CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr. Rozmey jual Ferrari RM80,000, cerita ditipu rakan

24-11-2024 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 51647| Komen: 55

 


PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempatan, bahkan terdapat banyak papan tanda yang memaparkan gambar gaya duduk figura ini.

Namanya agak terkenal sebelum ini kerana kejayaan produk keluaran syarikat bertapak di Kedah yang diusahakan dengan hasil titik peluh sendiri.

Namun, dalam hantaran terbaru di laman sosial miliknya, ternyata kisah sebenar disebalik kejayaan beliau sebelum ini, ramai orang digelarnya sahabat hanya mahukan ‘duit’ usahawan ini.

Rozmey berkata, kereta sport Ferrari miliknya yang dijual dengan harga RM80,000 pada 2019 itu mempunyai kisah tersendiri.

Kereta buatan Itali yang digelar kuda merah itu merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Sungai Petani suatu masa dahulu pernah memberi jasa serta lambang kejayaan yang besar kepada Rozmey.


Masalah timbul jelasnya, apabila kereta tersebut rosak dan menyerahkan kepada makanik yang merupakan kawan baiknya sendiri.

“Bila ‘sakit’ aku akan serah tugas untuk merawat kepada kawan rapat aku. Kerana ini adalah kepakaran dia dan harapkan yang terbaik untuk menjaga kereta ini.

“Harapan aku hanya tinggal angan-angan, kawan baik yang bersama aku selama 16 tahun itu tidak seperti yang diharapkan.

“2014 juga sama, aku sudah serahkan RM100,000 secara tunai kepadanya untuk merawat kereta ini. Di bawa ke Penang sehingga kereta ini jadi besi buruk kerana dia tidak bayar pada bengkel di sana,” tulisnya.

Katanya, kes tersebut telah dilaporkan dan terpaksa jual kuda merah itu pada harga RM80,000 bagi menutup hutang bank yang masih berbaki RM185,000 dengan bayaran sebelum ini RM9,800 sebulan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Freezies 24-11-2024 12:02 PM
Scammer kah dia?

Tpi klau tengok muka dia mesti ingat tentang filem 2 alam..masa interview kemain mmbongak filem bakalan box office bagai. Last2 flop deep to the Mariana trench.
Quote zarulnazmi 24-11-2024 12:10 PM
Freezies: Scammer kah dia?Tpi klau tengok muka dia mesti ingat tentang filem 2 alam..masa interview kemain mmbongak filem bakalan box office bagai. Last2 flop d ...


Buat promosi filem 2 Alam setiap hari kat surat khabar. Siap cakap tayangan hari pertama dapat kutipan rm 2 juta. tapi rupanya tak sampai pun 500ribu sampai habis tayangan
Quote dua_chzy 24-11-2024 12:30 PM
Freezies replied at 24-11-2024 04:02 AM
Scammer kah dia?

Tpi klau tengok muka dia mesti ingat tentang filem 2 alam..masa interview kemain m ...

Dia takda la scammer level Vida, Zizang Semang tu suma. Cuma dia terlalu ambitious.
Quote emera 24-11-2024 12:51 PM
dua_chzy replied at 24-11-2024 12:30 PM
Dia takda la scammer level Vida, Zizang Semang tu suma. Cuma dia terlalu ambitious.

& muka dia sgt tebal & konfiden tahap infiniti.
Quote wikedsaikel 24-11-2024 01:21 PM
Teringat berita wife dia bawak kereta pastu eksiden dengan imej untuk “facebook” dia sendiri. Warna pink macam logo Aeon kan? Pastu dia ada jual diet drink ke dulu dulu?
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2024 01:25 PM
@ultra78 tersenyum sinis
Quote SPACENUT 24-11-2024 01:32 PM
wikedsaikel replied at 24-11-2024 01:21 PM
Teringat berita wife dia bawak kereta pastu eksiden dengan imej untuk “facebook” dia sendiri. Warn ...

Yap, Jus Mate 5. Ada jugaklah try masa zaman jahilliyah dulu
Quote syamzana 24-11-2024 01:36 PM
meniaga apa je dia skrg?

dia antara pioneer produk sampah kesihatan claim 1001 penyakit blh sembuh pastu jd producer nanhado ujung2 tertimbus snyp smpai skrg
lepas kemunculan dia baru keluar tokbida kan?? ke satu zaman depa dua?
Quote green~tea 24-11-2024 03:04 PM
80k ferrari nate apo...  

Esokk jugak bleh pi bank bayor... ini lg murah dari downpayment keta


Korek duit tabung jual kerepek ajeeee
Quote gigahertz 24-11-2024 03:15 PM
dua_chzy: Dia takda la scammer level Vida, Zizang Semang tu suma. Cuma dia terlalu ambitious.

itu beza iklan 1990an & 2000an sebab masa tu sumber dia satu je.
asal selak suratkhabar muka dia. asal nak buat lapik alas kucing pun muka dia.
macam yang generasi sekarang ni. kalau ada isu panas 2-3 bulan pastu sejuk
sedar sedar eh dah meninggal. terkebil kebil nak ingat rupa arwah yang mana
Quote ultra78 24-11-2024 03:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-11-2024 01:25 PM
@ultra78 tersenyum sinis {:ml ...

DrBook. Katanya bakal menggantikan facebook.
Quote cmf_almondpecan 24-11-2024 03:59 PM
Kawan dia tu memang pakar mekanik khas Ferrari agaknya tu pasal bagi kat dia untuk baiki. Ada office mate saya dulu bawak Ferrari bapak dia terlanggar pintu tu saja RM25k nak baiki. Itu zaman awal 2000 dulu.
Quote kepompong 24-11-2024 04:01 PM
ni cerita lama. 2019

wartawan lambat publish ke apa
Quote black_handbag 24-11-2024 04:21 PM
iols zaman jahiliah pernahla telan jusmate dia dulu.. konon nak kurus. mujur tak rosak buah pinggang aku puih
Quote kotakbaju 24-11-2024 04:32 PM
Kedai dia kat tanah merah jitra tu masih beroperasi lagi ke? Iols pun dah lama tak lalu belah2 situ.
Quote hokeypokey 24-11-2024 05:08 PM
gaya rambut tanak tukar ke???
Quote allshares 24-11-2024 05:46 PM
Kereta buatan Itali yang digelar kuda merah itu merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Sungai Petani suatu masa dahulu pernah memberi jasa serta lambang kejayaan yang besar kepada Rozmey.


Org sungai petani mesti muntah baca statement ni.
Quote scorpionkiki 24-11-2024 05:48 PM
Lepas arwah wife dia meninggal terus merudum. Itulah....bila senang lupa habis semua jasa isteri
Quote Firenzza 24-11-2024 06:37 PM
SPACENUT replied at 24-11-2024 01:32 PM
Yap, Jus Mate 5. Ada jugaklah try masa zaman jahilliyah dulu

Ada side effect tak?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052911 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top