CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 800 juta orang hidap diabetes, meningkat dua kali ganda di seluruh dunia

15-11-2024 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 70174| Komen: 8

 


LONDON – Bilangan penghidap diabetes meningkat dua kali ganda sejak 30 tahun lalu kepada lebih 800 juta orang di seluruh dunia, demikian menurut kajian global seperti laporan akhbar The Guardian kelmarin.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Lancet itu mendapati pesakit diabetes dalam kalangan orang dewasa,  meningkat dua kali ganda daripada tujuh peratus kepada 14 peratus antara tahun 1990 hingga 2022.

Peningkatan terbesar dicatatkan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, manakala lebih separuh daripada kes diabetes global tertumpu di empat buah negara. 

Daripada jumlah keseluruhan pesakit diabetes pada 2022, lebih satu perempat (212 juta) tinggal di India, 148 juta orang di China, 42 juta di Amerika Syarikat (AS) dan 36 juta di Pakistan.

Di beberapa negara  Kepulauan Pasifik, Caribbean, Asia Barat dan Afrika Utara pula, lebih 25 peratus daripada populasi wanita dan lelaki menghidap diabetes, lapor kajian tersebut.


AS dan Britain mempunyai kadar diabetes tertinggi dalam kalangan negara Barat berpendapatan tinggi dengan masing-masing mencatatkan 12.5 peratus dan 8.8 peratus.

Sebaliknya, kadar diabetes pada tahun 2022 adalah serendah dua hingga empat peratus untuk wanita di Perancis, Denmark, Sepanyol, Switzerland dan Sweden.

Bagi pesakit lelaki, sebanyak tiga hingga lima peratus kes diabetes  direkodkan di Denmark, Perancis, Uganda, Kenya, Malawi, Sepanyol dan Rwanda.

Pengarang kanan kajian itu, Profesor Majid Ezzati dari Kolej Imperial London berkata: “Kajian kami menyerlahkan ketidaksamaan global yang meluas dalam diabetes, dengan kadar rawatan tidak berubah di banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“Ini amat membimbangkan kerana penghidap diabetes cenderung lebih muda di negara berpendapatan rendah dan jika tiada rawatan berkesan diberikan, mereka berisiko mengalami komplikasi sepanjang hayat.” – AGENSI 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 15-11-2024 11:51 PM
Sementara di Msia..vape..vape..vape.
Quote akies 16-11-2024 08:12 AM
Risau.. jaga la tabiat dan corak pemakanan masing2..
Quote kakikuDibibirmu 16-11-2024 04:34 PM
Banyak sangat makan nasik sebab tu lah diabetes meletus
Quote emera 16-11-2024 06:14 PM
Knp msia x masuk? Org msia bila tepung, beras, gula naik harga, semua rasa mcm bakal mati kebuluran.
Quote BawangCaramel 17-11-2024 07:14 AM
IMG_20241023_181736_975.jpg
Quote Pearla 17-11-2024 01:00 PM
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berbahaya ini ...
Quote ladybugz 17-11-2024 01:14 PM
boleh nampak i rasa quality makanan makin merudum walaupun rasa mcm unik maybe. for cheaper cost, so dah byk makanan sintetik yg i rasa byk timbulkan masalah. mcm pedas sintetik, cheese sintetik, lemak sintetik entah la. kalau nk salahkan karbo semata2 dulu pun nasi umpanya byk je org malaysia makan
Quote suri33 17-11-2024 05:48 PM
Salah beksin jugek kot eh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.079945 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top