Melalui laporan Malay Mail, kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan. Didalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam, kementerian memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang salahguna simbol Islam seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, atau ayat-ayat Al-Quran bagi perdaya pelanggan Muslim. Difahamkan, mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, peniaga yang didapati salahguna simbol Islam boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini bukan saja ditujukan buat peniaga bukan Islam, malah peniaga Muslim juga tidak terkecuali, di mana KPDN menegaskan istillah halal tanpa mempunyai sijil halal sah merupakan satu kesalahan besar.
Diingat buat semua peniaga untuk mendapatkan sijil halal terlebih dahulu sebelum menggunakan istillah, simbol atau sebarang bentuk pemasaran menggambarkan produk mereka halal digunakan pakai. Sumber - MalayMail, Beautifulnara |
ADVERTISEMENT