CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letusan Gunung Lewotobi: 10 orang terkorban, 63 cedera, Lebih 2,000 bangunan, infrastruktur musnah

14-11-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18044| Komen: 16

 


Jakarta: Kerajaan Indonesia akan melaksanakan program pembinaan semula dan pemulihan di kawasan yang musnah akibat letusan Gunung Lewotobi di provinsi Nusa Tenggara Timur, umum seorang menteri pada Rabu, lapor Xinhua.

Lebih 2,000 rumah, bangunan dan infrastruktur lain musnah sejak letusan pertama Gunung Lewotobi pada 4 Nov yang mengakibatkan 10 orang terkorban, 63 cedera dan hampir 4,000 penduduk terpaksa berpindah.

"Kami komited untuk meyakinkan penduduk yang terjejas oleh bencana, kami akan melaksanakan program pembinaan semula dan pemulihan yang menyeluruh," kata Menteri Koordinasi Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Agus Harimurti Yudhoyono.

"Kita mesti memastikan bahawa mereka yang kehilangan rumah atau harta benda lain menerima penyelesaian sama ada pembinaan semula, pemulihan atau skim alternatif," kata Yudhoyono kepada wartawan di Pusat Konvensyen Jakarta.


Bagi mempersiapkan pelaksanaan rancangan berkenaan, Yudhoyono berkata, beliau bekerjasama dengan Menteri Perumahan dan Penempatan, Maruarar Sirait.

"Menteri Sirait akan melawat kawasan yang terjejas oleh letusan hari ini atau esok untuk menilai secara langsung sejauh mana kerosakan sebelum kami mengambil langkah strategik," kata Yudhoyono.

Setakat Rabu, Gunung Lewotobi terus meletus dan lebih 13,000 penduduk mendapatkan perlindungan kerana zon bahaya dilanjutkan hingga sembilan kilometer.

Agensi pengurusan dan mitigasi bencana tempatan menubuhkan sekurang-kurangnya tiga pusat pemindahan yang dilengkapi dengan kemudahan kesihatan, logistik dan bekalan penting untuk mangsa, menurut Richard Felt, seorang pegawai kanan di agensi itu.

Gunung Lewotobi, setinggi 1,584 meter, merupakan antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.




SUMBER:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 14-11-2024 09:19 AM
Gawat sih @nusaraya
Quote kotakbaju 14-11-2024 09:51 AM
Cantiknya pemandangan
Quote babynina30 14-11-2024 01:18 PM
I baca ramai Msians gi hols  pastu stuck tak dpt blk
Quote espri6006 14-11-2024 01:33 PM

Gunung ganang di timur indonesia memang banyak cantik, boleh dikatakan sama spt di New Zealand. Aku dh naik RInjani di kepulaun Lombok memang cantik gila terutama trek dari sengara anak ke Torean. Kalau di Pulau jawa, Bromo pergh lawa gila.
Quote kakikuDibibirmu 14-11-2024 01:55 PM
Ribut Man-Yi tersenyum sinis
Quote kotakbaju 14-11-2024 07:56 PM
espri6006 replied at 14-11-2024 01:33 PM
Gunung ganang di timur indonesia memang banyak cantik, boleh dikatakan sama spt di New Zealand. Ak ...

Wah untung la chuols dapat jejak kaki ke sana. Iols belum berkesempatan lagi.
Quote Denco 14-11-2024 08:34 PM
espri6006 replied at 14-11-2024 01:33 PM
Gunung ganang di timur indonesia memang banyak cantik, boleh dikatakan sama spt di New Zealand. Ak ...

Klu tngok org yg daki Rinjani tu.. MasyaAllah lawa betul ye disebalik gunung tu..ada awan karpet & tasik biru. Bromo je dh pegi.. mmg dh mcm lukisan & rasa kita kat dunia lain.
Quote Skuau 14-11-2024 08:44 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 01:55 PM
Ribut Man-Yi tersenyum sinis  ...

negara tertangga pasti iri...
Quote jfq 14-11-2024 09:11 PM
Ni yg ramai sangkut kat labuan bajo tu ke
Xda flights in and out
Ada family of 10 yg kena naik bot 33 jam ke surabaya
Quote FlexyFox 15-11-2024 12:16 AM
espri6006 replied at 14-11-2024 01:33 PM
Gunung ganang di timur indonesia memang banyak cantik, boleh dikatakan sama spt di New Zealand. Ak ...

Indonesia memang cantik gila. atas flight tu nampak gunung2 berapi berasap, cantik tapi ngeri juga kalau difikirkan. I biasa bermalam di hotel di mulut  gunung berapi tu. Bangun pagi tenguk Mt Bromo dari tingkap, masyaallah indahnya ciptaan Tuhan. Aku tak blh lupa api menyambar2 dgn bunyi mcm enjin jet dari kawah Bromo. Kalau terjatuh, tak tau la....
Quote espri6006 15-11-2024 10:12 AM
kotakbaju replied at 14-11-2024 07:56 PM
Wah untung la chuols dapat jejak kaki ke sana. Iols belum berkesempatan lagi.

ALHAMDULILLAH...bromo pergi Mei tahun lepas dan rinjani naik bulan 6 tahun ni.
Quote espri6006 15-11-2024 10:14 AM
Denco replied at 14-11-2024 08:34 PM
Klu tngok org yg daki Rinjani tu.. MasyaAllah lawa betul ye disebalik gunung tu..ada awan karpet & ...

Rinjani tu very recomended, kalau tak nak puncak pun okey je..duduk kat kemsite pun dah boleh tgk view 360.lawa gila. On the way ke sengara anak sangatlah cantik. Dari sengara anak nak balik melalui torean..Masyallah..kecantikannya tiada terkata.
Quote espri6006 15-11-2024 10:16 AM
FlexyFox replied at 15-11-2024 12:16 AM
Indonesia memang cantik gila. atas flight tu nampak gunung2 berapi berasap, cantik tapi ngeri juga ...

Kita org pun masa dalam flight lagi dah teruja tengok gunung yg ada di Pulau Lombok dengan bali. Masing2 macam orang jakun, padahal dh bermacam gunung naik tapi masih teruja.
Quote Nnasda53 15-11-2024 10:16 AM
Semoga di permudahkan segalanya urusan mangsa2 di sana.
Quote mejaputih 15-11-2024 04:39 PM
Cantik pemandangan..teringin nk gi tgk dgn mata sendiri tp memikirkan org2nya yg ermm, rosak mood holiday.
Quote rosmahisham 15-11-2024 07:24 PM
Labuan bajo ni byk TA buat trip..ramai yg happy ada tempat baru blh berjimba tup2 terkandas..ghisauuu klu jd mcm ni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051425 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top