat public ...anak tu lagi menjauhkan diri...sebab malu dan kecewa..
aib anak2 baik simpan dan cuba pendekatan lain..
Quote miss_perfect 13-11-2024 12:13 PM
Dia memang tak boleh directly reach out anak dia ke?
Quote kakasotong2 13-11-2024 12:18 PM
mrsLucky replied at 13-11-2024 12:12 PM
never ending...i paham..i pon ada anak...
but if continue cete kat public ...anak tu lagi menjauhkan ...

Ingat iols je yg nampak macam ni. Kaka pun nampak kan. Kaka lagi lah berpengalaman, dah ada anak besar2. Kes nurul ni sama la meols nampak kat kes marissa anak bakyah tu. Mana la menjauh si anak kalau mak nya xhabis2 nak memalukan menjatuhkan airmuka dia sbg seorang anak.
Quote Bolabulat 13-11-2024 12:18 PM
Di saat anak membesar kau tak ada, lebih rapat dgn ibu tiri, kau pula memburu cinta
Quote Nnasda53 13-11-2024 12:28 PM
Ada dengar juga talk dia ni.
Iols agree apa dia cakap.
Cuma pendekatan dia menceritakan pada umum tu sebaik elakkan.
Dengan anak2 ni ketegasan sangat penting.
Supaya anak2 dapat bezakan rasa hormat sbg org tua dan sbg kawan.
Quote asamfish 13-11-2024 12:29 PM
mrsLucky replied at 13-11-2024 12:12 PM
never ending...i paham..i pon ada anak...
but if continue cete kat public ...anak tu lagi menjauhkan ...

kan!  the more dia buat mcm ni, the more anak dia tu menjauhkan diri...dia mengaibkan anak dia kepada public...what a toxic parent dia ni!  kalau nak buat talk mcm ni, she shouldn't mencanang dan mengadu domba serta meroyan pasal anak dia kat public dulu.  

Quote asamfish 13-11-2024 12:30 PM
miss_perfect replied at 13-11-2024 12:13 PM
Dia memang tak boleh directly reach out anak dia ke?

dia jenis mak yang toxic dan terpaling....dia nak anak dtg mengadap walaupun berbakol2 dia mengaibkan anak kat socmed

Quote jalfa 13-11-2024 12:38 PM
Ya betul tu nourul.tapi sebab nourul dibenci acik porom so statement tu jd x betul
Quote prettyuglybabe 13-11-2024 01:15 PM
pendapat ni i setuju..
my friend pun ada macam ni..
konon treat anak macam kawan..
ujung-ujung anak naik kepala..
i selalu cakap, anak adalah anak..
we are the parent..
so be a parent..
Quote TomyamPuteh 13-11-2024 01:25 PM
Aku setuju je dgn dia. Ramai je yg aku nama nampak anak2 buat heran tak heran je dengan mak bapak. Macam dah hilang rasa hormat. Mak bapak pulak yang kena ikut cakap anak.
Quote pocongkiutss 13-11-2024 02:20 PM
Acik acik porem boleh bg tips ke..cemana tu
Quote rain2169 13-11-2024 02:25 PM
ye betul...... I pun setuju pendapat ni.
anak.... levelnya tetap anak.
kita as a parent, memang kena berbaik-baik dengan anak,
sebab tu anak kita.
tapi mereka tetap kena menghormati kita sebagai parent.
Quote noor2 13-11-2024 02:44 PM
pocongkiutss replied at 13-11-2024 02:20 PM
Acik acik porem boleh bg tips ke..cemana tu

Pada kaka..agama tu yg penting..bila anak arif bab agama....otomatik anak tu hormat mak ayah...masa mak masih hidup ada doa untuk mak ayah  untuk di amalkan selepas solat oleh anak2...dan yg meninggal pun sama..

Dia buat anak mcm kawan tu cane..anak boleh kutuk mak depan2 ke..anak kaka kalau kaka buat silap mereka dipersilakan tegur...x de pulak kaka marah..
Quote penmerah 13-11-2024 03:07 PM
Anak sulung perempuan tu manis betul
Warna kulit tanned cantik glowing
Menjadi combination again nurul

Nilsh mcm lagu atok jamal Abdillah
Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati
Tiada memikat
Quote KelisaSilver 13-11-2024 03:20 PM
apa yg dia dok canang pasal anak dia kat public?
Quote addamnor 13-11-2024 04:13 PM
KESILAPAN KAU ADALAH KUAT MENCECEY DI PUBLIC PASAL HUBUNGAN KAU DENGAN ANAK SEHINGGA MENJATUHKAN MARUAH ANAK TERSEBUT. READ!
Quote cm_vungtau 13-11-2024 04:20 PM
Kenapa I rasa dia yang bersalah bukan anak dia? Kesian la anak dalam broken family.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.032925 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top