Pelakon dan juga penyanyi, Nur Fazura kembali mencuri tumpuan netizen terutamanya peminat apabila dia tampil membuat siaran langsung di TikTok bersama anak perempuannya, Fatima Aisya. Dalam sesi ‘live’ itu, Fazura dilihat ramah melayan peminat dan menjawab soalan mereka di ruangan komen. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila ada peminat yang bergurau dan melamar Fazura untuk berkahwin. Fazura kemudian memberi respon berseloroh terhadap ‘lamaran’ pemina titu. "Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana." Sementara itu, Fazura turut ditanyakan mengenai kes saman yang dituntut Fazura terhadap beberapa orang individu sebelum ini.
"Ramai sebenarnya dan kita dah kenalpasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah." Fazura juga memohon doa orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fatima. "Saya tahu ramai peminat yang geram dan sebagainya, saya harap semua bersabar. Saya tahu ramai yang sayangkan saya, tapi bersabar okay. Kita serahkan semuanya kepada Allah dan kita tak perlu buat apa-apa." Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu. Sumber : Beautifulnara |
hokeypokey replied at 20-11-2024 06:43 PM
kutunggu idahmu.. drama baru fazura, skrip blum siap
cm_vungtau replied at 20-11-2024 06:52 PM
Kenapa orang sekarang sebut Allahu instead of Allah? Allahu maksudnya Allah is. Ayat tak lengkap. Se ...
Incanto replied at 20-11-2024 06:48 PM
harap bersabar kejap siapa yg menunggu
hokeypokey replied at 20-11-2024 07:29 PM
iolss tak sabar nk tunggu gosip2 pasal jantan baru yachh.. taknak la gosip janda terpaling tudung ...
apedehal replied at 20-11-2024 07:42 PM
Bukan ku baca kat benang mana satu ntah mawar rujuk dgn ex laki dia..pastu aku tnya porumer tu ye ...
hokeypokey replied at 20-11-2024 07:29 PM
iolss tak sabar nk tunggu gosip2 pasal jantan baru yachh.. taknak la gosip janda terpaling tudung ...
noor2 replied at 20-11-2024 07:09 PM
cm_vungtau replied at 20-11-2024 06:52 PM
Kenapa orang sekarang sebut Allahu instead of Allah? Allahu maksudnya Allah is. Ayat tak lengkap. Se ...
LauraRichis replied at 20-11-2024 08:54 PM
Aku tengok video tu celah mana fazura sebut Allahu? Elok clear je sheols sebut ALLAH.
And live tu k ...
LauraRichis replied at 20-11-2024 08:54 PM
Aku tengok video tu celah mana fazura sebut Allahu? Elok clear je sheols sebut ALLAH.
And live tu k ...
ADVERTISEMENT