Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal apabila menerima reaksi kurang senang netizen selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah untuk mengadu segala kesedihan. Menerusi perkongsian di Threads, Diana berkata solat adalah tanda kesedaran seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik. Diana turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk menunaikan solat jika dirinya belum sempurna termasuk dalam menutup aurat. “Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Kan setiap orang ada ujian berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.
“Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, “Tutup aurat dulu.” Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat? Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan,” katanya. Dalam pada itu, Diana turut meminta supaya tidak merendahkan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah lebih baik kerana apa yang pentign mereka berusaha ke arah kebaikan. Terdahulu, Diana berkata buat masa ini dia selesa mendekatkan diri dengan Allah serta meluahkan kesedihan dan apa yang dirasai ketika bersujud. Sumber - Rotikaya |
BlackpingU replied at 18-11-2024 11:46 PM
Yang tudung/tudung labuh/pakai kopiah pun ada menyakau duit derma, menipu orang, tayang kemewahan, j ...
kucim replied at 19-11-2024 02:00 AM
Mentaliti org islam melayu ni sejak dari dulu memang backwards sebab tu x maju2 sebab x open minded
...
jejaka_hensem replied at 19-11-2024 03:03 AM
Kan.dalam sini pun ada sis berperangai seperti yg ditulis oleh sis
ADVERTISEMENT