PARIT – Empat pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 1,921 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Seri Iskandar, semalam. Kesemua pelajar termasuk dua wanita berusia 20 hingga 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada pukul 1.40 petang. Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, pemeriksaan di rumah teres dua tingkat itu menemukan satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat berisi dadah disyaki ganja seberat 865 gram. Katanya, turut ditemukan satu ketulan mampat berwarna oren dibalut plastik lutsinar berisi ganja dianggarkan seberat 1,038 gram dan dua peket plastik berisi dadah sama seberat 18 gram. “Nilai dadah yang dirampas bersama tangkapan empat pelajar warga tempatan itu berjumlah RM2,500. Siasatan awal mendapati, dadah tersebut untuk kegunaan sendiri dan pengedaran,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita wang tunai RM400, sebuah kereta jenis Mercedes-Benz C200 dan seutas rantai leher. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
^CUN_GILA~. replied at 18-11-2024 06:21 PM
Kat Seri Iskandar ada 2 univ. UITM & UTP. Dekat2 je.
annehuda replied at 18-11-2024 06:50 PM
Rasenye uitm kot sbb utp tu bkn ke dh kt tronoh? Uitm mmg btul2 dlm sri iskandar
ADVERTISEMENT