Seorang perancang kewangan, Syafique Zainuddin mendedahkan bahawa pelakon Fattah Amin tidak pernah putus membuat caruman takaful untuk ibu bapanya sejak tahun 2015. Menerusi perkongsian di Facebook, Syafique memaklumkan pelakon itu turut menukar penama caruman hibah takaful kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani. Menurutnya lagi, ibu kepada aktor itu menjadi pemegang amanah untuk diagihkan kepada anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya jika berlaku sesuatu pada Fattah. “Alhamdulillah since 2015 jaga takaful Fattah dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful ibu bapa dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun. “Hari ini (Rabu) selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama hibah takaful Fattah kepada ibunya. Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah maha merancang. Semoga terus sukses sahabat,” tulisnya.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. SUMBER: FB Syafique, Rotikaya |
lee_sakura replied at 19-11-2024 03:24 PM
bukan ke ni maklumat peribadi pencarum, kenapa diberitahu kpd umum
bublysnowflake replied at 19-11-2024 03:39 PM
biasa la agen nk promote org amik ngn dia..salah ke
pocongkiutss replied at 19-11-2024 03:45 PM
Kan..ejen bodo..privacy kut benda ni
pocongkiutss replied at 19-11-2024 03:46 PM
Mmg la..ckp jela patah amon amik dgn dia .tak payahla reveal sapa penerima hibah bagai..gila ke ap ...
kurungpahang replied at 19-11-2024 03:49 PM
Agen tu bff bamtah sejak hero remaja. Dia memang selalu up video/gambar tiap kali keluar dgn bamta ...
pocongkiutss replied at 19-11-2024 03:46 PM
Mmg la..ckp jela patah amon amik dgn dia .tak payahla reveal sapa penerima hibah bagai..gila ke ap ...
ADVERTISEMENT