Subang Jaya: Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang, ditemui selamat malam ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Aqil Rizq Rayyan Mohd Samsul, 16, yang hilang sejak semalam ditemui di rumah rakannya di Puchong Utama pada 9 malam tadi. Menurutnya, remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga. "Sepanjang menghilangkan diri dia berada di rumah rakannya itu. "Sementara itu Muhammad Syahrul Akmal Muhammad Kamal, 13, pula ditemui selamat oleh bapa saudaranya pada 9.45 malam," katanya dalam kenyataan malam ini. Wan Azlan berkata, remaja itu ditemukan di Kampung Kuala Sungai Baru tanpa sebarang kecederaan dan kemudian dibawa pulang ke rumah. Terdahulu Harian Metro melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalur maklumat berhubung kehilangan dua remaja terbabit.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT