Kuala Lumpur: Saham bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila nilai pasarannya kini mencecah 600,000 euro (RM2.83 juta). Tanda harga baharu buat Arif Aiman dikemaskini laman transfermarkt, Jumaat lalu dan jumlah berkenaan meningkat berbanding RM2.6 juta pada Disember tahun lalu. Peningkatan nilai pasaran pemain berusia 22 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya terutama bersama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Tanda harga itu meletakkan Arif Aiman sebagai pemain Malaysia kedua termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang memiliki nilai pasaran RM3.8 juta. Arif Aiman memperagakan prestasi terbaik dalam kancah saingan ACLE musim ini apabila menjaringkan empat gol selepas mengharungi empat perlawanan di peringkat Zon Timur. Nilai pasaran Arif Aiman dijangka akan melonjak lebih tinggi jika dia terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan di pentas Asia.
Malah, kelibat Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mencadangkan kelab berkenaan menyunting pemain sayap itu. Arif Aiman menguasai anugerah bola sepak Malaysia apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai, Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik tiga tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2023. Sumber - Harian Metro |
supernaturalee replied at 19-11-2024 08:00 AM
berapa persen agaknya yg btl2 dapat
Thunderclouds replied at 19-11-2024 06:49 AM
Pandai² la urus asset dr sekarang.
Jgn dh tua esk sakit jantung, nk kna dialisis la jadah la kulur ...
wikedsaikel replied at 19-11-2024 12:45 PM
Dia ni yg beli mercedes tu ke yg acik forum buat thread?
KamikuP replied at 19-11-2024 12:44 PM
Jgn kene sondol ngan artis nanti habis stamina kau dekk
ADVERTISEMENT