KUALA LUMPUR – Pengantian kad pengenalan atau Mykad yang telah berusia lebih 12 tahun kini dalam fasa akhir untuk dimuktamadkan. Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau berkata, langkah menggantikan kad baharu itu adalah untuk memastikan ia mempunyai ciri keselamatan tinggi, selamat dan dipertingkat selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini. “Perolehan bagi kad pengenalan struktur baharu yang bakal menggantikan kad pengenalan sedia ada yang telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2012. “Ia juga dapat membendung sebarang insiden dan percubaan untuk memalsu dan menyalahguna kad pengenalan yang menjadi dokumen pengenalan diri utama di Malaysia,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN- Tenggara) yang mahu kerajaan menyatakan status terkini berkaitan dengan kad pengenalan generasi baharu yang bakal diperkenalkan bagi mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT