CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Masa itu sudah berlalu’ – Dipuji kelihatan lebih cantik ketika tidak berhijab, Fazura tolak kembali gaya dulu-dulu

20-11-2024 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30674| Komen: 51

 



Dipuji kelihatan lebih cantik ketika tidak berhijab, pelakon Nur Fazura tetap menolak permintaan segelintir peminat yang ingin melihatnya kembali dengan gaya penampilan terdahulu.

Tidak melenting, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, sebaliknya meminta peminat mendoakan dirinya terus istiqamah bertudung dan menutup aurat.

“Disebabkan penampilan dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta untuk buka tudung semula.

“Tidak mungkin akan terjadi. Mudah-mudahan doakan semoga dijauhkan daripada itu. Masa itu sudah berlalu,” katanya membalas komen peminat yang menyukai penampilannya dalam filem terbitan 2014 tersebut.

Pada masa sama, Fazura turut mengakui karya arahan Bernard Chauly itu merupakan filem kegemarannya.

Selain Fazura, filem Manisnya Cinta Di Cappadocia turut dibintangi Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Datin Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud.


Difahamkan filem tersebut pertama kali mempertemukan Fazura dengan aktor Fattah Amin. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 21-11-2024 01:07 AM
sukati kau lah, tapi jgn pakai spek gedabak tu boleh tak???
mcm mak cik cikgu skola
Quote L.U.S.M 21-11-2024 03:02 AM
Sumpah nampak tuwe betul ko skrg..muka dh xberseri betul
Quote jejaka_hensem 21-11-2024 03:19 AM
Hot kot sheols time free hair dulu
Quote jejaka_hensem 21-11-2024 03:20 AM
Sekarang tetap cantik walaupun berhijab.semoga faz terus bahagia and cantik selalu.
Quote chandrahusin 21-11-2024 05:26 AM
Yg pakai tudung disuruh bkk tudung
Pdhal hari2 komen kat page org tak bertudung
Disuruh bertudung
Quote zehra2 21-11-2024 05:47 AM
Alhamdulillah
semoga kaka Faz terus istiqomah.. manis je sekarang bertudung.
yg penting kaka Faz kekal cantik lawa wangi seiring dgn  usia...

sipengutuk lagi terkutuk memang selalu tak puas hati dengan kaka Faz..



Quote virgocircus 21-11-2024 06:50 AM
Dah jual tudung disuruh bukak tudung... Gilos betul yg komen tu.. saje mintak dikecam. Hahaha
Quote MatDeghem 21-11-2024 07:23 AM
chandrahusin replied at 21-11-2024 05:26 AM
Yg pakai tudung disuruh bkk tudung
Pdhal hari2 komen kat page org tak bertudung
Disuruh bertudung

A cakap bukak tudung. B cakap kenape tak pakai tudung.
C nerakan orang tak bertudung
D kutuk orang bertudung...nampak tua, tak glam

masaalah dan pelik nya.  reporter2 sangkak hadap makan pree...satu komen netijen di jadi kan content atau issue.
lepas tu kerumun netijen2 bincang, kupas issue itu berjela jela....

sekarang berita retis semua macam ini. Kena layan aje lah. Ini level reporter masa kini.



Quote MatDeghem 21-11-2024 07:25 AM
zehra2 replied at 21-11-2024 05:47 AM
Alhamdulillah
semoga kaka Faz terus istiqomah.. manis je sekarang bertudung.
yg penting kaka Faz kek ...

yes grow old gracefully.

nanti kang buat botok...habis mambang2 tanah di seru datang




Quote noor2 21-11-2024 07:51 AM
Akak suka je spek bingkai hitam Faz..mcm spek bingkai hitam akak..tp akak punya murahla...kalau aku pakai mmg beso laki aku kata mcm mata lalat sb beso...tp lawa apa bila pakai...
Quote noor2 21-11-2024 07:54 AM
Btw dah x cengkung dah muka fazura elok je pakai spek bingkai hitam beso..muka akak pun kalau cengkung x lawa..elokla muka aku bulat
Quote minahgempal 21-11-2024 08:14 AM
faz tua bebenor..macam acik2 kerani kerajaan..and nampak dia makin kurus sekarang..makan hati agak yer dgn komen netz fitnah tak henti2..
Quote MadameOnion 21-11-2024 08:18 AM
cantiknya faz walaupun pakai mcm acik nak pi market..dengki betoi cikpor keledek benyek
Quote MadameOnion 21-11-2024 08:20 AM
MatDeghem replied at 21-11-2024 07:23 AM
A cakap bukak tudung. B cakap kenape tak pakai tudung.
C nerakan orang tak bertudung
D kutuk oran ...

yang kata gitu cikpor kertu ataupun acik2 keledek tt fb dan threads..miskin dan hati busuk
Quote nisako 21-11-2024 08:58 AM
go faz go
Quote SR4tahun 21-11-2024 09:01 AM
Very the ud56 dah dia sekarang
Walaupun iols agree dia free hair lg lawo tp tak usah la free hair balik. Hidup je aman2 tanpa kontroversi lg best
Quote cik_ingeniare 21-11-2024 09:24 AM
Lawo fazzy ni netijen pun satu hal orang tu dah masuk fasa perubahan or ke arah kebaikan, doa aje la dia tu istiqomah.. lagi ngajak orang tu free hair balik
Quote akuMNdia 21-11-2024 09:34 AM
aku paling suka tgk senyuman faz.
Quote apedehal 21-11-2024 09:36 AM
Bagus la kalau dia nmpak tua seiring usia... ko yg asek2 org ckp nmpak 20an tu agaknya memakai kut..sbb kalau awet muda ni terpancor dr dlm u know.. kalau baik hati lawo la outer nya kalau kalau mulut n jari hnsuang mmg makanan sakanya tu lah..wakaka. unless ko petit kemetot mmg org igt ko muda remaja

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.181911 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top