CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat upah ejen marah bos di pejabat bagi pihak pekerja yang mempunyai rasa tidak berpuas hati kini laris

21-11-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36396| Komen: 7

 


WASHINGTON – Sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) menawarkan perkhidmatan unik memarahi majikan bagi pihak pekerja yang mempunyai rasa tidak berpuas hati atau mahu meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka, lapor portal berita South China Morning Post kelmarin.

Syarikat OCDA ditubuhkan tahun ini oleh seorang pelawak stand-up dan aktor, Calimar White.

Berdasarkan laman web syarikat itu, OCDA ditulis sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan bertujuan untuk membetulkan aduan dan mewujudkan persekitaran kerja lebih baik.

Apabila menerima tempahan, ejen yang dikenali sebagai ‘pemarah’ akan melawat tempat kerja pelanggan untuk berdepan dengan bos atau rakan sekerja yang dikenal pasti.

Mereka kemudian akan mengeluarkan kritikan pedas sambil menyampaikan aduan pelanggan dengan bersungguh-sungguh.

Tidak kira betapa tegang keadaan atau dimarahi semula oleh majikan terbabit, ejen OCDA mesti mematuhi ‘skrip’  yang diberikan dengan tegas.


Sebagai contoh, dalam salah satu video yang dimuat naik di laman sosialnya, seorang ejen memarahi seorang majikan dikenali sebagai LJ.

Sejurus memasuki pejabat, ejen tersebut terus memarahi LJ dengan berkata: “Saya sudah bekerja di sini selama lebih 17 tahun dan anda tidak memberi saya cuti berbayar. Anda juga membayar gaji pekerja baharu lebih tinggi berbanding pekerja senior. Semua inventori tidak terurus dan tiada kipas di bahagian acuan.”

Meskipun dimarahi oleh LJ, ejen tersebut tetap berdiri di hadapannya dan meneruskan skrip yang sudah disediakan.

Syarikat itu dilaporkan sedang aktif merekrut ejen ‘pemarah’ melalui laman sosialnya dan menggariskan beberapa ciri unik untuk calon yang berminat. – AGENSI

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-11-2024 08:20 AM
WAH bagusnya.. moga pekerja yg upah ejen tu dirahsiakan identitinya. Kalau buat kat Msia bagus jugak.. kat stempat meolls ni boss semua hauk very poor in decision making.. puiii
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:37 AM
how do i apply for this job?
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:38 AM
cian bos yg hati tisu
Quote pinkpunk 22-11-2024 12:26 PM
memang mana2 pun tak recognise ye long service worker.. kesian kami.
Quote noorhairiahma 22-11-2024 01:09 PM

Bos hati tisu maybe tak sanggup nak menganiaya staff sendiri.

Bagi i, bos hati kering je yang berani buat perangai sampai staff sendiri tak puas hati.
Quote edayildiz 22-11-2024 01:16 PM
tlg la carutkn boss i yitu
Quote akaktepiTasik 22-11-2024 01:54 PM
Haha ni Kira mcm Anger Translator la ni eh..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043360 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top