CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak bersih, kafetaria Parlimen diarah tutup 14 hari

14-11-2024 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17690| Komen: 19

 



Kuala Lumpur: Sebuah kafetaria di bangunan utama Parlimen diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini.

Notis Perintah Tutup Premis Makanan berkenaan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berdasarkan Seksyen 11, Akta Makanan 1983, selepas pemeriksaan dapati ia tidak bersih sehingga kemungkinan mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Berdasarkan notis yang tular di WhatsApp, penutupan berkuat kuasa 6 petang tadi sehingga 26 November.

Sementara itu, isu penutupan kafetaria yang terkenal dalam kalangan ahli parlimen dan petugas di bangunan itu turut mendapat perhatian dalam persidangan Dewan Rakyat, malam ini.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika mencelah sebelum sesi penggulungan Rang-Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan bermula.

"Berkaitan saman dikeluarkan ke atas kantin (kafetaria) Parlimen yang diarah tutup untuk 14 hari.

"Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa ini satu perkara tidak sepatutnya berlaku. Kalau kantin Parlimen boleh dianggap tidak bersih, macam mana pula makanan seluruh negara kerana ia memberikan satu tanda simbolik yang amat negatif.

"Jadi kita di sini nak dapatkan petua dan panduan daripada Tan Sri Yang di-Pertua macam mana kita harus menangani masalah ini. Kalau tak ini akan mencemarkan imej Parlimen," katanya.

Sebaik mendengar itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkaitan.

"Selepas persidangan ini saya akan panggil semua pihak yang terlibat berjumpa saya dan saya nak tahu apa sebenarnya terjadi.

"Insya -Allah esok saya akan maklumkan apakah hasil siasatan saya malam ini," katanya.

SUMBER:  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 14-11-2024 09:12 AM
aiyakkkk
apa nama operator tuu
Quote vanilacup 14-11-2024 09:18 AM
Institusi Parlimen pun berlaku pengabaian kualiti makanan hmm macam manalah pengurusan tertinggi buat kerja. Kalau sekolah yg selalu berlaku keracunan makanan tapi rupanya apa shj pengurusan makanan dlm sektor kerajaan tiada pemantauan diambil hanya tahu membayar bila cukup masa sbb duit rakyat erkkk...
Quote mizruncing 14-11-2024 09:29 AM
uihhh berani ya cafe tu tak jaga kebersihan. kat pak munteri plak tu
Quote otai_g 14-11-2024 09:36 AM
Cafe tu org awam blh pg x? Sekali pg blh nmpk ahli2 parlimen makan minum kat situ. Blh tny sekali, best ke makan gaji buta ni?
Quote zorrro_03 14-11-2024 09:40 AM
first thg first.  lahabau2 kena semak adakah operator ni seekor kroni.  kalau kroni, cari siapa feedernya.  cari juga siapa runner. siapa yang disuap ect2.  
Quote edayildiz 14-11-2024 09:44 AM
ingt kalau  ada pak menteri dorg jaga elok kebersihan
kalau tmpt pak menteri pun dorg sambil lewa mcmana tmpt org biasa..tbyg pulak kafe kt ofis i ni..tp i mmg dh lama xpergi..
aritu ada event kt ofis..pak menteri,mcmc  semua dtg....i tgk bz semua kafe dlm ofis ni..maintenance, tkg cleaner semua sibuk sbb menteri nk dtg katanya
tp tah2 pak menteri pun xmkn kt kafe tu tak..staff situ je kot mkn
Quote qistiena 14-11-2024 09:54 AM
Iya ke kotor....tp x pernah plak dengar ahli parlimen ni keracunan makanan....x mcm sekolah @ asrama[em:22:][em:22:][em:22:]
Quote grouper 14-11-2024 09:56 AM
Menteri makan kat kafe situ ke..klau yg cina India nak makanan x halal macam babi golek ada ke jual situ
Quote ketambangkang 14-11-2024 11:19 AM
makcik kantin nye pon..jaga lah sket kebersihan dh tau customer ko sema menteri
Quote makkenits 14-11-2024 11:48 AM
x pernah lah org2 yg mkn kat situ kena food poisoning pdhal ramai je menteri n politicians kat situ.. disebabkan aku xleh nak mkn dlm keadaan bising di kafeteria tu, selamat perut aku wpun ada yg nak belanja..
Quote kucingitam 14-11-2024 12:16 PM
otai_g replied at 14-11-2024 09:36 AM
Cafe tu org awam blh pg x? Sekali pg blh nmpk ahli2 parlimen makan minum kat situ. Blh tny sekali, b ...

kat parlimen tu ada je pekerja2 nya.. cafe utk pekerja2 tu la kot.. takkan pak menteri nak makan kat kafeteria.. drg mesti ada lounge drg sendiri.
Quote miss_white 14-11-2024 12:54 PM
Mmg kotor pun kafetaria kt bwh tu
Tak payah lah mkn kt situ
Pergi je blok lain  ada gak kafetaria
Tingkat satu blok utama tu pun ada cafe
Sana ramai lah Mp  mkn kt situ





Quote kakikuDibibirmu 14-11-2024 12:57 PM
otai_g replied at 14-11-2024 09:36 AM
Cafe tu org awam blh pg x? Sekali pg blh nmpk ahli2 parlimen makan minum kat situ. Blh tny sekali, b ...

Akak dahulu semasa buat lawatan sambil belajar ke Parlimen, YB kawasan akak belanja makan satu kelaas nyum nyum nyum
Quote supernaturalee 14-11-2024 01:21 PM
edayildiz replied at 14-11-2024 09:44 AM
ingt kalau  ada pak menteri dorg jaga elok kebersihan
kalau tmpt pak menteri pun dorg sambil lewa  ...

ada sorg menteri kt ofis dulu rajin makan kat kafe ofis
the only menteri kot yg pnh berkhidmat kt sini yg turun sendiri makan kt kafe




Quote edayildiz 14-11-2024 02:51 PM
supernaturalee replied at 14-11-2024 01:21 PM
ada sorg menteri kt ofis dulu rajin makan kat kafe ofis
the only menteri kot yg pnh berkhidmat kt  ...

bgs la menteri yg jnis xkisah mkn kafe..
biasa boss boss suka mkn luar
Quote otai_g 14-11-2024 02:53 PM
kucingitam replied at 14-11-2024 12:16 PM
kat parlimen tu ada je pekerja2 nya.. cafe utk pekerja2 tu la kot.. takkan pak menteri nak makan k ...

Mn la Tau kot cafe tu utk org2 atasan ala2 mcm dlm kapal titanic. Org biasa x leh masuk. Kalo mcm tu nant senang2 nak try la makan kat Sana
Quote supernaturalee 14-11-2024 02:53 PM
edayildiz replied at 14-11-2024 02:51 PM
bgs la menteri yg jnis xkisah mkn kafe..
biasa boss boss suka mkn luar

i guesss

but he's no longer in cabinet

so...
Quote kucingitam 14-11-2024 03:20 PM
otai_g replied at 14-11-2024 02:53 PM
Mn la Tau kot cafe tu utk org2 atasan ala2 mcm dlm kapal titanic. Org biasa x leh masuk. Kalo mcm  ...

hahah..kalau ada pun mesti berkilat2 bersih kat dalam tu
Quote clueless_gamer 17-11-2024 04:30 PM
oh ni ke tempat menteri sakan berlongok tu? sedap sangat kot..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.113895 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top