Pelakon, Datin Almy Nadia, 38, mendedahkan wajah cahaya mata kelimanya, Nur Afrina Alisya dalam hantaran di Instagram. "Namanya, Nur Afrina Alisya. Panggil dia Alisya ya. Alhamdulillah, dia puteri kelima mama, papa dan adik-adik. "Hari ini, dia dah dua bulan lebih. Saja mama tunjuk gambarnya di atas penimbang sebab dia sihat dengan jayanya. Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.
Almy turut memuat naik beberapa gambar dan video bayinya itu. Terdahulu, pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 44, dan Almy, menyambut kelahiran anak kelima mereka pada 18 September lalu. Pasangan bahagia yang berkahwin pada April 2014 itu sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Sumber : — Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|