CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Aku tidak akan pernah melupakan muka kau. Berpuluh ribu kau songlap duit bini aku" - Aaron Aziz

13-11-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30111| Komen: 29

 


Kecewa dan tidak puas hati, pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kesal terhadap individu yang dipercayai pekerjanya selepas ditangkap melakukan kegiatan pecah amanah.

Kata Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 48, sejumlah wang dipercayai hasil jualan perniagaan yang diusahakan isterinya, Datin Diyana Halik disonglap individu tidak bertanggungjawab tersebut.

“Bini aku bagi kau rezeki untuk bagi anak dan laki (suami) kau makan. Tapi kau choose to (pilih) balas bini aku dengan mencuri duit sales (jualan) selama ini.

“Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram. Aku saksi dia ke hulu ke hilir, penat sampai sakit.

“Kau seorang yang keji, hipokrik, biadab, pendusta dan manusia yang tidak bersyukur,” katanya dalam Instagram.

Dalam pada itu, Aaron turut memberitahu nilai wang terbabit dianggarkan dalam jumlah yang besar.


“Aku tidak akan pernah melupakan muka kau. Berpuluh ribu kau songlap.

“Isteri aku kongsi rezeki kau macam ini,” katanya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosial lain menasihati pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu untuk membuat laporan polis.

Selain netizen, rakan artis Azza Elite turut menasihatinya untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Buat laporan polis. Saya memang tidak boleh terima orang seperti ini,” kata Azza.

Bagaimanapun, Aaron tidak menjelaskan secara terperinci tentang tarikh kejadian itu berlaku termasuk identiti pelaku. 



SUMBER:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackpingU 13-11-2024 10:18 PM
Nama betul dia Harun kan?
Quote hyie 13-11-2024 10:24 PM

Aaron Mustapha Aziz
Quote L.U.S.M 13-11-2024 10:36 PM
Alahai..mesti xnk report risau lhdn kejar kan
Quote anony-mous 13-11-2024 11:15 PM
BlackpingU replied at 13-11-2024 10:18 PM
Nama betul dia Harun kan?

Harun tu nama manja heols acik porem bg
Quote sharlenetexas 13-11-2024 11:21 PM
hyie replied at 13-11-2024 10:24 PM
Aaron Mustapha Aziz

Bukan ke mad haron setapa?

Quote Orenn1 13-11-2024 11:44 PM
Kuat meroyyan pakcik haron ni. Hari tu pasal tak dpt job siap mengungkit habis sol dah makan kuewtiaw goreng bini dia masak sampai 2 pinggan, eiii burukk perangaii ungkit makanan yg org dah makan. Jamu org lps tu tak dpt job mengungkitt.Memang siall perangaiii huh
Quote slyfynx 14-11-2024 12:07 AM
“Kau seorang yang keji, hipokrik, biadab, pendusta dan manusia yang tidak bersyukur,” katanya dalam Instagram.


Ni haron ke wartawan yang salah eja?
Quote nisako 14-11-2024 08:24 AM
wow byk org kena tipu eh haritu azza
Quote lasagna 14-11-2024 08:30 AM
wife dia buat bisnes apa ek? tudungs ke?
Quote redz85 14-11-2024 08:33 AM
orang yang hutang tak nak bayar balik pun kita tak kan lupa muka lahanat tu
Quote s@s@ 14-11-2024 08:57 AM
bini ko tuhan ka, bagi rezeki?
duit kena songlap g report polis or kejar kat umah la, ckp x lupa muka?
Quote bulalof 14-11-2024 09:12 AM
semua nak sembang kat medsos. bodoh. buat la tindakan dgn laporan polis dulu.
Quote edoraixora 14-11-2024 09:28 AM
kenapa abe mat haron makin pprt ni
asik meroyan jer, dulu2 macam classy jer
Quote Windermere1004 14-11-2024 10:00 AM

@BlackpingU ----sekiranya nama dia Harun kah, Majid kah, apa hal dgn awak? ada susah kan ibu & bapa awak?
Quote prince_marhaen 14-11-2024 10:07 AM
Tok Mat Harun kuat menceceh jugak dekat socmed kan.... ayat lak semua rempit2 gangster2 kongsi gelap... terbawak2 ek.. btw halal jugak ke kalau bisnes vape-vape ni? macam orang jual arak jugak ke eh? ehhhhh!!
Quote cattiecute 14-11-2024 10:50 AM
tok harun, less talk more action plisss
takpayah cite banyak p report balai lepas tu saman je
bila orang spill info pasal gossip tu baru ko buat posting kat ig cite.
gitu flownyehhhh
Quote pembacagosip 14-11-2024 10:58 AM
edoraixora replied at 14-11-2024 09:28 AM
kenapa abe mat haron makin pprt ni
asik meroyan jer, dulu2 macam classy jer

menopose sis

Quote asamfish 14-11-2024 11:07 AM
L.U.S.M replied at 13-11-2024 10:36 PM
Alahai..mesti xnk report risau lhdn kejar kan

selalunya camtu la.....

Quote asamfish 14-11-2024 11:08 AM
prince_marhaen replied at 14-11-2024 10:07 AM
Tok Mat Harun kuat menceceh jugak dekat socmed kan.... ayat lak semua rempit2 gangster2 kongsi gelap ...

oh....dia buat bisnes vape eh? huh...perosak anakbangsa ni!  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038348 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top